Lilin ditangan Nizar, Zambry pulak yang terasa panas...

0 ulasan
 
Menteri Besar Haram Perak yang diminta mengulas tindakan Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Teoh di Ipoh tempohari antara lain berkata, Ulama PAS patut mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Nizar itu.


Mengakui beliau bukanlah seorang ulama Zambry berkata "Saya bukan ulama nak komen tentang tindakan Nizar. Biar orang agama komen tentang ini. Biar tok guru komen. Dia banyak tok Guru (Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi). Dia (Mohammad Nizar) pun tok guru juga. Dia pandai baca Quran, bagi ceramah, bagi khutbah di masjid. "Dia lagi tahu apa yang dia buat," tambah Zambry lagi, yang nadanya mungkin untuk mencari salah Nizar dalam hal ini.

Belum pun sempat dua tok Guru yang diakui oleh si Zambry sebagai 'orang agama' membuat kenyataan, Timbalan Mufti Negeri Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin yang diminta mengulas pekara ini menyatakan, Perhimpunan menyalakan lilin sebagai memperingati si mati bukan amalan keagamaan dan hanya dianggap sebahagian budaya masyarakat bukan Islam.


Berikutan itu, orang Islam yang turut hadir pada perhimpunan seumpama itu, hanya sekadar memberi sokongan moral dan tidak salah di sisi agama.

“Lilin bukannya alat keagamaan. Majlis memperingati yang diadakan itu pun tiada unsur-unsur keagamaan. Oleh itu, tidak salah sekiranya rakan-rakan Islam turut hadir memberi sokongan atau penghormatan terakhir,” katanya.

Syeikh Marwazi berkata, penyokong Islam yang hadir kemungkinan sekadar memberi sokongan politik, malah perhimpunan itu juga adalah berlandaskan fahaman politik, dan bukannya keagamaan.

“Mereka yang hadir juga tidak membuat sesuatu yang merujuk kepada perbuatan keagamaan, jika sekadar berdiri bersama lilin, tidak mengapa,” katanya.

Menurutnya, dalam kes ini, isu agama tidak timbul kerana kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

“Kehadiran orang Islam di situ hanyalah sebagai menyokong rakan-rakan mereka dalam politik sahaja, dan sekiranya boleh menimbulkan fitnah, eloklah sekiranya mengelak daripada hadir dalam perjumpaan seumpama itu,” katanya.

Diharap dengan ulasan dari Syeikh Marwazi Dziyauddin dapatlah si Zambry dan puak-puaknya memahamkan serba sedikit situasi itu dan jangan cuba menimbulkan fitnah pada perkara yang kita sendiri tak pasti kedudukkannya. Kalau nak lebih pemahaman lagi baca disini.
Readmore...

UMNO Abaikan Sekolah Agama...

0 ulasan
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Senawang, P.Gunasekaran, kesal kerana keselamatan Sekolah Agama Persekutuan Labu di kilometer 15, Jalan Labu, diabaikan apabila tembok pagar sekolah tersebut telah runtuh.


Menurut Gunasekaran beliau telah meninjau keadaan tembok pagar yang runtuh ini dan beliau telah menghantar surat aduan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan bertarikh 3 Julai 2009.



Gunasekaran juga berkata salinan surat aduan tersebut juga telah dihantar kepada ADUN Labu, Dato' Hasim Rusdi; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban, Dato' Abdul Halim Abdul Latif dan kepada Jabatan Kerjayaraya Negeri Sembilan.



Namun sehingga kini, tiada sebarang tindakan diambil oleh mana-mana pihak atau kerja pembaikan telah dilakukan.


" Tembok pagar sekolah yang runtuh ini menghadap laluan utama iaitu Jalan Labu, tapi saya berasa hairan bagaimana ADUN Labu yang sering menggunakan laluan utama ini tidak peka dengan keadaan tembok pagar runtuh ini?



" Yang paling mengecewakan ialah, beliau juga merupakan EXCO kerajaan Negeri Sembilan dan tidak mengambil sebarang tindakan sehingga ke hari ini," katanya.



Gunasekaran mengulas bahawa dengan tembok pagar yang runtuh ini, keselamatan pelajar sekolah dan harta benda sekolah sendiri berada dalam keadaan bahaya.



" Tembok yang telah runtuh ini sudah pasti memudahkan penjenayah untuk memasuki kawasan sekolah dan asrama Sekolah Agama ini.



" Keselamatan pelajar yang tinggal didalam asrama juga berisiko apabila keadaan tidak sempurna ini akan mengundang pelbagai anasir jenayah dari luar kawasan sekolah", kata Gunasekaran.


Sehubungan itu Gunasekaran meminta pihak yang bertanggungjawab segera membaiki tembok pagar yang runtuh ini sebelum sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Readmore...

TT saman Manohara & Daisy

1 ulasan
 

KUALA LUMPUR: Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail memfailkan saman RM105 juta terhadap isteri beliau, Cik Puan Temenggong, Manohara Odelia Pinot dan ibunya, Daisy Fajarina di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.


Jumlah yang dituntut itu melibatkan kedua-dua mereka.


Daripada jumlah itu, RM35 juta adalah tuntutan ganti rugi teladan, RM35 juta ganti rugi teruk dan RM35 juta lagi ganti rugi pampasan.


Dalam saman untuk serahan di luar bidang kuasa itu, Tengku Fakhry menamakan Daisy sebagai defendan pertama manakala Manohara pula defendan kedua.


Mereka diberikan 21 hari untuk memfailkan tuntutan pembelaan.


BERITA TERDAHULU


KUALA LUMPUR: Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Fakhry Sultan Ismail memfailkan writ untuk memulakan saman fitnah terhadap isteri beliau Manohara Odelia Pinot dan ibunya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.


Writ difailkan pukul 9.30 pagi tadi.


Kira-kira setengah jam kemudian beliau memperoleh kebenaran untuk permohonannya didengar di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Safarudin Tambi.


Ia merupakan susulan kes yang difailkan pada 5 Julai lalu.


KES SUSULAN


Awal bulan ini, Tengku Muhammad Fakhry memfailkan dua saman iaitu tuntutan kembali setia dan memulangkan wang yang dipinjamkan terhadap isterinya, Manohara Odelia Pinot.


Tuntutan hutang RM972,750 - wang yang dipinjamkan kepada Manohara difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu manakala soal kembali setia pula difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu.


Saman tuntutan dibuat mengikut Seksyen 8(a) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Kelantan) 2002.


Kedua-dua permohonan tuntutan diterima oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan/Tinggi Syariah Kelantan, Abu Bakar Abdullah Kutty.


Mahkamah menetapkan 2 Ogos ini untuk sebutan semula kedua-dua kes tersebut.


Isu bekas model Indonesia, Manohara, 17, mendapat liputan meluas daripada media Indonesia dan tempatan berikutan ibu Manohara, Daisy Fajarina mendakwa anaknya didera ketika berada di Malaysia selepas berkahwin dengan Tengku Temenggong Kelantan, 31.


Pasangan diraja itu berkahwin pada 26 Ogos 2008.

Readmore...