Manek Urai & Perjanjian Syaitan...

0 ulasan
 
Sewa rumahpun dimungkiri, inikan pula janji projek mega -HarakahDaily

Usahlah ditanya mana lagi baki sebanyak RM2,500 dan RM2,000 itu. Mimpi bila ia akan dilunaspun mungkin meleset atau sia-sia. Memang itu sudah menjadi tradisi budaya di dalam Umno.


Demikian realiti terpaksa dihadapi dua pemilik rumah yang diberi sewa kepada petugas Umno sepanjang tempoh pilihan raya kecil (PRK) Dun Manek Urai pada 14 Julai lalu sebagaimana dilaporkan.



Seorang dijanjikan dengan bayaran RM3,000 tetapi dibayar cuma RM500, dan yang seorang lagi dijanji RM4,000 namun RM2,000 sahaja dibayarnya.



Sekarang musim itu sudah berlalu, malah terlalu pantas meninggalkan kampung ditumpangnya. Malangnya penyewa pergi tanpa pamit menjadikan pemiliknya sebagai mangsa kepentingan satu pihak.



Lalu tiada ungkapan paling sesuai melainkan anggaplah ia satu pengajaran dan pengalaman terakhir dengan harapan tidak akan berulang buat kali kedua pada pilihan raya akan datang.



Kepada siapa yang sudah melalui atau mengenali, barangkali bukan sesuatu yang aneh baginya. Kepalsuan seumpama ini bukan pertama kali di Manek Urai. Malahan coretan sebegini berlaku di mana-mana setiap kali berakhirnya pilihan raya.



Persoalannya, antara Umno yang bertungkus lumus menghambat kemenangan setelah menolak pertandingan di Penanti dulu, semua jentera yang dikerah untuk membantunya dan pemilik rumah disewanya itu sendiri, siapa yang perlu dipersalahkan?



Apapun, logik segalanya bermula daripada Umno yang mengharap solidariti sekurang-kurangnya 65 peratus pengundi Melayu terpengaruh dengan retoriknya untuk memenuhi kemenangannya Umno sanggup melakukan apa saja.



Jadi amat mustahil kalau para jenteranya bertanggungjawab dalam perkara ini. Dan pemilik rumah berkenaan sudah semestinya beranggapan rugi jika menolak durian runtuh tidak selalunya berlaku.



Sikap menyusahkan orang mencerminkan tariqat Umno tersasar jauh dari syariat. Khianatnya umpama haruan sanggup memakan anaknya sendiri. Lakaran janji Umno menggamit kedukaan penduduk Manek Urai. Bukan sebaliknya. Lebih-lebih lagi apabila terpaksa pulang bersama manek yang terburai. Bukan mengurai.



Sesekali terfikir tidak ada faedahnya untuk terus dimusykilkan. Kalau sebuah kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak mereka boleh menganiayainya bersama satu kekejaman atau kezaliman maka terlalu nipis sangatlah kepada penduduk di Manek Urai.



Namun sebaliknya, sampai bila harus dibiarkan penyangak seperti ini terus bermaharajalela mengambil kesempatan terhadap rakyat di bawah naungannya sendiri melalui kerakusan autoritinya sekian lama.



Tidak hairanlah kalau di luar sana bertubi-tubi rakyat membicarakan munafik adalah perkara mainan bagi Umno. Amalan sebegitu telah sebati bersama jiwanya. Kerana itu selagi Umno tidak direbahkan selagi itu munafik terus berleluasa di dalam negara.



Apa tidaknya, jika jutaaan ringgit mereka sanggup laburkan demi mencari kemenangan di Manek Urai, sehingga satu keluarga pengundi diumpan sampai RM5,000, tetapi separuh janji sewa rumah dengan orang kampung bagi menempatkan petugas yang bekerja untuk memenangkannya dinafikan begitu sahaja.



Kalau janji sewa rumah yang bernilai kecilpun dimungkiri, bagaimana dengan janji projek mega mereka untuk Manek Urai? Orang ramai tetap, malah sentiasa menanti kenyataan itu.



