Nizar vs Zambry & Anwar vs 'Pelakon' mangsa liwat

0 ulasan
 
'Pelakon' mangsa liwat menulis dalam blognya: "Tidak terkata.. Jika ditakdirkan kes ini digugurkan di mahkamah dunia, tidak mengapa, saya reda.

"Kerana kelak semasa di Mahsyar (mahkamah Allah) pasti akan dibicarakan juga.

"Sebagai hamba Allah yang kerdil, saya hanya mampu berusaha, berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah SWT sahaja, kerana Dialah yang Maha Adil lagi Maha Berkuasa," tulisnya.

'Pelakon' mangsa liwat mengakhiri catatannya dengan menulis "yang hak pasti berdiri, yang batil pasti jatuh."

Dahlah tu wahai pembohong...Hentikanlah mempermainkan nama Tuhan kalau sekadar nak menunjukkan diri tu lah yang benar. Hanya orang yang bodoh sahaja yang percaya dengan cerita liwat DSAI ni...orang yang buta matanya untuk melihat kebenaran.
Readmore...

'UG': UMNO dah semakin terdesak...

0 ulasan
 


Kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menolak kerajaan perpaduan merupakan satu pandangan minoriti, kata Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan.

"Umno tidak mahu bergaduh dengan (Datuk) Nik Aziz, tetapi untuk apa kita hendak layan suara minoriti.

"Saya yakin, secara majoriti, orang Melayu mahu kerajaan perpaduan kerana ia menguntungkan bangsa Melayu dan kaum lain."

Si Maslan ni semakin sedarkan diri yang UMNO ni dah dekat nak berkubur, sebab itulah beriya sangat dia nak UMNO dan PAS duduk dalam satu kelambu. Apa dia ingat ahli PAS akan setuju ke dengan dua tiga kerat pemimpin PAS yang mengigau nak perpaduan dengan UMNO ni.

Silap besarlah si Maslan ni mempelekehkan TGNA...dia kena ingat berapa lama UMNO jadi pembangkang kat Kelantan, rata-rata ahli PAS seMalaysia mempertahankan pendirian TGNA ni.

Sebenarnya UMNO dah merasakan jangka hayatnya dah semakin pendek jadi melalui PAS sajalah UMNO dapat perhatian bangsa Melayu semula...UMNO malu untuk mengakui PAS semakin kuat sekarang ini kalau tidak mengapa mereka terhegeh-hegeh, mengapa tidak dari dulu, semasa kuasa 2/3 ditangan mereka.
Readmore...

Manek Urai: Pemimpin Umno Mahu Perbincangan Kerajaan Perpaduan Disegerakan

0 ulasan
 
KUALA KRAI, 19 Jun (Bernama) -- Umno mahukan perbincangan dengan Pas mengenai kerajaan perpaduan disegerakan dan meminta pemimpin Pas melupakan persengketaan lama bagi kepentingan perpaduan umat Islam di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata beliau berharap perbincangan itu berjaya diadakan kerana jika perkara itu dibiarkan berlarutan akan timbul perpecahan dalam kalangan umat Islam.

"Kita tidak akan tetapkan apa-apa syarat dan kita terima apa saja syarat yang ditetapkan oleh Pas. Bagi saya kita perlu bersikap terbuka," katanya kepada pemberita pada majlis Perjumpaan Khas Dengan Warga Pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok di sini Jumaat. Muhyiddin adalah juga Menteri Pelajaran.

Beliau meminta Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melupakan sengketa yang pernah berlaku antara Pas dan Umno pada era 70-an dahulu sewaktu kedua-dua parti bekerjasama membentuk kerajaan negeri Kelantan tetapi Pas kemudian keluar kerana masalah dalaman.

"Itu zaman lampau. Sebagai umat Islam kita digalak bermaaf-maafan," katanya.
Readmore...

Timbalan Presiden...jangan jadi bodoh sombong

0 ulasan
 
Dua Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub meminta Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa bertemu dengan Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dalam masa terdekat.

