Oh Tidak ~ Belut masuk kemaluan ketika berendam di kolam Spa

3 ulasan
 
Percubaan memperoleh kulit halus dan awet muda membuatnya nekad melakukan rawatan tubuh melampau, iaitu spa belut. Namun rawatan kecantikan ini berakhir pembedahan akibat belut masuk ke pundi kencing melalui zakarnya. Kerana ingin kelihatan lebih muda, Zhang tanpa ragu berendam dalam air mengandungi beratus-ratus belut yang didakwa akan memakan lapisan kulit mati di tubuhnya.

Setelah mandi, Zhang Nan, lelaki berusia 56 tahun ini merasakan sakit yang amat sangat pada alat pentingnya. Ketika itu beliau menyedari seekor belut berada di uretranya dan masuk ke dalam kandung air kencingnya. "Apabila selesai mandi saya boleh merasakan belut menggigit tubuh saya. Kemudian saya merasakan sakit yang makin teruk dan melihat belut kecil menggigiti hujung zakar saya dan masuk ke lubang kecil di dalamnya, "ujar warga Honghu, wilayah Hubei China.

Walaupun berusaha menarik keluar belut tersebut, tubuh belut yang licin membuat Zhang tak dapat menghalang ikan mirip ular ini masuk ke tubuhnya. Ia lantas bergegas ke rumah sakit dan akan menjalani pembedahan selama tiga jam untuk mengeluarkan belut sepanjang enam inci atau lebih dari 15 cm dari kandung air kencingnya. Belut tersebut telah mati masa doktor menemuinya.


Benarkah anda rakyat Malaysia, ...BUKTIKAN...untuk mengesahkannya sila KLIK SINI! 
Readmore...