Nizar vs Zambry: Bila pulak Khairy jadi sehebat Singa

1 ulasan
 
Kumpulan penyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyelar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kerana bersikap berkecuali dan menghalang ahli pergerakan itu menyertai demonstrasi besar Sabtu ini.

"Lagi baik diam daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan perpecahan golongan Melayu.

"Melayu semakin lemah dan hanya berani dalam dewan," kata Timbalan Presiden II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun.

"Kilang Umno tidak lahirkan lagi singa, yang ada umpama ayam daging yang diternak dalam kandang yang menunggu diberi makan atau disembelih," tegasnya.

Menyifatkan itu hanya pandangan peribadi Khairy sahaja, Rahimuddin berkata, masih ramai ahli Pemuda Umno yang menyatakan sokongan kepada mereka – yang menganjurkan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA" - untuk berdepan dengan Himpunan MANSUH anjuran penentang ISA.

"Ribuan lagi ahli Pemuda Umno yang bersama kami. Pemimpin (yang) dibeli, golongan bangsawan, memang takut disirami hujan, bom (meriam) air atau panas matahari," katanya sinis, sambil mendakwa Khairy hanya mempunyai 200 penyokong setia.

Ahli parlimen Rembau, yang juga pengerusi Pemuda BN, turut diminta mempersoalkan pendirian Pemuda Gerakan menyatakan dukungan secara terbuka terhadap perhimpunan anti-ISA.

Pada 13 Julai lalu, Pemuda Gerakan menyatakan ia telah menulis surat kepada penganjurnya Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyatakan sokongan terhadap – dan terbabit dalam – demonstrasi tersebut.

Pewaris dan lebih sepuluh NGO Melayu yang mendukung akta tersebut dijadual bermesyuarat tengah hari ini di ibu negara bagi membincangkan persediaan rapi menjelang perhimpunan Sabtu ini yang tinggal tidak sampai lima hari.

Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI merancang bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi – kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara – dengan berpakaian hitam dan merah.

Sementara penyokong ISA berhimpun di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari (lihat peta di bawah).

Mulai 11 pagi, mereka yang berpakaian putih dijadual berhimpun di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara, sebelum menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut dan kemudian berarak ke Istana Negara.

n/k..: Bila pulak masanya UMNO melahirkan pahlawan-pahlawan garang seumpama singa. Kalau ada pun cuma Singa yang di bela yang duduk dalam kandang macam di Zoo Negara. Time makan dibagi makan dah kenyang diamlah dia. Mengaum pun cuma nak melegakan mulut je, bukan mengaum garang. Pelik jugak puak UMNO ni ISA yang sepatutnya dimansuhkan beriya sangat nak disokong. Kata pendukung Islam ada ke Islam menyuruh menahan seseorang tanpa bicara. Lainlah pemuda Pakatan Rakyat yang semangat juangnya umpama Hang Jebat membela nasib mereka yang ditindas...tak ada sejarah dewasa ini rasanya UMNO ni berani menegakkan yang benar kecuali yang salah tu lah yang mahu dibenarkannya.
Readmore...

Alang-alang digulingkan, dedah terus skandal PKFZ - Kit siang

0 ulasan
 

Penasihat DAP Lim Kit Siang menggesa Presiden MCA Ong Tee Keat untuk mendedahkan skandal Zon Bebas Pelabukan Klang (PKFZ) sepenuhnya, alang-alang beliau akan digulingkan oleh pihak tertentu.



Kit Siang berkata demikian menyusuli kenyataan Ong yang mendakwa wujudnya pakatan untuk menggulingkan beliau sebagai Presiden MCA.



Pemimpin veteran itu mencemuh tindakan terdesak Ong yang mahu menampilkan dirinya sebagai pendekar yang dikepung dari pelbagai sudut kerana mendedahkan sekelumit skandal RM12.5 bilion itu.



"Perlu saya tegaskan disini saya sebenarnya tidak berminat dengan politik MCA dan saya tidak peduli ada atau tidak kempen untuk menggulingkan Ong dalam MCA. Samada Ong atau timbalannya Chua Soi Lek menjadi Presiden tidak penting sama sekali kepada rakyat Malaysia yang fikir tidak ada perbezaan antara mereka berdua," kata Kit Siang.



