Manek Urai: Nasharuddin tetap hadir berkempen

0 ulasan
 
Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa pagi ini menjalani pembedahan kecil di Hospital Serdang, Selangor ekoran masalah pendarahan usus kecilnya. Beliau dimasukan pagi tadi dan baru sekejap tadi pembedahan selesai. Beliau dijangka keluar petang ini.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang tidak muncul dalam pilihan raya kecil Manek Urai setakat ini akan berkempen untuk calon parti itu Sabtu ini.


Sumber yang rapat dengan Ahli Parlimen Bachok itu berkata, beliau akan ke Kelantan malam esok dan seterusnya membantu calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah keesokan hari.


Hari ini beliau menjalani pembedahan kecil di bahagian usus di Hospital Serdang, Serdang.


Beliau menjalani pembedahan kecil itu bermula 9 pagi tadi. Ia dijangka berlarutan kira-kira sejam.


"Memang ada usaha menghalang beliau daripada berkempen dan keputusan meminta Nasharuddin tidak turun Manek Urai.


"Tetapi beliau tidak ke Manek Urai bukan kerana keputusan itu tetapi kerana masalah kesihatan. Dan, hari ini beliau dirawat di Hospital Serdang dan kemungkinan akan berada di Manek Urai Sabtu ini," katanya sumber itu kepada mStar Online.


Readmore...

Manek Urai: Muhyiddin yang bodoh lagi sombong

0 ulasan
 
Muhyiddin Yassin berkata pengundi di Manik Urai perlu bijak menentukan bakal pemimpin mereka, terutama yang berilmu, agar kawasan mereka dapat dimajukan.

Timbalan Perdana Menteri berkata hanya dengan ilmu seseorang yang menjadi pemimpin itu dapat memaju dan memakmurkan kawasan dan rakyat yang dipimpinnya.

"Nak pimpin masyarakat kena cari orang yang berilmu, kalau saya sendiri tidak berilmu, saya tidak mungkin menjadi Timbalan Perdana Menteri.

"Malah, Allah juga pernah berfirman di dalam Al-Quran yang antara lain bermaksud:"Katakanlah oleh Mu ya Muhammad, adakah sama orang-orang yang berilmu dengan orang-orang yang tidak berilmu,"

"Apa yang kerajaan PAS telah buat selama memerintah Kelantan... setiap kali turun negeri ini saya rasa sedih tengok kehidupan rakyatnya.

"Hampir 20 tahun dia (Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) mentadbir Kelantan bandingkan dengan saya yang 10 tahun menjadi Menteri Besar Johor, tengok kemajuan Johor sekarang jauh beza dengan Kelantan yang mempunyai kadar bilangan rakyat miskin tertinggi di negara ini," katanya.

akau kata...

Betapa angkuhnya siSembab ni bila mendapat jawatan TPM, itu belum lagi kalau beliau menjadi PM Malaysia mungkin lebih meloyakan lagi kata-kata yang akan terkeluar dari mulutnya. Untungnya beliau yang berpartikan UMNO jadi merasalah duduk dikerusi TPM. Kalau dalam Pakatan Rakyat minda macam si Sembab ni layaknya jadi penyokong parti aje.

Sebab terlalu pandai dan berilmulah si Sembab ni sewaktu menjadi MB Johor (10 thn) telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar kepada kerajaan Singapura. Inilah cerdik pandai pemimpin UMNO yang pandainya tak boleh diikut bodohnya mengalahkan lembu.


TGNA yang dah hampir 20 tahun memerintah Kelantan tak pernah pun mengadai atau menjual tanah pada bangsa asing jika nak dibandingkan dengan negeri-negeri yang diperintah oleh UMNO kalau boleh semua nak digadai, nak dijual...macamlah Malaysia ni mak bapak dia orang yang punya.


Kerana berilmulah mantan MB dari UMNO di Selangor dapat buat rumah RM 24 juta. Memang benarlah pemimpin UMNO ni kaya dengan ilmu...ILMU PEMBELIT
Readmore...

Isu PKFZ - Sembilan termasuk exco Selangor disaman

0 ulasan
 
Exco kerajaan negeri Selangor dan Setiausaha Agung KeADILan antara individu yang disaman oleh Adun Sementa, Dato' Abdul Rahman Palil kerana mengaitkan nama beliau dengan kontroversi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Menurut beliau, exco kerajaan negeri Teresa Kok membuat tuduhan dan disiarkan dalam akhbar Suara KeADILan dan sembilan yang lain Sun Media Corporation (The Sun); The New Straits Times Press (NSTP); Pelita Koridor Sdn Bhd; NPK Sdn. Bhd. (Penerbit Suara Keadilan); New Straits Times Berhad (NST); Setiausaha Agung KeADILan, Dato' Salehuddin Hashim.