Beliau menasihatkan Nasharudin bertemu dengan Tok Guru bagi meredakan isu berhubung gesaan Tok Guru agar beliau melepaskan jawatan selaku Ahli Parlimen Bachok semalam.


Mahfuz yang ditemui di Dewan Rakyat hari ini berkata, sejak pagi tadi beliau cuba menghubungi Nasharudin bagi membincangkan cadangan bertemu dengan Tok Guru, bagaimanapun gagal.


"Saya cuba telefon beliau tetapi tidak berjaya, namun saya telah mengirimkan SMS kepadanya menyatakan cadangan agar beliau bertemu dengan Tok Guru.


"Sebagai orang muda beliau kena lihat positif bahawa apa yang diluah Tok Guru adalah untuk lihat masa depan beliau dan parti lebih baik.


"Saya percaya Tok Guru tidak ada sifat kebencian terhadap beliau sebab apa yang dilakukan Tok Guru atas dasar kasih sayang sepertimana sifat seorang ayah yang kadang menegur dan memukul anak atas dasar kasih sayang dan bukan kerana benci," katanya.


Mengulas isu yang sama, Salahudin Ayub turut mahu Nasharudin bertemu dengan Tok Guru dalam masa terdekat.


Penyelesaian secara 'anak beranak' adalah penting dalam hal ini bagi meredakan ketegangan, ujarnya.


Beliau berharap harap Nasharudin boleh melakukan demi kebaikan beliau dan redakan keadaan dan keresahan dalam parti.


Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan ada mesyuarat khas sekembalinya Presiden PAS dari luar negara hujung minggu ini bagi membincangkan isu terbabit.
Readmore...

UMNO jadikan Manek Urai perkampungan Polis

0 ulasan
 
Badan pemantauan pilihan raya di negara ini, MAFREL mendapati kehadiran ramai anggota polis di Manek Urai telah menimbulkan rasa takut di kalangan penduduk tempatan.

Jurucakap MAFREL Bahagian Kelantan berkata, hasil tinjauan pada 16 Jun lalu didapati ramai anggota polis yang berpakaian biasa di kawasan pilihan raya.


"Mereka bertugas dengan menaiki motosikal, melepak di kedai-kedai kopi dan di mana-mana tempat ramai orang berkumpul.


"Berdasar kepada temubual petugas MAFREL dengan penduduk tempatan, jelas perkara ini menakutkan penduduk dan pengundi di Dun Manek Urai," katanya di sini.

Readmore...

Saiful diliwat hanya sandiwara UMNO

0 ulasan
 
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting - yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu dengan tuduhan liwat - tidak ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur.

Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan - pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.

Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini.

Laporan perubatan itu bertarikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut.

Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).

Bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya tusukan, kata peguam Amer Hamzah Arshad.

Dan ia tidak ada dalam kes ini, tambahnya.
Readmore...

Pemimpin UMNO merepek lagi!

0 ulasan
 
PAS tidak perlu melibatkan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam perbincangannya dengan Umno mengenai kerajaan perpaduan, kata Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan.

Beliau berkata ini kerana PAS mempunyai kekuatannya sendiri dalam mengadakan perbincangan dengan Umno mengenai isu-isu perpaduan orang Melayu dan tidak perlu meminjam kekuatan parti lain.

"Umno merasakan ada kejujuran dan keikhlasan apabila Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang menyuarakan cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan dan Umno sentiasa bersikap terbuka untuk mendengar dan menimbang apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh PAS," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau berkata Umno berharap PAS akan dapat memperincikan cadangan itu sebelum sebarang rundingan rasmi antara kedua-dua pihak dapat dijalankan.

Ahmad berkata perpaduan sebenarnya baik untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan selaras dengan gagasan 1Malaysia yang mendahulukan rakyat.

Lihat sajalah gaya si Maslan ni nak melagakan PAS dengan PKR & DAP dalam Pakatan Rakyat. Katanya perpaduan baik untuk semua rakyat Malaysia tapi mengelak untuk berbincang dengan rakan PAS dalam PR.

Ya...memang benar PAS punya kekuatan sendiri sebab itulah UMNO mula tergila-gila nak bekerjasama dengan PAS sekarang ini...

