PRK MANEK URAI: UMNO TIPU RAKYAT LAGI...

0 ulasan
 
Kalau sebelum ini di Bukit Gantang Muhyiddin memberi dalulu sebelum mendapatkan undi tapi di Manek Urai pendekatan berbeza yang mereka gunakan. Undi dulu baru dapat pembanggunan. Dahulu mereka tersilap kerana janji tanpa syarat yang ternyata merugikan. Mereka kalah tetapi janji mesti ditunaikan. Kali ini mereka menjadi lebih berhati-hati dan bijak. Mereka tidak mahu tertipu lagi. Sememangnya dah dasar pembelit/penipu pusing tang mana pun UMNO tetap juga nak membelit/menipu hak rakyat.

KUALA KRAI: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang membuat janji berbentuk ugutan kepada pengundi Manik Urai sebagai menyalahi undang-undang.

Tegas beliau, wang kerajaan untuk membuat pembangunan adalah hak rakyat sebagai pembayar cukai dan perlu disalurkan berasaskan keperluan semasa rakyat, bukannya dijadikan modal untuk memancing undi.

"Saya minta SPRM menyiasat perkara ini," kata beliau dihadapan lebih lima ribu yang mendengar pidatonya di Sungai peria dekat sini.

Anwar turut menambah, cara Muhyiddin menabur janji itu menggambarkan beliau memperlekeh rakyat Manik Urai.

"Beliau membuat ugutan seolah-olah pengundi bodoh dan tidak mempunyai harga diri," katanya.

Muhyiddin dalam satu program kempennya dekat sini menabur janji untuk membina jambatan baru menghubungkan Manik Urai lama dan Manik Urai baru dengan syarat pengundi mesti memilih calon Umno sebagai wakil rakyat mereka.

Selain jambatan Muhyiddin juga menyebut dua lagi janjinya dengan nada sama (sekiranya calon Umno menang) iaitu membina sekolah di Chuchoh Puteri dan membina masjid di Temalir - kedua-duanya dalam kawasan Manik Urai.

"Tujuan pembinaan masjid itu juga salah. Asas membina masjid bukan untuk menang pilihan raya," bidas Anwar lagi.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berucap dalam majlis itu turut membidas secara sinis janji yang ditabur Timbalan Perdana Menteri.

"Janji kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membina jambatan merentasi sungai Kelantan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri lalu masih belum tertunai sehingga sekarang, hari ini tabur lagi janji baru," kata beliau.

Malahan kata Nik Aziz pengundi diminta tidak mudah terpengaruh dengan janji manis waktu pilihan raya keraja janji Abdullah yang dilancar projeknya secara rasmipun masih gagal untuk ditunaikan.

"Lagipun tidak perlu mengundi Umno untuk dapat projek kerana BN sebagai kerajaan tetap akan membawa projek juga ke negeri ini. Undi PAS projek PAS pun dapat projek BN pun dapat," katanya merujuk beberapa projek kerajaan pusat yang telah ada di Kelantan.

Isu pembangunan dilihat menjadi modal utama kempen Umno di Manik Urai selain isu taraf pendidikan calon PAS yang dikatakan hanyalah seorang peraih ikan.

Justeru, disaat-saat akhir sebelum hari membuang undi kempen PAS dilihat menangkis propoganda tersebut habis-habisan termasuk mendatangkan nama-nama besar seperti Anwar dan Penasihat DAP Lim Kit Siang memberi penerangan kepada pengundi Manik Urai.

Jumaat lalu, PAS menganjurkan himpunan para peniaga ikan seluruh negeri Kelantan dengan menaikkan sepanduk 'jangan hina pekerjaan kami' - dlihat sebagai usaha menangkis satu lagi myang dikatakan mampu mempengaruhi pengundi.

Himpunan yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan di Laloh itu disifatkan pemerhati berjaya mempengaruhi pengundi khususnya meraih undi simpati. tetapi sumber-sumber PAS menyebut isu menyerang peribadi calon tidak akan berhenti di mana risalah-risalah memburukkan calon PAS dipercayai akan digunakan pada saat-saat akhir.

Berhubung isu pembangunan, kata Anwar, ia bukan lagi menjadi isu utama dalam negara ini kerana yang lebih penting dan diberi perhatian oleh rakyat adalah soal kepimpinan.

Beliau menjelaskan kepimpinan yang berakhlak dalam menjalankan amanah mereka menguruskan negara gagal diwujudkan oleh Umno sehingga berlakunya penyelewengan demi penyelewengan.

"Adakah ada pemimpin Umno sanggup bersumpah di Manik Urai ini untuk menguruskan wang rakyat dengan baik, tidak...mereka hanya berani menabur janji-janji manis sahaja," bidas Anwar lagi.

Beliau juga mencabar Umno mengembalikan wang royalti petroleum kepada Kelantan jika serius bercakap tentang pembangunan.

Katanya, rakyat perlu menilai sebelum membuat pilihan antara komitmen PAS dan Umno dalam menyediakan kepimpinan yang benar-benar amanah dari segi mengurus dan mentadbir.

"Soal ini yang lebih penting. Sebab itu perlunya memilih calon PAS untuk mempertahankan kepimpinan yang baik, yang menjadi prinsip kepimpinan PAS khususnya dalam mentadbir Kelantan, katanya.

Beliau juga menambah: "Masalah dunia hari ini bukan lagi kerana wang tetapi ketandusan pemimpin yang amanah."
Iklan

sila klik ~ Jus Hebat Untuk Lelaki dan Wanita

sila klik ~ Bisnes Tanpa Modal Walau Sesen Pun - Komisyen 100 - 200 peratus

sila klik ~ RM 1.00 setiap pendaftaran

Komen sajer ler...