Selama 40 Tahun, Ayah Rogol Dua Anak Kandungnya...

1 ulasan
 
Kes sumbang mahram atau hubungan satu darah kembali mengejutkan masyarakat awam Austria. Seorang ayah berusia 80 tahun didakwa mengurung dan merogol dua anak kandungnya selama 40 tahun di rumahnya.

Dilapor BBC, Khamis, 25 Ogos 2011, bapa terkutuk itu mengurung kedua anak perempuannya sejak dari usia 12 dan 4 tahun di bahagian dapur sempit di rumahnya di kota Branau, Upper. Dua wanita yang ketika ini berusia 53 dan 45 tahun ini mengaku hanya diberi kerusi kayu untuk tempat tidur mereka.

"Kedua-dua wanita itu terencat akal dan menderita dipukul dan lain-lain kecederaan yang ganas," kata Hermann Feldbacher, jurucakap polis wilayah Upper.

Polis mengatakan bahawa kes ini terbongkar pada bulan Mei, namun baru tersebar di media pada bulan ini. Kes terungkap setelah lelaki itu dipukul hingga pengsan oleh salah seorang anaknya yang hendak diperkosa. Selama dua hari, mereka membiarkan si ayah terbaring di lantai tanpa membantunya sedikitpun.

Salah seorang korban melarikan diri dan melaporkan kes ini ke seorang pekerja sosial yang meneruskannya ke polis. Bapa terkutuk yang ditemukan masih terbaring di lantai lalu dilarikan ke hospital.

Lelaki yang tidak disebutkan namanya ini didakwa atas tuduhan telah mengurung, menganiaya dan melakukan pelecehan seksual terhadap kedua anaknya. Dia membantah semua tuduhan tersebut. Pada masa ini dia ditahan di penjara selama menunggu proses pengadilan.

Menurut laporan polis, kedua mangsa terpaksa menuruti nafsu biadab si ayah kerana takut setelah diancam dibunuh dengan garpu dan kayu. Ibu mereka yang telah meninggal tiga tahun lalu juga diduga menjadi korban penganiayaan. Ketika ini kedua korban sedang dirawat oleh pakar sakit jiwa untuk mengatasi trauma dan beban mental yang mereka alami.

Readmore...

Tidur kurang sopan dalam bas...leceh betullah perempuan ni

1 ulasan
 
Mengantuk yer? Kot yer pun nak tidur... duduk ler betul2. Kan dah susahkan mata penumpang lain. Lain kali bawak ler tuala, kalau tertidur dalam keadaan terkangkang macam ni boleh ler tutup bahagian sensitif tu.


Readmore...

Datang untuk disunat, namun doktor potong kepala zakar

0 ulasan
 
Malang benar nasib seorang lelaki di Kentucky, Amerika Syarikat yang datang ke sebuah hospital untuk minta disunat. Doktor yang menyunat menemukan kanser ganas di balik kulit yang menutupi kepala zakar dan terpaksa dibuang.

Philip Seaton, pemandu trak berusia 46 tahun datang ke sebuah hospital di Kentucky pada Oktober 2007. Ia datang dengan keluhan radang atau inflamasi di kemaluan, lalu minta disunatkan agar alat kelakiannya jadi lebih mudah dibersihkan.

Namun ketika Dr Petterson menyayat kulit kemaluan yang menutupi kepala penis Seaton, yang ditemui bukannya radang melainkan rangkaian dengan pertumbuhan tidak normal. Dr Petterson menggambarkan keadaan itu sangat parah dan sudah menyerupai kobis yang membusuk.

Dr Petterson dan pasukannya mendiagnosis keadaan ini sebagai karsinoma sel skuamosa, sejenis kanser ganas yang biasanya menyerang permukaan kulit. Satu-satunya cara untuk mencegah persebaran sel kanker ke organ lain adalah sesegera mungkin membuang kemaluan Seaton.

"Yang saya lihat ketika itu bukan penis melainkan kanser. Saya lakukan pemotongan kerana saya fikir inilah cara paling tepat untuk menyelamatkan Seaton," ungkap Dr Petterson, seperti dikutip dari WDRB, Selasa (23/8/2011).

Akhirnya operasi yang tadinya hanya bertujuan untuk menyunat kulit kemaluan berakhir dengan pembuangan sebahagian, yakni menghilangkan bahagian kepala zakar yang sudah dijangkiti kanser. Pilihan yang sukar bagi doktor, namun harus dilakukan untuk menyelamatkan Seaton.

