Dua Formula UMNO tawan semula Kedah…

0 ulasan
 

Umno memperkenalkan dua formula yang dikenali “SMSS” dan “KBSM” dalam usaha menawan semula Kedah pada pilihanraya umum akan datang.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan berkata SMSS bermaksud bekerja “siang malam, subuh senja”, manakala KBSM pula bermaksud menghadiri “kenduri, bersalin, sakit dan mati” di semua kawasan DUN masing-masing.

“Tidak mustahil BN dapat menawan semula Kedah jika kita mengamalkan dua formula ini,” katanya selepas menemui jawatankuasa penerangan Umno negeri hari ini.

Ahmad berkata semua jentera penerangan Umno perlu mempertingkatkan usaha mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti menerusi dua formula itu.

Pas dah buat lama dah apa yang dicadangkan oleh Ahmad Maslan tu. Mana nak sama original dengan yang cetak rompak. Mana nak sama yang ikhlas dengan yang berkepentingan politik. Rakyat dah tau agenda politik UMNO yang dah mula gelabah ni, timbulah bermacam-macam slogan/Formula untuk menarik semula sokongan melayu…rasanya mampu ke nak tawan Kedah.

Readmore...