Manek Urai: UMNO dahului janji, mungkirnya kemudian !!

0 ulasan
 
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat meragui janji Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membina jambatan baru di Manek Urai kerana menurutnya, janji lama BN pun belum tertunai."Itu baru (janji) kalau (menang). Perdana menteri dulu, Pak Lah sudah isytihar dah, sebelum pilihanraya lagi, hendak buat jambatan Sultan Ismail kedua di Sungai Kelantan.

Beliau menegaskan demikian dalam sidang media selepas berceramah di Sungai Peria malam tadi.

Turut hadir berceramah, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah.

Nik Aziz mengulas tawaran kerajaan pusat untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai esok.

Tawaran untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama itu, dibuat Muhyiddin yang juga presiden Umno petang semalam.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

Mengulas lanjut isu tersebut, Nik Aziz berkata, tidak ada sebab rakyat Kelantan perlu mengundi BN kerana di bawah pemerintahan PAS juga, kerajaan pusat membuat pembangunan di negeri itu."Dalam keadaan Kelantan di bawah PAS pun, kerajaan pusat dah buat pembangunan banyak. Tak ada sebab pun kita undi Umno sebab rakyat undi PAS dari tahun 1990 sampai hari ini, kerajaan pusat juga buat pembangunannya.

"Rumah dia buat, sekolah dia buat, universiti dia buat. Perlu apa orang PAS nak undi Umno. Undi PAS pun (kerajaan) pusat buat juga.

"Dia buat melalui orang lain, melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). (Sebab) dia nak makan, bukan minum sambil menyelam, dia nak makan sambil menyelam," katanya yang juga mursyidul am PAS.
Readmore...

Manek Urai: Tuan Aziz ditawar kedudukan lebih istimewa!

0 ulasan
 
Di sebuah kedai kopi yang menjadi tempat persinggahan kalangan penyokong Umno di Manek Urai mereka mempersoalkan apa jaminan kerajaan BN terhadap masa depan Tuan Aziz Tuan Mat sekiranya gagal dalam misi menawan Dun Manek Urai.

Menjadi kebimbangan mereka kerana Tuan Aziz mempunyai pendapatan lumayan sebelum melepaskan jawatan sebagai pegawai kanan di Kesedar.


Ada seorang daripada mereka memberitahu Umno akan menawarkan gaji jutaan ringgit setahun sebagai ganjaran kerana melepas jawatan.



Malah sebelum ini pun sudah kedengaran suara-suara yang menyebut pada peringkat awal Tuan Aziz enggan melepaskan jawatan di Kesedar kerana tidak yakin boleh menang di Dun Manek Urai.



Mereka berhujah masalah dalaman Umno sendiri boleh menjadi barah kerana sekarang wujud pertembungan di antara kumpulan Dato� Ramzi Abdul Rahman dengan Dato� Wan Zaid Wan Abdullah.


Tuan Aziz dikatakan mempunyai hubungan lebih rapat dengan Wan Zaid. Kini Ramzi perlu memastikan Tuan Aziz gagal di Manek Urai sekiranya mahu karier politiknya di Kuala Krai bertahan lebih lama.
Readmore...

Nik Aziz istihar esok cuti!

0 ulasan
 
KOTA BHARU, 13 Julai (Hrkh) - Semua kakitangan kerajaan negeri, Persekutuan dan swasta yang bertugas di negeri ini mendapat 'cuti am' esok (14 Julai 2009) yang diambil atas 'Cuti Peristiwa'.


Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengumumkan perkara itu di pejabatnya kira-kira pukul 9.15 pagi tadi.


"Setelah menghalusi dan mempertimbangkan keadaan hari pembuangan undi pilihan raya kecil Manek Urai yang barangkali dilihat sedikit tidak cermat, yang jatuhnya pada hari bekerja dan boleh menimbulkan banyak kesulitan, maka bersifat simpati kepada para pengundi dan anggota keluarga terlibat, saya bercadang untuk mengistiharkan 14 Julai sebagai cuti am bagi seluruh negeri Kelantan,"ujarnya lagi.
Readmore...

ADUN UMNO SERTAI PAS?

0 ulasan
 
PAS dijangka akan mengumumkan sesuatu yang besar dan bermakna buat pengundi di Manek Urai hari ini. Sebelum ini, TPM telah mengumumkan `pakej rasuah' pilihanraya kepada penduduk Manek Urai termasuk untuk membina sebuah jambatan JIKA Umno menang. Apakah Pas juga akan `merasuah' pengundi-pengundi di Manek Urai seperti yang telah dilakukan oleh parti rasuah tersebut? Apakah pengumuman yang bakal dibuat oleh Pas tidak beberapa jam lagi?