Sayangnya Dr Petterson melakukan kesalahan asasi dalam tindakan penyelamatan tersebut. Ia tidak memberitahu kepada Seaton atau keluarganya, terkait impak yang akan ditimbulkan termasuk hilangnya sebagian dari alat kelakian Seaton.

Seaton yang ketika terjaga mendapati alat kelaminnya sudah terpotong dan beliau tidak boleh terima, lalu membawa masalah ini ke mahkamah. Kes yang sudah terjadi 4 tahun lalu itu baru muncul ke media ketika kesnya mula didengar beberapa hari yang lalu.

Readmore...

Waspadalah!! Seorang Wanita Dapat Menarik Empat Lelaki Masuk Neraka

0 ulasan
 
Seorang wanita, pada hari akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.

Pertama:- ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar sembahyang, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Dia hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akan ditarik oleh anaknya.


Kedua:- suaminya
Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas, menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim yang sembahyangnya tidak ditangguhkan, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.


Ketiga:- abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga martabat wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja sedangkan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat


Keempat:- anak lelakinya 
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak, nantikan tarikan ibunya


Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.

Jadi kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak wajib memainkan peranan mereka yang sebenarnya mengikut yang dituntut dalam Islam.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua.

Readmore...

Sami ditahan atas tuduhan melakukan seks dengan kanak-kanak

0 ulasan
 
Seorang sami penganut Buddha terkemuka ditahan hari ini atas tuduhan melakukan hubungan seks dengan seorang gadis berusia 12 tahun.

Perbuatan tersebut telah melanggar undang-undang perlindungan kanak-kanak di negara itu.

Menurut polis, sami yang berusia 60 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut lebih dari setahun terhadap mangsa di sebuah kuil di pusat wilayah utara Anuradhapura.

Sebelum ini, beberapa sami telah disabitkan atas kesalahan yang sama tetapi kes ini merupakan antara kes berprofil tinggi dalam negara itu, di mana pesalah seks boleh dipenjarakan sehingga 15 tahun.
Readmore...

Tahap pencacai najis…tak habis-habis dengan bodohnya

3 ulasan
 
Kelakar betul melayu perkasa dengan melayu umno ni. Sejak akhir-akhir ni kerap sangat nak berdemo jalanan… maklumlah masing-masing nak tunjuk hero. Nak jadi pembela Islam lagaknya...

The Star tak mintak maaf dengan serius katanya...ambo tak tahu nak kata apa untuk pencacai yang tak tentu hala ni.

Inilah yang dikatakan bodoh 2 dalam 1…sanggup pulak tu nak bakar berlori-lori suratkhabar the star yang di beli sendiri. Bodoh piang punya orang...

Bagi ambo depa ni memang sesuai jadi penyalak sebabnya pun masing-masing tu dah rupa hero keling jer.


Juadah tak halal: NGO Melayu bakar The Star
Sekumpulan kecil lelaki berhimpun di hadapan pejabat akhbar The Star Pulau Pinang hari ini dan membakar akhbar berkenaan kerana menyiarkan artikel juadah berbuka puasa dengan memuatkan berita tentang restoran tidak halal dalam segmen sisipannya.

Kumpulan 11 lelaki itu yang mendakwa mereka mewakili beberapa NGO Melayu, pada mulanya memijak akhbar-akhbar berkenaan dan menuduhnya sebagai “akhbar haram” dan “berita palsu”.

NGO berkenaan termasuk kumpulan pendesak Melayu PERKASA cawangan Pulau Pinang, Suara Anak Anak Malaysia (SAAM) dan Persatuan Kemajuan Insan Malaysia.

Sambil membawa sepanduk kuning dengan slogan anti-The Star, mereka juga menuntut Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan lanjut ke atas editor akhbar milik MCA itu.

Mereka juga memberi amaran ‘tindakan lebih besar’ jika akhbar itu gagal memohon maaf secara serius kerana menyiarkan artikel berkenaan.

“Kita akan bawa tiga lori akhbar untuk dibakar jika mereka tidak mohon maaf dengan sewajarnya,” jerit ketua SAAM Mohamed Ghani Abdul Jiman.

