Rata-rata pemimpin UMNO merasakan yang BN/UMNO sekarang ini berada dilandasan yang betul dengan menyatakan mendapat kemenangan moral, mengambil kira pencapaian terbaik di PRK Manek Urai setelah kecundang di lima PRK sebelum ini. Walaupun tewas UMNO mampu mengurangkan majoriti yang PAS perolehi pada PRU umum 2008. Inilah kemenangan moral yang dijaja oleh semua pemimpin UMNO sekarang ini. Kemenangan moral pada mereka yang tidak bermoral...pada UMNO ini sesuatu yang hebat.
Sebelum UMNO mengatakan mereka mendapat semula kemenangan moral, mereka terlebih dahulu bertanding dengan cara yang tidak bermoral. Mereka menggunakan seluruh jentera Kerajaan Pusat didalam menangkis serangan kempen dari kem Pakatan Rakyat. Taburan wang ringgit dan janji-janji yang belum pasti tertunainya yang mungkin melonjakkan semula graf penerimaan masyarakat Melayu melalui pengundi di Manek Urai. Mereka mengharapkan lebih dari itu...UMNO harapkan kemenangan.
Namun sasaran mereka tidak kesampaian, walaupun dengan menabur wang ringgit secara mewah di Manek Urai, yang jika dilihat pada adatnya PAS boleh dikalahkan jika iman dan takwa pengundi tidak utuh. Namun conggakkan mereka meleset kerana masih ramai lagi pengundi yang faham benar dengan mainan politik kotor yang mereka bawakan.
Pemimpin mereka berbangga kerana wang ringgit, UMNO berjaya memikat semula bangsa melayu untuk kembali menyokong mereka. UMNO merasa seronok jika umpan mereka berjaya dimakan oleh anak bangsa walaupun cara yang mereka bawakan sudah melencong dari ajaran Islam.
Inilah UMNO yang berjaya membawa bangsa Melayu kehadapan melalui rasuah, menipu janji demi untuk meneruskan kekuasaan mereka.