Tan Sri Muhyidin, Yang Berhormat Khairy Jamaludin, Ahmad Maslan dan ramai lagi tonggak pejuang Umno di PRK Manek Urai diharap tidak terhambat dengan waktu bagi menjadikan pisau toreh sebagai sebuah nostalgia untuk melunas segala janji-janjinya walaupun tewas.


Dan rakyat Manek Urai tidak terus termanggu, menghitung segala janji-janji itu.

n/k...: Macam tajuk cerita Melayu lama 'Perjanjian Syaitan' sesuai kot untuk dilabelkan pada puak-puak ni di Manek Urai...
Readmore...

Saya tidak pernah lantik 'jurumaki' - MB Perlis

0 ulasan
 

KANGAR: Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata beliau tidak pernah melantik manamana individu sebagai "jurumaki" sebagaimana yang digambarkan oleh seorang Anggota Dewan Undangan Negeri Perlis.


Katanya jika ada individu yang memaki hamun mana-mana pemimpin di negeri itu, ia merupakan sesuatu yang di luar kawalan Menteri Besar.


Ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Raja Perlis yang merasmikan persidangan dewan itu, Md Isa berkata beliau menghargai teguran Datuk Seri Shahidan Kassim (BNTambung tulang) berhubung perkara itu.


Ketika membahaskan usul itu semalam, Shahidan melahirkan rasa kecewa dengan individu yang sering memaki hamun pentadbiran terdahulu yang dipimpinnya.


Md Isa berkata, sebagai Menteri Besar, beliau tidak pernah melantik manamana individu bagi menyerang atau memaki hamun orang tertentu.


Mengenai pelantikan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang turut dibangkitkan oleh Shahidan, beliau berkata, tidak semestinya ketua cawangan Umno dilantik ke jawatan itu.


Menurutnya mana-mana individu yang mendapat sokongan anggota dewan undangan negeri dan diluluskan oleh mesyuarat exco kerajaan negeri boleh dilantik.


"Macam Ahli Majlis Tertinggi Umno, tidak semestinya mereka menjadi menteri," katanya.


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kesihatan Perlis, Ahmad Bakri Ali pula memberitahu dewan bahawa kadar kecacatan bayi yang dilahirkan di Hospital Tuanku Fauziah sepanjang tahun lalu adalah amat kecil, iaitu lapan orang atau 0.03 peratus daripada 3,359 kelahiran, yang berpunca daripada tahap kesihatan ibu.


"Tiada bukti jelas bahawa kecacatan yang berlaku berpunca daripada penggunaan racun pertanian yang berleluasa," katanya bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Shahidan.


Dewan ditangguhkan sehingga ke tarikh yang akan ditentukan.
Readmore...

Shahidan Kassim hentam Md. Isa Sabu

4 ulasan
 

KANGAR 23 Julai - Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) hari ini secara terbuka mengkritik kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu yang didakwa dibayangi pihak tertentu dalam mentadbir kerajaan negeri.


Bekas Menteri Besar itu membuat kritikan tersebut ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada sidang Dewan Undangan Negeri Perlis di sini.


Dalam perbahasan kira-kira satu jam 45 minit itu, Shahidan dengan lantang mempersoalkan keputusan yang dibuat Md. Isa sepanjang menerajui kerajaan negeri sama ada atas kapasitinya sebagai Menteri Besar atau dipengaruhi 'orang lain.'


Beliau tidak menamakan pihak yang berkenaan bagaimanapun dipercayai ia ditujukan kepada Penasihat Menteri Besar, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kangar.


''Saya terpaksa menyatakan pendirian dan menegur perkara ini kerana rakyat kini sedang bercakap berkaitan hal ini. Saya bukan berniat menjatuhkan Menteri Besar yang juga sahabat saya.


''Bukan juga niat saya untuk mengambil alih kepimpinan Menteri Besar, tetapi hanya untuk memastikan kepimpinan baru ini lebih kukuh terutama membabitkan hal-hal menentukan keputusan tanpa dibayangi pihak lain," katanya.