Ketua Timur Laut PERKASA Mohd Ridzuan Mohd Azuddin berkata akhbar itu hanya mewakili golongan minoriti di negara ini tetapi telah melukakan perasaan golongan majoriti yang kebanyakan mereka beragama Islam.

Beliau mahu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengenakan tindakan tegas dan keras ke atas The Star dan editornya.

“Mereka belum minta maaf secara serius bagi kesilapan mereka itu. Editor mesti bertanggungjawab terhadap kesilapan itu,” katanya.

Artikel pada 10 Ogos lalu yang dimuatkan dalam sisipan ‘Dining Out’ dengan ‘Ramadan Delights’ sebagai tajuk muka depan memuatkan berita tentang restoran tidak halal.

Sebelum ini, The Star telah menyiarkan dua permohonan maaf, iaitu pada 12 dan 17 Ogos lalu dengan yang terakhir memperincikan bagaimana kesilapan itu berlaku sambil menambah bahawa editor halaman sisipan berkenaan Johnni Wong juga telah digantung tugas.

Readmore...

Pandang kekasihnya, wanita ini lempar budak 12 tahun ke lantai...

0 ulasan
 
Seorang wanita ditangkap oleh pihak polis setelah melempar seorang gadis berumur 12 tahun ke lantai yang menurutnya telah melirik kekasihnya di satu acara pesta ulang tahun keluarga.

Candace Kiley, marah kerana dia melihat gadis itu melirik mata kearah kekasihnya yang berusia 30 tahun. Dengan rasa marah ia melempar gadis malang tersebut ke lantai. Serangan itu berjaya didilerai oleh anggota keluarga yang lain.

Gadis kecil itu mendapat luka di kepala yang diikuti dengan serangan asma.
 
Akibat cemburu butanya, Kiley kena hadir di mahkamah untuk kesnya pada 23 Ogos nanti.
Readmore...

Kita sula dan panggang sajer MakCik Hajjah Sitt Al-Wuzara ni...

2 ulasan
 
Pada ambo budak perempuan yang mengelarkan dirinya MakCik Hajjah Sitt Al-Wuzara ni bukan sajer biadab tahap melampau tapi juga seorang betina yang mahukan publisiti murahan dengan membabikan dirinya.

Tak kiralah dia nak anut agama apa tapi bab dia menghina Allah dan nabi Muhammad, yang membuatkan ambo naik darah dan kalau bertemu muka dengan budak lahanat ni memang satu sepakan tepat kemukanya dengan tapak kaki kanan ambo ni.


Mengikut GaySec dalam edisi #OpsRamadhannya, Arlene Tan adalah betina yang menamakan dirinya MakCik Hajjah Sitt Al-Wuzara ni. Apa pun kita tunggu dulu hasil siasatan dari pihak polis apakah yang didedahkan oleh GaySec ini benar atau tersasar.

Dalam merayau mencari cerita Makcik hajjah AlWuzara @ arlene Tan ini ambo terjumpa komen dari pembaca yang mahukan budak ni disula dan dipanggang macam ni. Begitulah antara kemarahan remaja islam disini terhadap betina yang tak sedar diri ini.

Apa yang menariknya betina ni tak keseorangan dalam bab menghina ini, dikhabarkan dia dinaungi NGO dari Malaysia dan Singapura. Betul atau tidak pihak berwajib kena menjalankan siasatan terperinci bagi kes ini. Takkan nak bagi muka pada mereka yang menghina kesucian agama kita.

Apa guna ada kuasa kalau tidak digunakan pada jalan yang benar.




Readmore...

Ngeri sesangat! Perempuan cantik dibogel, disula dan dipanggang

3 ulasan
 
Biar betul dengan dengan gambar ni. Besar sangat ke kesalahan amoi cantik ni sampai kena hukum dengan hukuman yang tak masuk akal ni.
Dibogel, disula dan dipanggang...pada ambo ianya hanyalah gambar yang diedit oleh mereka yang otaknya tak waras lagi.
Readmore...

Pengantin PerempuanTak Muncul, Pengantin Lelaki Nikah Pengapit Pengantin

0 ulasan
 
Untuk menghindari rasa malu kerana pengantin perempuan tak muncul ketika upacara pernikahan, seorang mempelai lelaki memujuk pengiring pengantin agar bersedia menjadi pasangan hidupnya.