Readmore...

Tanpa UMNO Pun MELAYU Boleh bersatu!!!

0 ulasan
 
Sejarah lampau banyak mengajar Pas tentang perpaduan bersama Umno. PAS pernah ditendang keluar dari UMNO, dan PAS juga pernah `diceraikan' oleh rakannya Parti Melayu Semangat 46 apabila parti tersebut menyertai UMNO.

Perpaduan hakiki hanya boleh dicapai melalui ajaran Al-Quran, apakah UMNO bersedia untuk menerima Al-Quran sebagai panduan untuk merealisasikan perpaduan ini?

Yang paling utamanya adalah pegangan agama seseorang itu, baik UMNO mahupun PAS sewajibnya meletakkan ajaran Islam ditempat yang sepatutnya.

Ini membawa maksud, tanpa UMNO penyatuan Melayu boleh dicapai. Tanpa UMNO juga, Islam boleh dikembangkan...boleh ke diharap kepada UMNO ini yang semakin lama telah terpesong dari landasan ajaran Islam ini?

Readmore...

Nasha calon UMNO PRK Bachok?

1 ulasan
 
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

Dah semacam tak sedar diuntung si Nasha ni sampaikan Tuan Guru Dalam kenyataannya hari ini, berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" pada pilihanraya umum 2008.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.
Readmore...

UMNO, PAKATAN RAKYAT dalam satu kelambu

0 ulasan
 
Perbincangan mengenai kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno akan melibatkan juga dua lagi rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat, kata setiausaha agung PAS.

Jika Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak bersedia dengan syarat terbaru itu, "kami tidak akan mengadakan perbincangan dengan Umno," kata Datuk Mustafa Ali.

Kenyataan PAS ini dilihat sebagai usaha meredakan bantahan daripada PKR dan DAP yang sebelum ini menyatakan idea tersebut tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat gabungan pembangkang dan juga menolak saranan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Readmore...

Enam termasuk Datuk disiasat di Pahang

0 ulasan
 
KUANTAN - Kesemua enam lelaki termasuk ketua Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM) yang ditahan dalam serbuan di Gombak, Selangor kelmarin telah diserahkan kepada polis negeri ini untuk siasatan lanjut.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Supritendan Zaini Jass berkata, kesemua suspek itu diserahkan kepada JSJK di sini bagi membantu siasatan berhubung kes yang dilaporkan pada 26 Mei lalu.


"Kita akan menjalankan siasatan terhadap kegiatan PKPM di sini bagi mengesahkan laporan serta dakwaan yang dikemukakan pengadu di sini," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Pada 26 Mei lalu, Kosmo! melaporkan PKPM yang pernah dilumpuhkan oleh polis enam tahun lalu didakwa aktif semula termasuk di Pahang.


Pertubuhan yang kononnya 'pasukan perisik kerajaan' itu ketika itu didakwa giat merekrut ahli baru di seluruh negara termasuk lebih 400 orang telah menyertai pasukan itu di Pahang.


Modus operandi PKPM adalah sama dengan pertubuhan itu pada tahun 2003 yang menawarkan gaji, elaun, pangkat, kuasa dan senjata api kepada mana-mana individu yang menyertai pasukan berslogan 'Bersatu Membanteras Dan Menentang Musuh Negara'.

Readmore...

PEMUDA UMNO: PAS sanggup 'bertumpah darah'

0 ulasan
 
Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi mencabar Pemuda BN Kelantan supaya mengemukakan bukti yang mengatakan bahawa PAS menggunakan pendekatan politik samseng dalam kempen di pilihan raya kecil Dun Manek Urai.

"Saya mencabar Pemuda BN Kelantan agar mengemukakan bukti bagi menyatakan bahawa PAS menggunakan kaedah politik samseng pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai," ujarnya pada sidang media Pemuda PAS di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.


Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pemuda BN Kelantan, Annuar Sufian yang mendakwa kandungan ceramah pemimpin PAS yang sanggup 'bertumpah darah' untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai sebagai satu pendekatan politik samseng.


