Nasha di Manek Urai: Masalah besar buat UMNO

0 ulasan
 

Sebelum ini Pemuda UMNO Kelantan mencabar PAS menjemput Nasha berkempen di Manek Urai, hari ni beliau muncul maka tamatlah topik utama kempen Umno terutama oleh jentera Pemuda melalui ketuanya Khairy Jamaluddin di Manek Urai. Apalagi isu yang dapat dimainkan oleh UMNO selepas ini kerana segala perang saraf yang mereka mainkan dapat dipatahkan oleh pimpinan PAS. Diharap dengan kehadiran Nasha ni membuka peluang lebih luas untuk UMNO tewas sekali lagi di Manek Urai.

Beliau tiba di Kelantan jam 9 pagi tadi dan turut serta dalam solat Dhuha bersama Mursyidul Am PAS dan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah.

Majlis sembahyang solat Dhuha itu diadakan di Sungai Peria, Manek Urai.

Nasharuddin dijadual menghadiri taklimat mengenai kempen pilihanraya di markas induk PAS Manek Urai pada jam 3 petang tadi.
Readmore...

Nasharuddin di DUN Manek Urai

0 ulasan
 
Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa akan hadir berkempen pada pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Beliau berkata, ketiadaannya di Manek Urai ketika ini tiada kena mengena dengan kontroversi yang didakwa sejak hari penamaan calon, sebaliknya beliau sakit usus selama seminggu sehingga tidak selesa menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan kecil.

“Sebelum ini saya ada datang beberapa kali ke hospital untuk membuat rawatan tetapi sejak seminggu ini saya berasa sangat tidak selesa dan membuat keputusan untuk jalani pembedahan.

“Saya akan berehat dalam masa dua hari ini dan akan pergi ke Manek Urai Sabtu ini. Insya-Allah saya akan memberi ceramah bergantung kepada tentatif program yang disediakan. Setakat ini saya masih tidak dimaklumkan lagi aktiviti yang akan dijalankan di sana,” katanya ketika ditemui sebaik keluar wad pembedahan di sini, semalam.

Nasharudin selamat menjalani pembedahan usus jam 11 pagi semalam, setelah dimasukkan ke bilik pembedahan pada jam 10 pagi hari yang sama.

Sementara itu, ketika ditanya berkaitan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini yang mencabar Pas untuk melakukan sesuatu yang lebih baik terhadap pembangunan di Kelantan, beliau berkata, Kelantan tidaklah mundur seperti yang digembar-gemburkan.

“Kalau kita ukur pembangunan yang ada di Kelantan dengan keupayaan kewangan yang dimiliki, saya rasa kita boleh berbangga jauh dibandingkan dengan Sabah dan Sarawak.

“Kita masih teruskan hal-hal pembangunan seperti projek yang ada kaitan dengan rakyat, pembangunan secara bersifat fizikal dan pembangunan insan yang tidak pernah kita lupa kan kita buat dalam kemampuan yang kita miliki. Kalau peruntukan yang diberi kepada kita RM50, kita gunakan ikut kesesuaian jumlah yang diberi dan kita pun tahu nak ukur pada baju sendiri,” katanya.
Readmore...

Khir Toyo jejaskan moral UMNO

0 ulasan
 
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kontroversi banglo mewah milik bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, boleh menjejaskan moral Umno dan BN.

Sehubungan itu beliau menggesa Dr Mohd Khir supaya menjelaskan punca pembiayaan rumah beliau yang dikatakan bernilai RM24 juta itu.

"Beliau perlu menjelaskan di mana beliau memperoleh wang... tak bolehlah kata RM3 juta. Saya pun ada rumah juga, rumah saya RM1 juta saya belanja di The Mines, rumah dia berapa kali besar daripada (rumah) saya," katanya.

Sebelum ini, ADUN DAP Sekincan, Ng Suee Lim membangkitkan isu pembelian dua lot tanah serta sebuah banglo mewah di Seksyen 7, Shah Alam oleh Dr Mohd Khir Toyo yang didakwanya berharga RM24 juta.

Media memetik Ng mendakwa jumlah itu tidak mungkin mampu dibiayai Dr Mohd Khir melalui pendapatannya selama lapan tahun menjadi menteri besar.

Bekas menteri besar Selangor itu, ketika diminta mengulas mengenainya, mengakui membeli dua lot tanah berserta sebuah banglo mewah terbabit tetapi dengan harga RM3.5 juta dan bukan RM24 juta seperti yang didakwa oleh Ng.
Readmore...

Isu babi selesai, PR & DAP kembali bersatu

0 ulasan
 
DAP Kedah hari ini menarik balik keputusan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat selepas mendapat jaminan kerajaan negeri untuk menyelesaikan semua pertikaian yang dibangkitkan sebelum ini.


Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su berkata, keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa DAP negeri itu yang berakhir tengah hari tadi.



"Kita menarik balik keputusan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat yang kita buat sebelum ini," katanya ketika dihubungi mStar Online.



Pada 1 Julai lalu DAP Kedah mengumumkan untuk keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran PAS di negeri itu antara lain termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya.



Bagaimanapun Thomas berkata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah memberi jaminan untuk menyelesaikan isu berkenaan secepat mungkin.



"Ada beberapa perkara yang kita bangkitkan sebelum ini telah diselesaikan dan ada yang akan diselesaikan kemudian.


"Sebagai contoh isu pusat penyembelihan babi, MB (Menteri Besar) telah memberikan kita tempat alternatif iaitu di sebuah kawasan di Gurun," katanya.
Readmore...