Sesi perbahasan itu berlangsung tanpa diganggu oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lain seperti perbahasan bekas Menteri Besar tersebut sebelum ini.


Shahidan berkata, jika Md. Isa tidak mampu membuat sebarang keputusan, adalah lebih baik jawatan itu diberikan kepada mereka yang lebih berkaliber seperti ADUN Pauh, Datuk Seri Syed Razlan Putra Jamalullail, ADUN Santan, Sabry Ahmad atau ADUN lain yang dilihat berkebolehan.


''Saya tidak mempunyai masalah jika mereka yang lain dilantik sebagai Menteri Besar tetapi biar apa sahaja keputusan yang dibuat bukan dibayangi pihak tertentu.


''Teguran ini juga adalah tanda keprihatinan demi memastikan kepimpinan tertinggi negeri ini mampu menjalankan tugas yang dipikul," jelasnya.


Selain itu, Shahidan turut menyentuh tentang Sunnah Waljamaah yang kini dikatakan kurang dipraktikkan oleh kerajaan negeri.


Beliau juga bersetuju dengan titah Raja Perlis yang meminta rakyat dan kakitangan kerajaan mengamalkan gaya hidup sihat di samping berusaha meningkatkan kualiti kerja penjawat awam.

Readmore...

MENGAPA UNDI PAS MEROSOT DI MANEK URAI???

0 ulasan
 
"Menang walaupun satu undi, tetap menang," itulah kata-kata keramat Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu jadi Perdana Menteri. Jawapan yang diberi apabila BN mengalami kemerosotan undi dalam pilihan raya kecil. Demokrasi memang begitu. Tiada beza antara menang dengan majoriti 10,000 undi atau dengan satu undi, sebab hanya seorang calon yang menang berhak jadi YB.

Angkatan Perpaduan Ummah menang semua kerusi Dun pada pilihanraya umum 1990 di Kelantan. Manakala dalam pilihan raya umum 2004, PAS hanya lebih dua kerusi Dun dengan satu kerusi daripadanya hanya menang majoriti dua undi.

Dalam kedua-dua pilihan raya tersebut PAS yang berjaya bentuk kerajaan dan Menteri Besarnya tetap Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tiada beza apa-apa.

Peliknya di Manek Urai, yang menang PAS tapi yang seronok lebih BN. BN terasa 'menang' kerana berjaya kurangkan majoriti kemenangan PAS tahun 2008 dengan banyaknya. Siang malam pagi petang pukul canang dalam semua media propaganda mereka kononnya sokongan rakyat untuk BN sudah pulih.

Itu baru berjaya kurangkan majoriti, sudah takbur seantero alam. Kalau ditakdir BN menang di Manek Urai, bayangkan berapa bulan pula mereka nak pukul canang untuk ceritakan kepada dunia bahawa BN sudah kuat dan diterima rakyat.

Belum ada kaji selidik yang tepat berhubung sebab musabab mengapa undi majoriti PAS merosot. Semua penganalisis politik mengulas berasaskan persepsi masing-masing. Semuanya andaian belaka.

Jawapan yang paling tepat terletak di minda pengundi, mengapa peralihan terhadap BN berlaku dengan besar, hampir-hampir memenangkan BN.

Secara persepsi juga, saya cenderung untuk menerima pendapat Tok Guru Nik Aziz dan lain-lain pemimpin PAS bahawa 'rasuah' yang ditawarkan BN sukar untuk ditolak oleh para pengundi. Janji pembinaan jambatan, bandar agro politan Manek Urai dan menjadikannya kawasan industri baru tentu menjadi pakej duniawi yang boleh mengabui mata.

BN bijak memainkan perang saraf, "Elehh terima jelah semua pakej pembangunan tu, paling lama BN pegang tiga tahun, kerajaan PAS tak tumbang pun tapi pembangunan untuk rakyat Manek Urai melimpah ruah, lepas tiga tahun pembangunan dah dapat kita beri balik dekat PAS, ini baru bijak berpolitik namanya." Memang power ayat tu! Ramai yang cair.