Bagi tujuh defendan itu, Abdul Rahman menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta manakala dua lagi defendan iaitu PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn. Bhd. (PwC) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) pula dituntut membayar saman sebanyak RM2 juta.



Dalam sidang akhbar di lobi Dewan Negeri itu, katanya, saman yang telah difailkan melalui peguam Kamal Hisham Hasnal Rezua 3 Julai lalu termasuk memberi tempoh seminggu kepada pihak terbabit untuk menjawab tuntutan berkenaan.



Beliau mahu membersihkan imej yang telah tercemar kerana tuduhan pihak terbabit yang secara langsung mengaitkan saya mempunyai kepentingan dalam isu PKFZ.


"Laporan ini ada unsur berat sebelah kerana ada 20 lagi ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) tetapi mengapa hanya saya yang dikaitkan," katanya.
Readmore...

80 ahli Umno keluar parti

0 ulasan
 
Hampa dengan pemimpin atasan Umno Negeri Melaka yang tidak mengendahkan langsung bantahan penduduk kampung berkenaan pembinaan jirat Cina di kawasan majoriti orang Melayu menyebabkan 80 ahli Umno Cawangan Pondok Kempas mengistiharkan keluar parti sebagai tanda protes, di sini, baru-baru ini.


Menurut Bekas Ketua Wanita Umno Cawangan Pondok Kempas, Kalsom Rejab, bahawa mereka semua berasa kecewa disebabkan tiada seorang pun pemimpin negeri turun padang untuk menyelesaikan masalah yang berlaku sejak Mei lalu.



"Sebelum ini dua kali sudah kami mengadakan bantahan namun tiada seorang pun wakil rakyat atau pegawai yang terlibat berjumpa dengan bagi membincangkan permasalahan yang timbul agar dapat dicari jalan penyelesaiannya.



"Sebaliknya kami ditohmah dengan pelbagai tuduhan seperti melabelkan kami telah menyertai Pakatan Rakyat dan sebagainya serta pelbagai ugutan untuk menarik balik bantuan kerajaan atau akan ditangkap polis," katanya.



Beliau berkata, ini menunjukkan bahawa Umno di peringkat cawangan, bahagian dan juga negeri tiada berkemampuan mempertahankan dan membela nasib rakyat bawahan khususnya di kampung.



Tambah Kalsom, apa yang berlaku ini amat bercanggah sekali dengan konsep 1 Malaysia yang dicanangkan selama ini.



"Sepatutnya kami tidak diugut atau penghinaan sedemikian rupa tetapi duduk bersama berbincang bagi menyhelesaikan permasalahan tersebut.



"Kami adalah merupakan pengundi setia Umno di mana pada setiap pilihan raya Umno pasti berjaya memenangi kawasan ini yang merupakan kubu kuat Umno sejak dulu," ujarnya.


Tambahnya,pelbagai tindakan telah dilakukan oleh penduduk kampung yang terlibat kerana membantah pembinaan jirat Cina di kawasan majoriti penduduk Melayu itu seperti mengadakan demonstrasi bantahan, menghantar memorandum kepada Ahli Parlimen Jasin dan Ketua Menteri Melaka, namun ianya tetap diteruskan dan ini mengundang rasa tidak puas-hati di kalangan masyarakat setempat.
Readmore...

MB kerajaan BN terharu mendengar kaset agama Nik Aziz

0 ulasan
 
Kebiasaannya dalam media massa kita sering membaca kecaman keras pemimpin Umno terhadap PAS. Jarang berlaku mereka memuji dan bersetuju biar pun kebenaran berpihak kepada PAS.


Sebaliknya seorang Menteri Besar meluahkan kebenaran yang dibawa pemimpin PAS tidak dapat dinafikan lagi lebih-lebih lagi menyentuh soal agama.



Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ada seorang menteri besar memberitahunya sering mendengar kaset ceramah beliau.



"Menteri besar itu paling terasa dan terkesan ketika mendengar ceramah agama saya mengenai alam kubur. Apabila mati kelak, Allah akan tanya masa hidup kamu mengundi parti mana.



"Beliau meluahkan rasa terkesan yang menyentuh jiwa setelah mendengar kaset ceramah tersebut. Dia menceritakan perkara itu ketika sama-sama menghadiri mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Majlis Raja-raja Melayu," katanya pada ceramah di Kampung Chuchuh Puteri A di sini, malam tadi.



Ribuan hadir mengikuti ceramah itu biar pun hujan turun agak lebat sebelum itu.



Oleh itu Menteri Besar berharap pengundi di Manek Urai dapat membuat pilihan terbaik untuk terus menyokong kepimpinan Islam sebagaimana kesedaran menteri besar BN terbabit.