Awalnya keduanya sepakat bahawa itu upacara itu adalah pernikahan palsu. Namun, ia kemudian jatuh cinta dan memutuskan untuk benar-benar menikahi pengiring pengantin perempuan tersebut.

Dikutip BBC, upacara pernikahan ini dilangsungkan November lalu di Taiwan. Namun, kedua mempelai bertengkar dalam soal jumlah tamu yang akan diundang.

Pertengkaran ini membuat mempelai wanita tidak hadir di acara pernikahan.

Agar tidak merasa malu di hadapan para undangan, mempelai lelaki meminta pengiring pengantin menjadi mempelai wanita.

Setelah pernikahan itu, si lelaki membawa kes ini ke pengadilan Taiwan. Mahkamah menjatuhkan hukuman denda kepada si mempelai wanita yang tak hadir itu, agar membayar 8.620 dolar AS sebagai pampasan kepada mantan calon pengantin lelaki.
Readmore...

Remaja berpuasa dan buat maksiat di bulan Ramadan

0 ulasan
 
Tindakan segelintir pasangan memadu kasih, termasuk berpakaian mencolok mata di kawasan rekreasi bukan saja mengecewakan pengunjung, tetapi mencemarkan kesucian Ramadan.

Golongan berkenaan tanpa segan silu duduk berduaan dan berbuat aksi hangat di tempat terbuka seolah-olah mereka hidup bersendirian di dunia tanpa peduli perasaan pengunjung yang hendak mengambil angin di kawasan berkenaan.


Apakah mereka ini tidak menyedari perbuatan mereka mencemar kesucian Ramadan dan memalukan umat Islam.

Lebih menyakitkan hati, kawasan taman dan rekreasi yang menjadi tempat mereka melepaskan hawa nafsu seolah-olah milik mereka saja dan pengunjung lain seperti tidak wujud di kawasan berkenaan dan tindakan kumpulan remaja ini menyebabkan ramai ibu bapa segan membawa anak-anak beriadah di situ.
Readmore...

Pelajar tahfiz kena liwat ketika suai kenal

0 ulasan
 
Seorang pelajar tahfiz berusia 9 tahun terlantar di hospital sejak empat hari lalu, dipercayai diliwat, dipaksa melakukan seks oral dan didera oleh tiga pelajar senior berusia 12 tahun sebuah sekolah agama tahfiz swasta di Kupang Baling di sini, ketika mengikuti minggu suai kenal selama 40 hari, bermula Jun lalu.

Bapa pelajar terbabit yang enggan dikenali berkata, anaknya yang hanya dibenarkan ditemui selepas minggu suai kenal yang dikenali sebagai tempoh berpantang itu tamat 30 Julai lalu mengadu dia diliwat setiap malam dan akan dibelasah jika menangis oleh pelajar senior itu. 

Selain anaknya, beliau mendakwa dua lagi pasangan kembar berusia lapan tahun turut di dera teruk hingga trauma tetapi mereka tidak mengadu diliwat. Sepanjang tempoh suai kenal itu, semua pelajar dilarang menghubungi keluarga atau waris mereka.

Beliau berkata, anaknya hanya merasai suasana selesa sebagai seorang pelajar selama seminggu sebelum kejadian itu.

Beliau berkata, niatnya menghantar anaknya ke sekolah agama terbabit untuk menjadi pelajar cerdik al-Quran hancur apabila anaknya diperlakukan seperti haiwan dan lebih malang mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak sekolah.

“Saya sedih dengan kejadian yang menimpa anak kerana tindakan murid yang hanya berusia 12 tahun mendera kanak-kanak 9 tahun dengan pelbagai cara, langsung tidak masuk akal.

“Pada mulanya kami sekeluarga memang tidak menyangka anak saya dipukul kerana pihak sekolah memberitahu ia adalah kesan alahan.
“Bagaimanapun, hati saya tersentak apabila doktor memberitahu, anak saya kena dera dan diliwat.

“Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu saya membuat laporan polis pada 30 Julai lalu iaitu pada petang hari saya dibenarkan berjumpa anak saya.

“Anak saya juga mengadu tidak tahan dengan sikap guru di sekolah berkenaan yang tidak menyiasat sesuatu kejadian menyebabkan dia sering mengalah kepada pelajar senior berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu pada 30 Julai lalu dan siasatan sedang dijalankan. ~ bharian
Readmore...