Manek Urai: UMNO perlekeh Peraih & peniaga ikan

0 ulasan
 
Kira-kira 1,000 peraih dan peniaga ikan akan mengadakan perhimpunan Jumaat ini untuk membantah tindakan Umno yang didakwa telah memperlekehkan profesyen mereka.

Mereka mendakwa, Umno dalam ceramahnya dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai, telah perlekehkan profesyen peraih dan peniaga ikan.

Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, juga seorang peraih ikan.

Kenyataan yang dianggap memperlekehkan mereka itu, didakwa dibuat oleh ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan dalam ceramahnya malam tadi.

Perkara itu dinyatakan oleh penasihat jentera pilihanraya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dalam satu sidang akhbar pagi tadi.

Ketika ditemui kemudiannya, beliau berkata, bantahan tersebut akan diketuai oleh Presiden Persatuan Peraih dan Peniaga Ikan Kelantan, Ahmad Tarmizi Salleh.

Mereka akan berkumpul mulai jam 5 petang di pasar Laloh.
Readmore...

Nasib malang UMNO berakhir di Manek Urai?

0 ulasan
 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini menandakan berakhirnya "nasib malang" BN dalam pilihanraya kecil selama ini.

"Rakyat berkata Umno dan BN sudah mati selepas kalah dalam pilihanraya kecil sebelum ini. Semuanya berakhir di sini. Kita mahu menang pilihanraya kecil kali ini," kata Muhyiddin dalam mesyuarat tersebut.

Daripada tujuh pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu, BN hanya menang di Batang Ai, Sarawak.

BN tewas di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Dan Mei lalu, BN memutuskan tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti yang merupakan kubu kuat Pakatan Rakyat.

Rakyat sudah muak dengan cara yang UMNO tunjukkan selama mereka memerintah dan sekali lagi UMNO akan tewas, biar pun segunung janji yang mereka bawakan namun pengundi Manek Urai tak akan termakan dengan janji-janji yang datang hanya dimusim pilihanraya sahaja...

UMNO bakal dikuburkan sekali lagi, kali ini di Manek Urai...InsyaAllah.
Readmore...

PAS yakin kekal di Manek Urai

0 ulasan
 
PAS yakin akan terus mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai berdasarkan kesepakatan kerjasama parti-parti dalam Pakatan Rakyat walaupun diuji dengan pelbagai cabaran.


Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata kini tiada lagi isu dalam pakatan setelah selesai isu kerajaan perpaduan dan keadaan ini membolehkan ia berkempen dengan lebih selesa.


"Calon PAS (Mohd Fauzi Abdullah) adalah menyamai ketokohan gemulah (bekas Adun Manek Urai Allahyarham Ismail Yaakob) dan insya-Allah kita boleh menang,"


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata gerakan Islam di negara ini akan terus subur terutama di Kelantan apabila semua pihak diyakini akan terus menyokong PAS di Manek Urai.



"Mudah-mudahan gerakan Islam yang dibawa PAS akan menang dan kesepakatan dalam hubungan semua antara pakatan adalah lebih baik daripada kerajaan perpaduan," katanya.



Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata kehadiran beberapa pemimpin pakatan itu pada hari pencalonan membuktikan kesungguhan mereka bagi membantu PAS mempertahankan kerusi itu.



"Awak boleh lihat keadaan baik dan calon pun sangat baik yang sudah tentu kami boleh menang," katanya.



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata KeADILan akan turut bersama berganding bahu untuk memastikan PAS dapat mengekalkan kerusi Manek Urai.


"Saya yakin ini adalah kelebihan kita di Manek Urai," katanya.
Readmore...