Ini kerana menurutnya, pada kebiasaan sesuatu pilihan raya kecil diadakan Umno akan mencetuskan provokasi dan mengeruhkan keadaan.


"Kebiasaannya seperti yang kita semua sedia maklum, provokasi ini dicetuskan pihak Umno-BN malah tuduhan itu sendiri mencerminkan Umno itulah yang samseng," katanya.


Nasruddin juga menyelar dakwaan Pemuda BN kelantan yang menuduh Pemuda PAS menggunakan pendekatan samseng sebagai suatu tuduhan yang liar dan jahat.


"Ia merupakan satu tuduhan yang liar, jahat dan tidak masuk akal," ujarnya lagi.


Pemuda UMNO ni dah kehabisan modal nak berkempen...jadi untuk menarik pengundi Melayu menyokong mereka kembali, dengan cara apa pun akan mereka gunakan di Manek Urai.


Apa mereka ingat tingkah laku PAS ni sama dengan mereka ke? Jangankan nak disamakan dengan PAS, dengan DAP pun mereka ni lebih tak bertamadun...tapi bukan semualah, hanya segelintir.

Readmore...

Apa sudah jadi dengan Presiden UMNO ni?

1 ulasan
 
"Kita telah masuk ke bulan ketiga sejak pelantikan Perdana Menteri yang baru. Kalau itulah ukuran sambutan orang terhadap Perdana Menteri yang baru maka sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena."

Demikian pandangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu wawancara bersama Harakah baru-baru ini.


Menurutnya, ukuran Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri baru boleh dilihat berdasarkan sambutan masyarakat terhadapnya termasuk dunia luar.


"Dalam ukuran kepada populariti Perdana Menteri yang baru, kalau kita ambil daripada kaca mata "ucap tahniah" yang diterima oleh Malaysia, setakat ini yang saya diberi faham hanya Singapura, Brunei, dan baru-baru ini Amerika yang ucapkan tahniah. Hanya tiga pemimpin negara dari seluruh dunia yang menyampaikan ucapan tersebut.


"Kita telah masuk ke bulan ketiga sejak pelantikan Perdana Menteri yang baru. Kalau itulah ukuran sambutan orang terhadap perdana menteri yang baru maka sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena,"jelasnya.


Tambah Nik Aziz, jika diselidik,sudah pasti pergolakan bukan sahaja dalam komponen Barisan Nasional (BN) malah isu dalaman Umno sendiri boleh dianggap sebagai punca pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri tidak diterima dengan baik.


"Apa agaknya yang tidak kena, jelaslah pergolakan dalaman seperti isu PPP dengan elemen dua presiden antara Murugiah dengan Kayveas belum lagi selesai.


"Begitu juga dengan perpecahan di Terengganu antara blok Ahmad Said dengan Idris Jusoh, laporan ancaman bunuh ketika hendak hadir mesyuarat sidang dun masih belum selesai,"jelasnya lagi.


Nik Aziz juga menerangkan, bukan sahaja satu atau dua perkara tetapi ia juga melibatkan hampir seluruh negara seperti,"di Pulau Pinang sendiri pun, usul tidak terima kepada kepimpinan majlis perbandaran menolak salah satu. Itupun ia masih dalam keadaan yang hangat.


"Jika kita tinjau di Perlis, keadaan yang hampir serupa. Di wilayah ini, keadaannya sama, orang yang boleh diharap dalam menyokong Najib hanya dua, tiga orang sahaja. Mungkin dia bekas setiusaha politik dia, Zahid Hamidi dan mungkin seorang lagi yang baru dilantik sebagai Senator. Selain mereka, saya lihat masih berkecuali dan kemungkinan tidak memberi wala' kepada Najib."


Dalam pada itiu katanya, desakan oleh pemimpin DAP, Lim Kit Siang agar Najib diuji di parlimen untuk melihat wujud sokongan atau tidak juga antara indikasi bahawa kepimpinan Najib benar-benar bermasalah.


"Sebab itu desakan yang ditimbulkan oleh Lim Kit Siang berasaskan kepada 45 peratus sahaja undi popular yang diperolehi. Najib sepatutnya diuji dalam sidang dewan yakni 'vote for non-confidence'.