Angin bertiup kencang di Manek Urai membawa berita bahawa terdapat Adun dari Umno akan menyertai PR samada Pas atau PKR. Jika angin tersebut membawa berita benar, maka terpaksa pula TPM menarik balik janji untuk membina jambatan di kawasan Manek Urai. Dan, jika berita itu hanya sekadar untuk `mengecut'kan perut-perut pemimpin Umno di Manek Urai yang sudah sememangnya `kecut' itu, maka strategi Pas ini sudah dianggap bijak. Kini, pemimpin Umno yang bertungkus lumus berkempen di Manek Urai sejak berminggu yang lalu semakin lemah semangat mereka. Kempen oleh Umno di sana semakin tawar dan beberapa tokoh Umno yang lazimnya turun membantu untuk berkempen di dalam pilihanraya tidak menampakkan batang hidung mereka.

`Katak peliharaaan' mereka seperti raja sesumpah atau raja kotak tidak kelihatan seperti biasa. Mungkin sudah hilang semangat atau tiada lagi modal untuk raja sesumpah untuk berkempen. Mungkin tiada lagi rahsia atau pendedahan terhadap DS Anwar yang boleh beliau canangkan di Manek Urai. Atau, terdapat arahan dari pihak atasan melarang raja sesumpah turun berkempen kerana sejarah telah membuktikan bahawa raja sesumpah sentiasa membawa `sial' atau `suwey' kepada Umno.

Bagaimana pula dengan raja katak dari Pasir Mas? Pada awal kempen, raja katak yang masih tiada perasaan malu menumpang kerusi Pas ini kelihatan agak galak berkempen di Manek Urai ini. Beliau adalah calon Bebas tetapi berkempen untuk Umno di sini. Tetapi akhir-akhir ini raja katak sudah tidak larat lagi untuk mendendangkan lagu buat Umno. Mungkin raja katak sudah mulai insaf betapa bodohnya beliau bersusah payah berkempen untuk Umno sedangkan Umno itulah yang menendang beliau keluar dari kerusi Ketua Umno Bahagian Pasir Mas suatu ketika.

Kini, hanya seorang pemuda rasuah yang terkontang-kanting bekerja kuat berkempen ke hulu ke hilir untuk mendapatkan simpati pengundi Manek Urai. Pemuda yang menjawat jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu cuba untuk meyakinkan pengundi di Manek Urai betapa Umno mahukan perpaduan bersama Pas demi agama. Mungkin beliau berharap agar Pas lupakan saja soal rasuah yang melibatkan dirinya itu. Itu bukan rasuah tapi politik wang sahaja. Politik wang halal buat Umno, buktinya mereka yang terlibat seperti Ketua Pemuda Umno dan Ali Rustam tetap diberi kedudukan penting di dalam Umno dan kerajaan.

Tanpa pengumuman penting pun, Pas tetap menjadi pilihan pengundi di Manek Urai. Ini adalah kerana mereka memilih Pas bukan kerana individu, kebendaan atau kepentingan diri mereka semata-mata. Mereka memilih Pas adalah kerana bagi mereka Wajib memilih parti yang berjuang untuk Islam. Mereka menolak Umno bukan kerana tidak percaya kepada janji jambatan baru oleh TPM itu tetapi kerana Umno sentiasa menolak Islam secara syumul. Apalah ada pada jambatan yang tidak akan kekal itu jika dibandingkan dengan kemuliaan Islam?

Mudah-mudahan angin yang bertiup di bumi Serambi Mekah akan terus membawa berita baik buat kita. Bagi pengundi-pengundi di Manek Urai, tunjukkan keberanian anak Kelantan jati yang sebenar dan jangan mudah lembik tengkuk dengan hanya sebuah jambatan yang pelannya pun tak dilakarkan lagi itu.


Oleh: WFAUZDIN NS

Readmore...

PRK MANEK URAI: UMNO TIPU RAKYAT LAGI...

0 ulasan
 
Kalau sebelum ini di Bukit Gantang Muhyiddin memberi dalulu sebelum mendapatkan undi tapi di Manek Urai pendekatan berbeza yang mereka gunakan. Undi dulu baru dapat pembanggunan. Dahulu mereka tersilap kerana janji tanpa syarat yang ternyata merugikan. Mereka kalah tetapi janji mesti ditunaikan. Kali ini mereka menjadi lebih berhati-hati dan bijak. Mereka tidak mahu tertipu lagi. Sememangnya dah dasar pembelit/penipu pusing tang mana pun UMNO tetap juga nak membelit/menipu hak rakyat.

KUALA KRAI: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang membuat janji berbentuk ugutan kepada pengundi Manik Urai sebagai menyalahi undang-undang.

