Era Najib Altantuya: SPRM semakin kejam...

0 ulasan
 
MAJLIS Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa dukacita yang amat mendalam di atas kematian mendiang Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Selangor.


Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, pihak Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.



Sebelum ini telah terdapat banyak kematian yang berlaku dalam tahanan pihak berkuasa seperti Allahyarham Rumie Azzan Mahlie dan mendiang Ananthan Kugan.



Kematian mendiang Teoh Beng Hock merupakan kemuncak kepada penyalahgunaan kuasa pihak berwajib dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.



Sehingga kini pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah secara berterusan menjalankan siasatan dan membuat ancaman ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat, sedangkan laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa para pemimpin Barisan Nasional tidak diendahkan.



Ini adalah bukti kukuh bahawa suruhanjaya yang baru beroperasi selama enam bulan itu hanyalah dijadikan alat oleh Barisan Nasional dan Umno untuk melemahkan Pakatan Rakyat.



Jawapan tegas



Rakyat menuntut jawapan yang lebih tegas dari SPRM dan Perdana Menteri yang menjadikan SPRM sebagai kuda tunggangan Umno, dalam tindakan untuk merampas kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.



Badan seperti SPRM seharusnya bertindak profesional dan menyelamatkan integriti mereka dengan mengambil tindakan ke atas laporan terhadap para pimpinan Barisan Nasional yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah.



SPRM juga seharusnya memberhentikan teknik mendera dalam soal siasat mereka.



Dalam kes Mendiang Teoh, SPRM perlu mengenal pasti pegawai terlibat seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan.



Kami percaya bahawa rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap SPRM dan institusi lain yang dtubuhkan oleh kerajaan.



Pakatan Rakyat akan terus menerus menentang kezaliman dan salahguna kuasa institusi ini dengan mengadakan kempen di seluruh negara.



Sehubungan dengan itu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mendesak dan bertegas agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock dan meneliti teknik dan kaedah siasatan SPRM selama ini. (17 Julai)



Kenyataan media ini dikeluarkan oleh:



Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KeADILan



Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS


Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen DAP
Readmore...

Penduduk gempar kehadiran Syaitan Merah

0 ulasan
 
SAN DIEGO - Penduduk di sini kecoh selepas pantai-pantainya diserang sotong gergasi mencecah 1.5 meter panjang.


Kehadiran sotong yang terkenal dengan gelaran 'Syaitan Merah' itu menakutkan orang ramai terutamanya penyelam manakala puluhan bangkai raksaksa laut itu dilihat terdampar di tepi beberapa buah pantai yang sarat dengan pelancong.


Sotong jenis Humbolt itu dipercayai bergerak dari laut dalam pada minggu lalu dan mengancam penyelam yang tidak menyedari kehadirannya.


Ia boleh membesar sehingga mencecah berat 45 kilogram dan merupakan haiwan pemangsa ganas.


Seorang penyelam, Shanda Magill memberitahu dia hampir menemui ajal apabila dilanggar dan dibelit seekor sotong besar itu sebelum ia melepaskannya dan beredar semasa dia menyelam di perairan cetek di sini baru-baru ini.


"Saya tidak akan menyelam lagi sehingga semua sotong itu beredar. Saya seperti masuk ke dalam kandang singa," kata seorang penyelam lain, Mike Bear.


Sotong Humbolt memburu dalam kumpulan besar mencecah 1,200 ekor dan mampu menggelonsor di atas permukaan laut seolah-seolah sedang terbang.
Readmore...

SPRM: Soal - siasat atau mengancam?

0 ulasan
 
Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa mencerita pengalaman perit yang dilaluinya ketika disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu, berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Tan disoal siasat oleh SPRM pada hari yang sama dengan Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor - yang ditemui mati, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM jam 1.30 petang semalam. Tan mendakwa, dua pegawai SPRM yang menyoal siasatnya, cuba mendapatkan pengakuan palsu daripadanya, dengan memaksanya menafikan telah membekalkan 1,500 ribu bendera Malaysia bagi satu majlis sambutan hari Kemerderkaan di DUN Sri Kembangan.

Sewaktu sesi soal siasat tersebut, katanya, pegawai berkenaan menggunakan teknik 'polis baik dan polis jahat' - pada mulanya bersikap baik tetapi kemudiannya bertindak kasar dan memaksanya berdiri selama empat jam dari pukul 10 malam hingga 2 pagi.

Tan berkata, ada beberapa kali dia diancam dengan keganasan fizikal, di mana seorang pegawai menuding ke dahinya dan didakwanya berkata: "Kami jangan bohong. Saya boleh pukul kami. Percayalah!".

Sewaktu disoal siasat, katanya, pegawai yang lain masuk ke bilik untuk mempersendakan kelemahannya bercakap dalam bahasa Malaysia dan memanggilnya dengan istilah yang kesat - Cina bodoh - dan bertanya sama ada dia rakyat China.

Yang paling teruk, kata Tan, ialah ancaman terhadap keluarganya yang disifatkannya sebagai satu 'penderaan mental'.

"Mereka kata, jika saya tidak cakap benar, mereka akan ambil isteri dan tiada siapa yang akan menjaga anak-anak saya. Tetapi saya tidak beralah," kata Tan dalam satu sidang akhbar di bangunan setiausaha kerajaan negeri hari ini.
Readmore...