Melayu mana mampu tolak PERKASA? Ye ke KJ...

0 ulasan
 
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menjadi popular dalam masa yang singkat kerana membawa mesej yang “tidak mampu ditolak orang Melayu”.
 
“Orang Melayu mana hendak tolak mesej PERKASA? (Pengerusinya Datuk) Ibrahim Ali datang berkata, dia datang sebagai orang Melayu, sebagai NGO yang berkecuali, tidak berpolitik, ahli parlimen bebas, (berkata) saya hendak mempertahankan orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan agama Islam. 

“Siapa hendak kata tidak setuju? Jadi ramailah yang tertarik. Tidak ada sesiapa cakap macam ini sekarang. Jadi semua orang pergi (pada PERKASA),” kata Khairy ketika diminta mengulas penyertaan ramai ahli Umno dalam NGO itu.

NGO pimpinan ahli parlimen Pasir Mas itu dalam masa singkat meraih sokongan orang Melayu di seluruh pelusuk negara, sehingga menimbulkan tanggapan ia mampu mengambil alih peranan Umno yang dilihat tidak lagi agresif mendepani isu-isu kaum tersebut.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini minggu lalu, Khairy yang sejak awal enggan membandingkan langsung antara Umno dan PERKASA berkata, peranan mereka lebih menyeluruh daripada NGO tersebut.
 
“(Kita) bukan sahaja hendak mempertahankan (Melayu), tetapi kita juga hendak majukan orang Melayu, perkasakan bangsa mereka. Jadi mesejnya berbeza sepenuhnya,” katanya.

Menyifatkan dirinya sebagai radikal berhaluan tengah, Khairy berkata Umno yang telah mengharungi cabaran parti pelbagai aliran sejak daripada tahun 1946 lagi tidak akan terjejas dengan kehadiran PERKASA.

“PERKASA bukan kenderaan Umno. Kita yakin degan perjuangan kita sendiri. Umno sudah harungan semua ini bukan baru lagi, sejak tahun 1946. 

“Zaman itu kita tewaskan British, haluan kiri, Dr Burhanuddin Helmi, Ahmad Bustamam, haluan tengah, haluan kanan, semua haluanlah. Kita terus hidup,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Damansara.
 
Readmore...

Baca Kenyataan "Benggong" Dari Ketua Pemuda "Tong Sampah" Ni...

1 ulasan
 
Rakyat harus menilai kredibiliti ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan pendedahan Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengenai rancangan “16 Sept” di Parlimen baru-baru ini, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Anggota Parlimen Rembau itu berkata hakikatnya semua pendedahan Zahrain datang daripada pengalaman beliau sepanjang berada dalam pakatan pembangkang dan bukannya sandiwara Barisan Nasional (BN).
“Zahrain telah mengalami kekecewaan sejak berada di bawah Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan kita harus melihat pendedahan beliau dengan ikhlas.
“Selepas ini kita tunggu pula bahas titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong daripada anggota Parlimen bebas yang lain Isnin ini,” katanya selepas menyertai perlawanan persahabatan bola sepak antara Pemuda Umno Malaysia dan Pemuda Umno Subang sempena majlis penutupan Liga Subang dan Juara Rakyat Parlimen Subang.
Mengulas tentang pemilihan MCA pada 28 Mac ini, Khairy berkata adalah menjadi harapan Pemuda Umno agar kemelut yang melanda MCA dapat diselesaikan dengan segera.
Beliau berharap MCA dapat memberi fokus dalam tujuan asalnya membela nasib rakyat di samping membantu Perdana Menteri merealisasikan gagasan 1 Malaysia.
“Selepas pemilihan selesai, diharap pewakilan MCA dapat menerima siapa jua presiden yang terpilih secara muktamad.
Siapa yang menang, itulah presiden yang patut disokong,” katanya.
Ong Tee Keat telah menyatakan hasrat untuk mempertahankan jawatan presiden MCA yang akan dicabar bekas Timbalan Presiden Datuk Seri Chua Soi Lek dan bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting. — Bernama
p/s: Tak sedar diri lagi mamat ni. Masih lagi nak mengayat Najib untuk jawatan Menteri agaknya. Menang kek Rombau dengan cara tak bermaruah ada hati pulak nak mengulas kredibiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Readmore...