UMNO, PAKATAN RAKYAT dalam satu kelambu

0 ulasan
 
Perbincangan mengenai kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno akan melibatkan juga dua lagi rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat, kata setiausaha agung PAS.

Jika Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak bersedia dengan syarat terbaru itu, "kami tidak akan mengadakan perbincangan dengan Umno," kata Datuk Mustafa Ali.

Kenyataan PAS ini dilihat sebagai usaha meredakan bantahan daripada PKR dan DAP yang sebelum ini menyatakan idea tersebut tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat gabungan pembangkang dan juga menolak saranan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Readmore...

Enam termasuk Datuk disiasat di Pahang

0 ulasan
 
KUANTAN - Kesemua enam lelaki termasuk ketua Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM) yang ditahan dalam serbuan di Gombak, Selangor kelmarin telah diserahkan kepada polis negeri ini untuk siasatan lanjut.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Supritendan Zaini Jass berkata, kesemua suspek itu diserahkan kepada JSJK di sini bagi membantu siasatan berhubung kes yang dilaporkan pada 26 Mei lalu.


"Kita akan menjalankan siasatan terhadap kegiatan PKPM di sini bagi mengesahkan laporan serta dakwaan yang dikemukakan pengadu di sini," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Pada 26 Mei lalu, Kosmo! melaporkan PKPM yang pernah dilumpuhkan oleh polis enam tahun lalu didakwa aktif semula termasuk di Pahang.


Pertubuhan yang kononnya 'pasukan perisik kerajaan' itu ketika itu didakwa giat merekrut ahli baru di seluruh negara termasuk lebih 400 orang telah menyertai pasukan itu di Pahang.


Modus operandi PKPM adalah sama dengan pertubuhan itu pada tahun 2003 yang menawarkan gaji, elaun, pangkat, kuasa dan senjata api kepada mana-mana individu yang menyertai pasukan berslogan 'Bersatu Membanteras Dan Menentang Musuh Negara'.

Readmore...

PEMUDA UMNO: PAS sanggup 'bertumpah darah'

0 ulasan
 
Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi mencabar Pemuda BN Kelantan supaya mengemukakan bukti yang mengatakan bahawa PAS menggunakan pendekatan politik samseng dalam kempen di pilihan raya kecil Dun Manek Urai.

"Saya mencabar Pemuda BN Kelantan agar mengemukakan bukti bagi menyatakan bahawa PAS menggunakan kaedah politik samseng pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai," ujarnya pada sidang media Pemuda PAS di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.


Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pemuda BN Kelantan, Annuar Sufian yang mendakwa kandungan ceramah pemimpin PAS yang sanggup 'bertumpah darah' untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai sebagai satu pendekatan politik samseng.


Ini kerana menurutnya, pada kebiasaan sesuatu pilihan raya kecil diadakan Umno akan mencetuskan provokasi dan mengeruhkan keadaan.


"Kebiasaannya seperti yang kita semua sedia maklum, provokasi ini dicetuskan pihak Umno-BN malah tuduhan itu sendiri mencerminkan Umno itulah yang samseng," katanya.


Nasruddin juga menyelar dakwaan Pemuda BN kelantan yang menuduh Pemuda PAS menggunakan pendekatan samseng sebagai suatu tuduhan yang liar dan jahat.


"Ia merupakan satu tuduhan yang liar, jahat dan tidak masuk akal," ujarnya lagi.


Pemuda UMNO ni dah kehabisan modal nak berkempen...jadi untuk menarik pengundi Melayu menyokong mereka kembali, dengan cara apa pun akan mereka gunakan di Manek Urai.


Apa mereka ingat tingkah laku PAS ni sama dengan mereka ke? Jangankan nak disamakan dengan PAS, dengan DAP pun mereka ni lebih tak bertamadun...tapi bukan semualah, hanya segelintir.

Readmore...