"Kenapa ini tidak boleh dibuat? Ini perkara yang boleh dinilai tahap kekukuhan Umno buat masa sekarang ini,"tegasnya.
Readmore...

PAS AKAN HILANG NILAI JAMAAH ISLAMIYAH JIKA TERUS BERSAHABAT DENGAN UMNO

0 ulasan
 

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dilaporkan berkata pihak yang berkeras menyokong cadangan kerajaan perpaduan sebagai tidak mendengar nasihat dan cuba membelakangkan kuasa beliau sebagai Mursyidul Am PAS.


"Bagaimanapun sebagai pemimpin parti, saya akan terus menasihatkan ahli, walaupun ada yang tidak mendengarnya," katanya dalam laporan Bernama.


"Isteri boleh jadi buat salah kepada suami, dan suami boleh jadi buat salah kepada isteri, anak boleh jadi buat salah kepada ibu bapa. Begitu jugalah dalam politik," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew, di pejabatnya di Kota Darulnaim, di Kota Bharu hari ini.


Katanya, beliau tetap dengan pendiriannya bahawa mereka yang mempertahankan idea pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai “boneka Umno”.


Khamis lalu, Nik Aziz membidas pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".


Nik Aziz dilaporkan berkata beliau tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu untuk menyokong Pakatan Rakyat.


Beliau juga dilaporkan berkata suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno.


Laporan minggu lalu itu turut memetik Nik Aziz sebagai berkata, isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh presiden PAS, bukannya menggambarkan kehendak PAS.


"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya dalam laporan tersebut.


Ketika MC berura-ura mahu keluar dari gagasan BARISAN NASIONAL (BN), Presiden PAS dan Timbalan Presiden pulak dok kalut nak berbuat baik dengan UMNO dengan gagasan baru KERAJAAN PERPADUAN. Tak guna berbuat baik dengan UMNO ni.....Dalam UMNO sendiri pun dah celaru biru. Pemimpin rasuah, kronisme dan kebanayakannya adalah penyamun duit dan harta rakyat.


Saya cukup hairan, pasai apa Presiden PAS sangat-sangat nak berbaik dengan UMNO. Kononnya dalam Islam berdosa kalau kita tolak dengan orang yang nak berbincang dengan kita. Presiden kena sedar bahawa UMNO tu dah nak hancur dan nak mampus. Maka dia akan runtun PAS untuk bina semula kekuatan. Apabila dia kuat nanti, maka UMNO tulah juga yang akan melingkup dan menjahanamkan PAS.


Dengarlah kata dan nasihat MURSYIDUL AM PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz. kalau tak mau dengag cakap dia, Presiden nak dengag cakap sapa lagi? Nak dengag cakap Tun Mahathir ka? Atau Presiden dah lupa ka bahawa Kerajaan PAS Terengganu lingkup adalah kerana MB dan juak-juak dari PAS juga yang menjahanamkan mandat rakyat kepada Kerajaan PAS Terengganu. Pikiaglah, MCA pun mahu cabut..kita pulak dok terhegeh-hegeh nak tunjuk baik dengan UMNO..

Readmore...

MANEK URAI: PAS KESAL UMNO BN SALAHGUNA JENTERA KERAJAAN

0 ulasan
 

Biar pun yakin Pas akan mendapat sokongan padu daripada pengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini, persiapan rapi masih perlu dilakukan jentera pilihan raya parti itu.

Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, persediaan lebih kemas itu perlu kerana Barisan Nasional (BN) dijangka akan menggunakan segala kemudahan yang ada termasuk jentera kementerian dan agensi kerajaan untuk meraih undi menjelang pilihan raya kecil itu.

Menurutnya, berdasarkan maklumat terbaru yang diterima, beberapa kementerian mengarahkan semua agensi dan jabatan di bawah mereka yang ada di negeri ini supaya menggunakan segala kemudahan yang ada untuk tujuan berkenaan.