Dikhabarkan PAS Kelantan telah membuat laporan polis terhadap Tan Sri Muhyiddin Yasin terhadap pakej 'rasuah' yang ditawarkan. Memang ada asas laporan tersebut kerana Muhyidin bercakap mewakili kerajaan Pusat yang telahpun wujud.

Khazanah kekayaan

Mereka memegang khazanah kekayaan negara dari duit cukai yang dikutip dari rakyat jelata. Ia berbeza dengan janji manifesto pilihan raya, di mana bakal kerajaan belum diketahui.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhak menyiasat dari aspek undang-undang sama ada terdapat unsur rasuah, penyalahgunaan kuasa atau ugutan di situ. Tapi nak mengharapkan SPRM menyiasat pemimpin BN pun satu masalah juga. Sama macam suruh Amerika Syarikat siasat kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

Sebenarnya dalam sejarah pilihan raya kecil di Kelantan, Manek Urai bukan pengalaman pertama di mana kemerosotan undi PAS berlaku. Dalam pilihan raya kecil Semarak, kerusi PAS berpindah tangan kepada BN. Begitu juga di Pengkalan Pasir, kerusi PAS berpindah ke BN.

"PAS Kelantan mempunyai jentera pilihanraya yang sangat mantap sehingga bantuan dari luar semacam tak dihargai sangat,� ulas seorang veteran pilihan raya dari Kedah mengulas mengenai keputusan di Manek Urai.

Saya berhujah bahawa Kelantan mempunyai sosio budaya yang unik. Mereka bukan tidak menghargai bantuan PAS dari luar, tapi khuatir jika tersilap perhitungan maka undi PAS akan lari. Sebab itu dalam mana-mana pilihan raya pun di Kelantan, jentera mereka yang mengatur program dan tenaga luar cuma membantu. Tidak boleh orang luar pandai-pandai mengatur program sendiri.

"Masalahnya dari pilihan raya kecil Dun Semarak dulu pun, kita pergi nak membantu tapi akhirnya cuma makan tidur dan melancong saja. Kita nak buat apa pun 'tak dibenarkan', sedangkan mereka sendiri pun tak mengatur program hingga ke tahap maksimum; pemantauan hati ke hati terhadap pemilih secara harian, pengedaran perang saraf gerak saraf pintu ke pintu secara harian, program-program memasyarakatkan PAS dalam pelbagai bentuk secara agresif seperti yang kita buat di Kedah setiap kali pilihan raya tidak berlaku di sini, mereka macam tak tahu nak buat kerja mengubah kecenderungan pengundi selain dari ceramah," ujarnya.

Seorang lagi sahabat begitu bersemangat ke Manek Urai dengan skuad yang terdiri dari pakar komputer, pakar perang saraf dan 'pakar' ziarah khusus. "Sampai sini kami hanya diberi tugas mengawal keselamatan dalam kampung," ceritanya sambil ketawa berdekah-dekah.

"Di Kedah kita tak pernah hadkan jentera luar yang nak datang membantu, kalau tenaga berlebihan kita beri Surah Yasin suruh mereka bermunajat siang malam. Kita tahu yang datang membantu adalah pakar-pakar pilihan raya peringkat negeri masing-masing, pastinya jauh lebih baik dari tenaga unit peti undi tempatan, jadi tak perlu sekat kebebasan mereka mengatur program, kita tak boleh bersikap 'bodoh sombong'," luah hatinya.

Saya berhujah dengannya, lain padang lain belalang. Mana boleh samakan cara bekerja di Kelantan dan Kedah. Memang betul PAS alami kemerosotan di Semarak, Pengkalan Pasir dan Manek Urai. Tapi kalau mereka beri kebebasan sepenuhnya kepada jentera luar pun, boleh jadi kemerostan undi lebih teruk.

Tidak semua pilihan raya kecil undi PAS merosot. PAS pernah rampas kerusi BN di Pulai Chondong. Hanya ahli Madinah yang tahu hal ehwal Madinah dan ahli Makkah tahu sosio budaya Makkah. sumber - tamantassyabab
Readmore...