Gadis hilang bimbangkan keluarga

0 ulasan
 
KUANTAN: Tindakan seorang remaja, Nurul Fatihah Zamri, 15, lari dari rumahnya di Perkampungan Sungai Isap Jaya, di sini, sejak 28 Disember lalu, membimbangkan keluarganya.

HILANG...Sarina bersama gambar anak yang hilang.
HILANG...Sarina bersama gambar anak yang hilang.

Remaja itu dikatakan sempat meninggalkan surat memaklumkan hasratnya melarikan diri selain menasihatkan adiknya supaya belajar bersungguh-sungguh.

Ibu remaja terbabit, Sarina Talib, 38, berkata kejadian tidak diduga itu meresahkan keluarganya kerana anak gadisnya itu sepatutnya memulakan sesi persekolahan baru, Isnin lalu.



Menurutnya, dia bersama suami, Zamri Abd Wahad, 39, bimbangkan keselamatan Nurul Fatihah kerana sebelum ini dia tidak pernah membelakangkan keluarga apatah lagi sanggup meninggalkan rumah.



“Saya tidak tahu punca menyebabkan dia bertindak sedemikian tetapi tidak menolak kemungkinan dia merajuk selepas bapanya merampas telefon bimbit kira-kira jam 6.45 pagi hari kejadian.



“Namun, kami tidak sangka dia sanggup melarikan diri kerana tidak pernah berbuat demikian sebelum ini,” katanya yang datang ke pejabat Harian Metro di sini, semalam.



Sarina berkata, ketika keluar rumah, anak perempuannya itu dipercayai membawa sebuah beg bersama beberapa pakaian dan wang tunai RM200.



“Sejak kehilangannya, kami begitu bimbang keselamatannya dan terlalu merinduinya terutama adiknya, Mohd Danish Hakim, 2, yang sering menyebut nama `Akak’.



“Kami sudah membuat aduan kehilangannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan,” katanya.



Orang ramai yang terserempak dengan remaja itu atau mengetahui lokasi dia berada diminta menghubungi Sarina di talian 013-9250769 atau 019-9017689.

Readmore...