“Agensi dan jabatan kerajaan di bawah beberapa kementerian ini, diarahkan supaya menggunakan segala kemudahan, peruntukan dan jentera kakitangan yang ada untuk melaksanakan projek dan menyalurkan bantuan segera sempena pilihan raya kecil DUN Manek Urai.

“Saya juga sudah mengenal pasti, beberapa kementerian terbabit yang mengarahkan kakitangan mereka supaya turun dan berkempen di Manek Urai,” katanya di sini, semalam.

Abdul Latiff yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan berkata, BN tidak seharusnya menggunakan kemudahan agensi dan jabatan kerajaan, bagi tujuan menarik sokongan pengundi kerana pilihan raya kecil itu adalah pertandingan antara parti dan bukannya antara kerajaan dengan kerajaan.

Menurutnya, dengan kemudahan dan peruntukan yang terhad, kerajaan negeri sudah tentu tidak akan mampu untuk melawan kerajaan Pusat yang mempunyai kemudahan dan sumber kewangan yang jauh lebih besar.

“Kita (Pas) berasa kesal dan kecewa kerana dengan arahan ini, BN sudah menyalahgunakan kuasa yang ada pada mereka. Sepatutnya (pilihan raya kecil) ini pertandingan antara dua parti dan bukannya antara dua kerajaan,” kata Abdul Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang.
Readmore...

MANEK URAI: Pemimpin UMNO/BN dah mula cakap merapu

0 ulasan
 
Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai akan dijadikan anak angkat Kerajaan Pusat sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya kecil kawasan itu 14 Julai ini, kata Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed.


Katanya, Manek Urai di bawah BN akan memudahkan tumpuan terhadap usaha membangunkan infrastruktur dan meningkatkan taraf hidup rakyat di situ yang kebanyakannya hanya bekerja kampung dan berpendapatan rendah.


“Sebahagian besar penduduk Manek Urai memerlukan pelbagai bantuan daripada Kerajaan Pusat seperti pembangunan infrastruktur dan peningkatan taraf hidup,” katanya yang juga Pengarah Pilihan Raya BN DUN berkenaan, di sini semalam. – Bharian.


aku kata…


Terdesak sangat UMNO nak menang kali ini nampaknya…nak jadikan anak angkat kerajaan Pusat pulak tu. Mengapa pada tahun 2004 bila UMNO menang di Manek Urai tak dijadikan anak angkat masa tu. Mengapa kesempatan yang ada pada 2004, pembangunan infrastruktur dan peningkatan taraf hidup tidak dibangunkan. Mustapa tak payahlah nak tunjuk baik nak tunjuk lagak dengan kuasa yang ada di kerajaan pusat, jangan jadi pembohong penipu dulu, kini & selamanya.


Namun, satu perkara penting yang Mustapa terlepas pandang ialah rakyat Kelantan adalah bijak berpolitik. Lihat saja keputusan PRU 12. Semakin banyak habuan yang UMNO bawakan, semakin jauh UMNO dipijak keperut bumi…pelupa rupanya Mustapa ni.
Readmore...

“BONEKA UMNO” MEMIMPIN DALAM PAS?

2 ulasan
 
KOTA BHARU – Semalam (Ahad), Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menegaskan bahawa pemimpin dan penyokong PAS yang mempertahankan idea pembentukan kerajaan perpaduan disifatkan sebagai ‘boneka UMNO’.

Datuk Nik Abdul Aziz berkata, beliau memanggil ‘boneka UMNO’ kerana beliau mempunyai hujah yang kukuh tetapi dia tidak ingin panjangkan isu tersebut.

Dalam keadaan sekarang, mereka (pemimpin dan penyokong PAS) bukan sahaja didakwa tidak mendengar nasihat dan teguran berhubung isu itu, malah cuba membelakangi kuasanya sebagai Mursyidul Am parti itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew di pejabatnya, di Kota Darul Naim semalam (Ahad).

Pada Jumaat lepas, Datuk Nik Abdul Aziz membidas golongan dalam parti itu yang mempertahankan cadangan Abdul Hadi untuk membentuk satu kerajaan perpaduan dan menyifatkan mereka ini sebagai ‘boneka UMNO’.
Readmore...