"Ong sekarang ini mahu menjadi hero. Alang-alang dia akan digulingkan hanya kerana mendedahkan kurang dari 10 peratus skandal PKFZ ini, saya sarankan dia jadi anak jantan dan dedah 100 peratus penyelewengan disebalik skandal ini," tegas Kit Siang.



Sementara itu, Ong juga mendakwa beliau menerima surat ugutan dari pihak tertentu. Kit Siang memberi jaminan bahawa beliau akan membelakangi Menteri Pengangkutan itu sekiranya Ong mendedahkan skandal PKFZ sepenuhnya.



"Saya sendiri akan failkan laporan polis untuk Ong jika beliau gagal ke balai polis dalam masa 48 jam, bagi memastikan tidak ada samseng-samseng jahat mengugat integriti kerajaan," katanya.

Readmore...

Era Najib Altantuya: 3 Tindakan Pelik Pewaris Sokong ISA

0 ulasan
 
Tindakan Pertubuhan Pewaris untuk berarak ke Istana Negara pada 1 Ogos ini bagi menyatakan sokongan kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA suatu tindakan yang pelik. Ini kerana kebiasaannya, pihak yang menghantar memorundum ini merupakan kumpulan yang membantah. Manakala kumpulan yang menyokong sesebuah undang-undang tersebut tidak perlu berarak, kerana undang-undang ISA tersebut telah pun berjalan dan sedang dilaksanakan.

Keduanya, tindakan Pewaris untuk berarak di jalan raya bagi menyatakan sokongan kepada ISA dilihat ramai pihak seolah-olah sudah menjadi kegemaran mereka berdemonstrasi. Hal ini berlaku kerana apabila diminta untuk berdebat secara terbuka dengan wakil Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) beberapa bulan yang lalu, mereka tidak hadir dengan pelbagai alasan. Sepatutnya Pewaris bersedia untuk berhujah secara ilmiah dan fakta bagi mempertahankan ISA.

Namun setakat yang berlaku, ramai pihak melihat Pewaris lebih kepada mengambil tindakan ‘tidak matang’ menggertak, memberi amaran dan berdemonstrasi dalam menghadapi sesuatu isu. Budaya ini jauh tersasar daripada kesopanan rakyat Malaysia dan ditolak oleh majoriti rakyat di negara ini. Walaupun seseorang itu penyokong kerajaan, namun dizaman serba canggih dan peredaran maklumat begitu cepat ini, masyarakat mahukan justifikasi yang sarat dengan fakta dan hujah-hujah yang benar untuk menyokong atau membangkang sesuatu.

Oleh itu mana-mana pihak yang mengambil tindakan di luar batas-batas keilmuan dan fakta, malah gagal menghadirkan diri di pentas debat terbuka dilihat sebagai golongan ketinggalan zaman dan takut berhadapan dengan realiti. Hal ini berbeza dengan Gerakan Mansuhkan ISA yang tidak meletakkan demonstrasi sebagai satu-satunya jalan menyatakan penentangan. Sudah berbelas tahun penentangan terhadap ISA ini dibuat dengan rundingan, mahkamah, memorundum, dialog dengan Perdana Menteri, penulisan, kempen tanda tangan, wacana ilmiah, debat (walaupun sebelah pihak) namun ianya tidak berhasil. Maka berdemonstrasi sebagai pilihan terakhir.

Ketiganya Pewaris mewar-warkan tema mempertahankan hak istimewa orang Melayu pada perhimpunan ini juga mendatangkan tanda tanya. Sejak bila pula ISA ini dikira sebagai hak istimewa orang Melayu. Apakah istimewanya orang Melayu dengan adanya ISA. Walhal majoriti yang ditahan ISA sejak zaman berzaman itu adalah orang-orang Melayu. Ulama-ulama Melayu seperti Tuan Guru Haji Daud Meranti, Tuan Guru Pak Nik Lah Arshad itu juga pernah ditahan ISA. Adakah dengan menahan orang tanpa dibicarakan ini sebagai hak istimewa orang Melayu.