"Saya penuh harap pengundi di sini dapat membuat pilihan yang terbaik. Setelah Umno kalah di beberapa pilihan raya kecil sebelum ini termasuk di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau, kenapa kita mahu pilih Umno lagi," katanya.

Readmore...

Jamaluddin dan Osman marahkan UMNO

0 ulasan
 
Isu Hj Nizar hubungi Jamaluddin dan Osman

Hj Nizar memang cuba menghubungi Jamaluddin dan Osman tengah malam hari tu, tetapi tidak dijawab oleh mereka. Hj Nizar cuba menghubungi bukan nak pelawa mereka berdua menyertai semula PR. Di Ipoh, minggu lepas heboh kononnya dua orang ini menghilangkan diri sehingga tidak dapat dihubungi oleh UMNO.

Dari sumber-sumber UMNO, mereka tidak dapat dihubungi dan tidak dapat dikesan di mana mereka berada. Ada maklumat mengatakan, mereka sengaja berbuat demikian kerana marah terhadap UMNO yang tidak tunaikan janji untuk jawatan EXCO dan sejumlah wang yang ditawarkan kepada mereka.

Hj Nizar sebagai sifatnya seorang pemimpin ingin mengetahui kedudukan yang sebenar di mana mereka ketika itu, hidup atau mati, bukan tawaran untuk kembali kepada PR. Hj Nizar ada peluang menawarkan mereka kembali kepangkuan PR sewaktu terserempak dengan Osman suatu ketika dulu, tetapi Hj Nizar tidak berbuat demikian.

Kita berpandangan kalau sekalipun mereka ingin kembali kepada PR, sebaiknya mereka letak jawatan sebagai ADUN dan menyerahkan mandat kepada rakyat untuk memilih semula wakil rakyat yang baru, dan mereka boleh menjadi ahli biasa PKR atau kekal bebas. Orang macam ini tidak sepatutnya mendapat tempat dalam parti di atas pengkhianatan yang mereka lakukan. Seeloknya kalau mereka benar insaf di atas kesilapan mereka, minta maaf pada rakyat Perak dan letak jawatan sebagai ADUN.

Ada maklumat dari Tg. Malim yang Jamaluddin kononnya menjaja ditawarkan oleh PR 10 juta kalau mereka menyertai semula PR. Sebenarnya PR sudah tidak teringin untuk mempelawa mereka, sekalipun mereka pula yang menawarkan 10 juta kepada PR kalau PR menerima semula dua orang ini, saya percaya PR sebagai parti yang bermaruah tidak akan menerima tawaran yang jijik itu, sebaliknya mereka letak jawatan, jadi orang biasa sahaja, jutaan duit yang mereka dapat dulu gunakanlah dengan baik, pergi umrah banyak kali dan bantu orang miskin sebagai pernyataan insaf dan taubat, semoga rezeki yang mereka dapat boleh menjadi halal dengan cara yang sedemikian.

Misbahul Munir
Readmore...

Michael Jackson 'tinggal bersama malaikat'

0 ulasan
 
KAWAN Raja Pop, Lester mendedahkan anak perempuan Jackson, Paris percaya ayahnya kini 'tinggal bersama malaikat'.


Dua hari selepas Jackson menghembuskan nafas terakhir, Mark Lester bercakap dengan Paris yang berusia 11 tahun.


"Paris memberitahu saya, 'Mark, jangan bimbang, ayah kini tinggal bersama malaikat. Boleh tak kami datang dan tinggal bersama pak cik?" media memetik Lester sebagai berkata.


"Paris cuba memujuk saya supaya tidak bersedih. Dia sangat tabah dan tenang," tambahnya.


Lester turut menyangkal dakwaan Jackson tertekan ekoran siri konsertnya, 'London 02'.


Kata Lester: "Saya belum pernah melihat dia begitu teruja dan bersemangat tinggi. Keterujaannya itu sangat mempesonakan saya".

Readmore...

Pelajar ketagih seks di kandang kambing

0 ulasan
 
SEPANG - Seorang pelajar wanita tingkatan tiga yang ketagih seks sanggup membuang lebih 10 pucuk surat amaran yang dihantar pihak sekolah semata-mata mahu terus bermadu kasih dengan teman lelakinya di dalam kandang kambing di Jenderam Hulu di sini sejak tiga bulan lalu.


Pihak sekolah terpaksa menghantar surat amaran berulang kali ke rumah pelajar itu kerana gadis terbabit kerap ponteng sekolah dalam tempoh itu.


Pelajar berusia 15 tahun itu pula akan membuang surat-surat dari pihak sekolah yang sampai ke rumah bagi mengelak tembelangnya diketahui ibu bapanya.


Sepanjang memadu kasih dengan pemuda berusia 19 tahun itu, mangsa dikatakan mengambil pil pencegah kehamilan yang dibeli kekasihnya setiap kali sebelum mereka melakukan hubungan seks.

Readmore...