Jatuh Bangunan : Beng Hock Koyak Seluar, Kian Chong Kepala ‘Meletup’

0 ulasan
 
Terkejut juga membaca berita utama Harian Metro hari ini. Seorang pemuda berusia 22 tahun, Tan Kian Chong ditemui mati setelah terjatuh dari tingkat 16, Apartmen Vista Angkasa, Kampung Kerinchi semalam. Harian Metro melaporkan;

“Saya dengar macam bunyi letupan sebelum melihat satu tubuh manusia di atas lantai bangunan,” kata Hamzah Sharif, 45, menceritakan kejadian seorang pelajar lelaki Universiti Malaya (UM).



Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Tan Kian Chong, 22, ditemui dalam keadaan tertiarap dengan keadaan kepalanya berkecai dan kesan darah dilihat terpercik hingga ke tingkat dua bangunan apartmen berkenaan.

Kes ini menarik perhatian saya kerana pada 15 Julai lepas, Setiausaha Politik Exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah iaitu Teoh Beng Hock ditemui mati di Plaza Masalam Selangor selepas disoal siasat SPRM.



Kebanyakkan media melaporkan bahawa beliau mati kerana terjatuh dari tempat yang tinggi. Anehnya keadaan jasadnya tidaklah seteruk kes Kian Chong atau kes-kes lain yang melibatkan mangsa yang jatuh dari tempat tinggi yang lain.


Jasad Beng Hock ditemui dalam keadaan bahagian belakang seluarnya terkoyak. Kepalanya masih sempurna, pendarahan dikesan dibeberapa bahagian.



Kes ini pastinya perlukan siasatan rapi dari pihak Suruhanjaya yang diamanahkan. Kita harap kita akan mendapat jawapan yang menyakinkan tentang kematian Beng Hock tak lama lagi.

sumber: syukran

Readmore...

'Pergi jahanamlah UMNO' - Nik Aziz

0 ulasan
 

KOTA BHARU 27 Julai - ''Salam ini bukan di antara UMNO dengan Pas, tetapi antara kerajaan Kelantan dan Pusat, tak timbul masalah UMNO ini, pergi jahanamlah UMNO.''


Demikian reaksi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta menjelaskan lebih mendalam mengenai 'salam' yang dihulurkan beliau kelmarin.


Malah, Mursyidul Am Pas itu tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.


Beliau berkata, kesediaan untuk bekerjasama disebabkan negara ini mengamalkan sistem persekutuan dan di antara kerajaan negeri atau Pusat mempunyai kewajipan masing-masing.


"Sistem yang diamalkan kita ialah federalisme, bukan kerana apa, Pusat ada kewajipan kepada negeri dan negeri ada kewajipan kepada Pusat.


"Kerana apa nak sekat (peruntukan dan kerjasama), ada menteri sekat pegawainya beri kerjasama dengan kementeriannya, ini bukan menteri," katanya kepada pemberita selepas melawat Taman Ternakan sempena Hari Peladang peringkat di sini hari ini.


Beliau diminta mengulas pandangan pelbagai pihak terhadap kenyataannya sebelum ini yang mahukan sebarang sengketa di antara kerajaan negeri dan Pusat diselesaikan demi kepentingan rakyat.


Kenyataan itu juga disambut baik oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengalu-alukan kesediaan Nik Abdul Aziz untuk menjalin hubungan baik dengan Kerajaan Pusat.


Nada Nik Aziz amat berbeza dengan kenyataannya pada kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang menyamakan UMNO sebagai tunjang utama kepada Barisan Nasional (BN) dengan ajaran sesat Ayah Pin dan pengganas komunis, Chin Peng.


Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz turut mempertikaikan tindakan Kerajaan Pusat yang tidak menyalurkan terus peruntukan kepada kerajaan negeri untuk membangunkan negeri ini kerana ia jelas melanggar Perlembagaan.


"Memang tidak ada dalam Perlembagaan, negeri pembangkang dihalang oleh Pusat, apa kata kalau parti lain kuasai Pusat.


"Kami juga buat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan halang peruntukan, tujuan apa tak bagi duit terus kepada kerajaan," jelasnya.


Katanya lagi, walau apa sekali pun, Kerajaan Pusat perlu membantu kerajaan negeri kerana ia termaktub dalam Perlembagaan di bawah sistem federalisme.


"Negeri ini bukan hak UMNO, kalau tak bantu, dia kena bantu negeri ini bukan dengan sukarela, tetapi dengan Perlembagaan.


"Kalau tak buat kita gulinglah. Pandailah kita guling, misal yang selalu saya kata, nak pergi ke Kuala Krai, tapi pemandu bawa bas ke Terengganu. Adakah boleh dengan riuh rendah sahaja. Kita kena tolak pemandu ambil stereng dan pandailah kita buat," katanya.

Readmore...

Undur sebelum dimalukan di PRK-13

0 ulasan
 
KEPALA BATAS, 27 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyarankan kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno supaya segera mengundurkan diri dari persada politik negara.

Menurut beliau lagi, BN dan Umno sudah banyak membawa kemusnahan dan keruntuhan kepada rakyat negara ini melalui sistem amalan demokrasi yang zalim.