Adakah memenjarakan orang tanpa diberikan hak membela diri di mahkamah, dipisahkan secara paksa dengan anak isteri, disiksa di dalam tahanan ini dikira hak istimewa orang Melayu. Sedangkan hal yang berlaku ini jelas bertentangan dengan agama Islam itu sendiri. Tidak malukah kita dihadapan Allah Taala esok apabila di dunia mempertahankan undang-undang yang bercanggah dengan Syariat Allah swt? Inikah hak istimewa kita? Melawan syariat Allah!

sumber: dppwp
Readmore...

Suruhanjaya Diraja perlu kuasa penuh - Nizar Jamaluddin

2 ulasan
 
AJK PAS Pusat, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin menggesa Suruhanjaya Diraja diberi kuasa penuh menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock dan siapa yang bertanggungjawab melakukannya dan bukannya menyemak cara penyiasatan kes berkenaan dilakukan.


Ujar beliau rakyat mahu tahu kedudukan sebenar kes dan mahu pihak bertanggungjawab menerima hukuman setimpal.



Rakyat Malaysia dan pimpinan parti-parti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkehendakkan keamanan dan keadilan mahukan Suruhanjaya Diraja yang bebas menyiasat kenapa perkara ini berlaku dan siapa yang bertanggungjawab, katanya.



Beliau juga menolak tugas suruhanjaya yang hanya ditugaskan untuk menyiasat proesdur siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan siasatan pelanggaran hak asasi manusia.



Sebaliknya suruhanjaya perlu mengendali semua tugasana tersebut dengan jujur, telus dan tidak bias kepada mana-mana pihak, ujar Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.



Sementara itu keluarga Teoh menolak penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai SPRM seperti yang diumumkan Perdana Menteri.



Malah mereka turut menolak keputusan kabinet yang mahu satu inkues yang diketuai seorang majistret akan dijalankan mencari punca kematian, sebaliknya mendesak kerajaan supaya memperluaskan skop suruhanjaya itu bagi turut menyiasat punca kematian bekas Setiausaha Politik Exco Selangor itu.



Dalam pada itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula berkata, keputusan itu dibuat kerana mereka merasakan bidang kuasa seorang majistret terhad berbanding sebuah suruhanjaya dalam menentukan punca kematian Teoh.



Menurutnya, beberapa kes sebelum ini, termasuk kes mata lebam Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim, telah disiasat suruhanjaya yang diketuai hakim dan bukannya seorang majistret.



Dengan tahap keyakinan orang ramai mengenai badan kehakiman kita, maka kita merasakan adalah lebih baik sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian Teoh.



Beliau dan keluarga Teoh pada asalnya gembira apabila mendapat tahu bahawa satu Suruhanjaya Diraja akan ditubuhkan,



Namun selepas meneliti maklumat dengan mendalam, DAP kecewa kerana suruhanjaya itu ditubuhkan bukan untuk menyiasat punca kematian, katanya.



Bagi keluarga Teoh, mereka mahukan sebuah suruhanjaya menyiasat mengapa mendiang boleh mati berhampiran bangunan ibu pejabat SPRM.



Kit Siang turut menyamakan keputusan PM itu sebagai satu 'silap mata' yang hanya memperolok rakyat.


Sebaliknya jika Najib ingin mencari kebenaran sebagaimana yang dinyatakannya, jawapannya ialah suruhanjaya tersebut perlu diberi bidang kuasa menyiasat penuh punca kematian, dan bukan inkues.
Readmore...

Nizar vs Najib: Antara Lilin dengan Pelita...

1 ulasan
 
Masa Nizar pegang lilin bukan main lagi puak-puak dari bani UMNO ni menyalak. Kiri kanan depan belakang menghentam Nizar.

Perhatikan betul-betul apa yang Najib tu buat. Siap tolong pasang api suci pulak tu.

Kat pembangkang nampak aje silapnya bila kena batang hidung sendiri, mengapa malu nak bukak mulut. Mana ulasan selari dari Mufti dan totok-totok UMNO ni?
Readmore...