Tegas beliau, wang kerajaan untuk membuat pembangunan adalah hak rakyat sebagai pembayar cukai dan perlu disalurkan berasaskan keperluan semasa rakyat, bukannya dijadikan modal untuk memancing undi.

"Saya minta SPRM menyiasat perkara ini," kata beliau dihadapan lebih lima ribu yang mendengar pidatonya di Sungai peria dekat sini.

Anwar turut menambah, cara Muhyiddin menabur janji itu menggambarkan beliau memperlekeh rakyat Manik Urai.

"Beliau membuat ugutan seolah-olah pengundi bodoh dan tidak mempunyai harga diri," katanya.

Muhyiddin dalam satu program kempennya dekat sini menabur janji untuk membina jambatan baru menghubungkan Manik Urai lama dan Manik Urai baru dengan syarat pengundi mesti memilih calon Umno sebagai wakil rakyat mereka.

Selain jambatan Muhyiddin juga menyebut dua lagi janjinya dengan nada sama (sekiranya calon Umno menang) iaitu membina sekolah di Chuchoh Puteri dan membina masjid di Temalir - kedua-duanya dalam kawasan Manik Urai.

"Tujuan pembinaan masjid itu juga salah. Asas membina masjid bukan untuk menang pilihan raya," bidas Anwar lagi.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berucap dalam majlis itu turut membidas secara sinis janji yang ditabur Timbalan Perdana Menteri.

"Janji kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membina jambatan merentasi sungai Kelantan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri lalu masih belum tertunai sehingga sekarang, hari ini tabur lagi janji baru," kata beliau.

Malahan kata Nik Aziz pengundi diminta tidak mudah terpengaruh dengan janji manis waktu pilihan raya keraja janji Abdullah yang dilancar projeknya secara rasmipun masih gagal untuk ditunaikan.

"Lagipun tidak perlu mengundi Umno untuk dapat projek kerana BN sebagai kerajaan tetap akan membawa projek juga ke negeri ini. Undi PAS projek PAS pun dapat projek BN pun dapat," katanya merujuk beberapa projek kerajaan pusat yang telah ada di Kelantan.

Isu pembangunan dilihat menjadi modal utama kempen Umno di Manik Urai selain isu taraf pendidikan calon PAS yang dikatakan hanyalah seorang peraih ikan.

Justeru, disaat-saat akhir sebelum hari membuang undi kempen PAS dilihat menangkis propoganda tersebut habis-habisan termasuk mendatangkan nama-nama besar seperti Anwar dan Penasihat DAP Lim Kit Siang memberi penerangan kepada pengundi Manik Urai.

Jumaat lalu, PAS menganjurkan himpunan para peniaga ikan seluruh negeri Kelantan dengan menaikkan sepanduk 'jangan hina pekerjaan kami' - dlihat sebagai usaha menangkis satu lagi myang dikatakan mampu mempengaruhi pengundi.

Himpunan yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan di Laloh itu disifatkan pemerhati berjaya mempengaruhi pengundi khususnya meraih undi simpati. tetapi sumber-sumber PAS menyebut isu menyerang peribadi calon tidak akan berhenti di mana risalah-risalah memburukkan calon PAS dipercayai akan digunakan pada saat-saat akhir.

Berhubung isu pembangunan, kata Anwar, ia bukan lagi menjadi isu utama dalam negara ini kerana yang lebih penting dan diberi perhatian oleh rakyat adalah soal kepimpinan.

Beliau menjelaskan kepimpinan yang berakhlak dalam menjalankan amanah mereka menguruskan negara gagal diwujudkan oleh Umno sehingga berlakunya penyelewengan demi penyelewengan.

"Adakah ada pemimpin Umno sanggup bersumpah di Manik Urai ini untuk menguruskan wang rakyat dengan baik, tidak...mereka hanya berani menabur janji-janji manis sahaja," bidas Anwar lagi.

Beliau juga mencabar Umno mengembalikan wang royalti petroleum kepada Kelantan jika serius bercakap tentang pembangunan.

Katanya, rakyat perlu menilai sebelum membuat pilihan antara komitmen PAS dan Umno dalam menyediakan kepimpinan yang benar-benar amanah dari segi mengurus dan mentadbir.

"Soal ini yang lebih penting. Sebab itu perlunya memilih calon PAS untuk mempertahankan kepimpinan yang baik, yang menjadi prinsip kepimpinan PAS khususnya dalam mentadbir Kelantan, katanya.

Beliau juga menambah: "Masalah dunia hari ini bukan lagi kerana wang tetapi ketandusan pemimpin yang amanah."
Readmore...