Zamri lawan Nizar: UMNO...kononnya jaguh Melayu

0 ulasan
 
UMNO perlu bertindak ikhlas dan tidak mempolitikkan isu larangan menjual minuman beralkohol.Ahli Dewan Negeri (ADUN) Kampung Tunku, Lau Weng San berkata, UMNO dan salah sebuah surat khabar tempatan telah menggunakan isu larangan menjual minuman beralkohol untuk menyerang PAS dan Pakatan Rakyat Selangor beberapa minggu lalu.Malah katanya, UMNO dan surat khabar tersebut telah mencampuradukkan isu berkenaan dengan isu perkauman dan agama yang lain selain melancarkan serangan dan fitnah yang tidak berasas terhadap DAP, kononnya DAP anti Islam dan anti Melayu.

“Kalau UMNO betul-betul memperjuangkan Islam, maka saya mencabar UMNO jangan menuding jari ke atas PAS dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sahaja kerana mereka juga perlu melakukan yang sama di negeri yang mereka tadbir.

“UMNO juga perlu menggubal undang-undang parlimen yang sedia ada, termasuk Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan kerajaan negeri dan PBT diberi kuasa yang lebih besar untuk melaksanakan dasar melarang minuman beralkohol,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.Weng San berkata, UMNO hanya bercakap kosong dan melemparkan tuduhan yang tidak berasas kepada orang lain sedangkan mereka sendiri hanya melepaskan batuk di atas tangga.“Artikel Lima dalam perlembagaan memberikan kebebasan kepada rakyat dalam isu penjualan minuman beralkohol manakala Artikel 75 dalam perlembagaan juga menyatakan jika terdapat perbezaan dari segi undang-undang Persekutuan dan negeri.

“Oleh itu, jikalau UMNO hendak menjadi jaguh orang Melayu dan orang Islam, maka saya bercadang kepada UMNO untuk melaksanakan dasar yang sama di negeri yang ditadbir oleh UMNO dan BN. “Malahan saya mencabar UMNO sama ada mereka dapat meyakinkan parti komponen yang lain di dalam BN untuk menerima dasar yang sama,” katanya.Katanya lagi, jika UMNO dan surat khabar terbabit tidak berani untuk melakukan apa yang disarankannya, maka ini sekali lagi membuktikan hipokrasi dan ketidakikhlasan UMNO dan BN.

“Berikutan dengan perbincangan larangan menjual minuman beralkohol di kawasan majoriti Muslim di Shah Alam, Menteri besar Selangor telah mengumumkan dasar “Kawalan-Kenditi” (Self-Regulating) di mana sepuluh kedai serbaneka di kawasan sekitar Shah Alam tidak lagi menjual minuman beralkohol kepada pengguna.“Ia melibatkan 7-Eleven di Seksyen 2, 3, 6, 7, 8, 13, 11 dan 19 dan 7-Eleven di Jalan Kristal dan Jalan plumbum U7/7 di Seksyen 7.“Sementara itu, untuk tujuh kedai 7-Eleven di Seksyen 9, 16, 17 dan 20, Seksyen 13 (bersebelahan Giant), Seksyen 13 (bersebelahan Hotel Carlton) dan juga Seksyen 18, minuman beralkohol tidak lagi dipamerkan di rak minuman tetapi dijual di kaunter untuk pelanggan khusus seperti pelancong dan orang bukan Islam.“Ini merupakan langkah awal dan bijak daripada Kerajaan Negeri untuk memastikan minuman ini tidak dijualkan kepada mereka yang tidak memerlukannya dari segi undang-undang dan keputusan ini juga tidak bercanggahan dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada,” katanya.
Readmore...