"BN dan Umno sepatutnya sudah mengundurkan diri sebagai pemerintah dalam negara ini. Ini adalah kerana selagi mereka memerintah negara maka amalan demokrasi yang mereka amalkan banyak menzalimi rakyat.

"Akta seperti ISA adalah satu sistem lapuk penjajah yang masih lagi diguna pakai walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan melebihi daripada 52 tahun.

Islam melarang penggunaan sistem zalim dan menganiayai rakyat yang diamalkan oleh BN dan Umno ini.Amalan memenjarakan rakyat tanpa bicara ini adalah satu sistem zalim yang menzalimi rakyat kerana tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya," kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah beliau di Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas, Seberang Perai Utara.

Bagi beliau, jika Umno tidak mahu berundur, Abdul Hadi menyarankan rakyat supaya mengundurkan BN dan Umno dengan tangan mereka melalui keputusan pilihan raya yang akan datang.

"Saya yakin dengan kuasa yang ada pada rakyat maka BN dan Umno ini dapat kita undurkan dari terus memerintah negara dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"Hanya dengan mengundurkan mereka secara paksa oleh rakyat sahaja maka kestabilan politik, ekonomi dan sosial dapat dipulihkan kembali tanpa melalui proses-proses kezaliman, korupsi dan penganiayaan yang diamalkan oleh mereka," katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr P Ramasamy, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Ketua Dewan Ulama PAS Pulau Pinang, Ustaz Soid Md Amin.
Readmore...

Mayat bayi dalam longkang

0 ulasan
 
MARAN: “Berderau darah saya melihat mayat bayi dalam longkang, tiga mayat lagi bergelimpangan, manakala satu lagi tersepit dalam kereta.


“Saya menitiskan air mata kerana suasana ketika itu begitu dahsyat dengan keadaan mayat cukup mengerikan terutama mayat bayi itu yang pecah kepala hingga menampakkan isi,” kata Azmi Mohamad, 42.

Dia antara saksi awal kemalangan membabitkan sebuah lori kontena dengan Perodua Kenari di Jalan Kuala Lumpur-Kuantan berhampiran Kompleks Rakan Muda Maran di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, lima sekeluarga terbabit maut apabila kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah lori kontena ‘terbang’ sebelum diseret kira-kira 80 meter dan melanggar tebing bukit.


Mereka yang terbunuh ialah pembantu am rendah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Purun, Triang, Nasaruddin Abdul Aziz, 32; isterinya, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Purun, Fatmawati Harun, 30, yang hamil tiga bulan, anak pasangan itu, Muhammad Nazhif Iman, 10 bulan, ibu Fatmawati, Sepiah Mohamad, 60, dan adik Fatmawati, Mohd Syakirin, 23.

Bagaimanapun, pemandu lori kontena berusia 39 tahun itu hanya patah kaki dan menerima rawatan di Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh, manakala kelindannya, seorang remaja berusia 17 tahun tidak cedera.

Azmi berkata, kemalangan itu paling ngeri pernah dilihatnya dan sukar untuk menceritakan keadaan mangsa kerana terlalu ngeri.

“Saya turut membantu anggota bomba mengangkat mayat keluarga berkenaan dan mengutip cebisan daging dan anggota badan yang terputus dan hancur akibat rempuhan kuat kenderaan berat itu.

“Ini kali kedua saya melihat kemalangan maut di tempat sama. Nahas lima tahun lalu turut mengorbankan lima nyawa, tapi kali ini lebih dahsyat,” katanya.

Sementara itu, abang sulung Fatmawati, Alias, 43; berkata dia terkejut apabila dimaklumkan lima anggota keluarganya terbunuh dalam kemalangan itu ketika dihubungi bapa tiri, Wan Jaafar Wan Jusoh, 65, selepas tamat bertugas sebagai anggota polis di Bera.

“Kali terakhir saya bertemu mereka di rumah ibu (di Jengka 5) kerana semalam (kelmarin) kami berkumpul dan makan bersama ketika pulang bercuti hujung minggu.

“Saya sempat berbual dengan mereka sebelum bergegas pulang untuk bertugas kira-kira jam 5 pagi tadi (semalam). Pemergian mereka begitu mengejutkan kerana masing-masing tidak menunjukkan sebarang perubahan atau sikap pelik,” katanya ketika ditemui di luar bilik mayat Hospital Bandar Jengka.

Menurutnya, lebih menyayat hati, keluarganya baru menerima berita gembira bakal menyambut ‘orang baru’ apabila Fatmawati yang juga anak kelima daripada tujuh beradik itu disahkan hamil tiga bulan.

“Fatmawati beritahu dia mengandung ketika kami berkumpul beramai-ramai dan adik saya begitu gembira kerana bakal mendapat cahaya mata kedua selepas tiga tahun berumah tangga.

“Saya juga sedih dengan kehilangan adik bongsu, Mohd Syakirin, yang juga insan istimewa kerana menjadi penyeri keluarga kami dengan gelak tawa setiap kali berkumpul,” katanya.

Katanya, jenazah anggota keluarganya akan dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Islam Felda Jengka 5 sebaik selesai dibedah siasat.
Readmore...