Tindakan Umno memperlekehkan Mohd Fauzi Abdullah sebagai peraih ikan yang hanya berpendidikan rendah, akhirnya menjadi senjata makan diri. Majoriti pengundi di Manek Urai menolak isu tersebut biar pun disebar-sebar di kampung-kampung melalui tenaga kempen Umno dan jentera kerajaan pusat.
UMNO sepatutnya merasa malu kerana calon mereka yang berpelajaran peringkat Universiti dan berjawatan tinggi dalam KESEDAR masih tak mampu menewaskan calon PAS yang hanya bekerja sebagai peraih ikan. Ditambah lagi dengan kerahan segala Jentera kerajaan Pusat, dijanjikan dengan janji-janji manis, disuapkan pula dengan taburan wang, itu pun UMNO masih lagi tidak berdaya menawan hati pengundi di Manek Urai.
Jika dilihat pada kempen mereka melalui Kesedar, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kemas, Tabung Haji, ATM dan menjanjikan pembangunan seperti membina jambatan, menjadikan Manek Urai kota agropolititan serta Projek mee segera yang dilakukan dengan menurap jalan dan yang terpenting calon berpelajaran yang mereka tampilkan siapa menyangka yang PAS berpeluang mengekalkan kerusi DUN Manek Urai namun takdir Tuhan menentukan segalanya, UMNO dimalukan bilamana Abe Uji seorang peraih ikan menang biar pun UMNO mengerakkan seluruh kekuatan jenteranya di sana.
Akhirnya UMNO kecundang juga. Segala pelaburan yang mungkin memakan angka juta atau lebih tidak menjanjikan kemenangan yang di impikan. Pemimpin-pemimpin UMNO selepas ini janganlah terlalu memperlekehkan pekerjaan seseorang, biar pun mereka itu seorang peraih ikan. Kerana peraih ikan inilah yang memanjangkan lagi kekalahan UMNO di PRK setakat ini.