Mohd Fauzi minta raikan dengan bersyukur

0 ulasan
 
KUALA KRAI - Penyokong Pas diminta supaya meraikan kemenangan parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam dengan bersyukur kepada Allah SWT.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai yang baru, Mohd Fauzi Abdullah pada ucapan sulungnya berkata, rasa syukur perlu agar semua pihak yang menyumbang kepada kemenangan itu mendapat keberkatan.

“Saya harap kita semua dapat bersyukur kerana atas limpah dan izin Allah kita memperoleh kemenangan ini,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 100 penyokong Pas selepas keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan, di sini, semalam.

Pada ucapan itu, Mohd Fauzi turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penyokong dan petugas parti itu yang bertungkus lumus bagi menghadapi pilihan raya kecil berkenaan.

“Walaupun kita ditentang begitu hebat oleh UMNO yang menggunakan seluruh jentera kerajaan tetapi alhamdulillah kita dapat pertahankan DUN Manek Urai yang kita sayangi,” katanya.

Mohd Fauzi diumumkan sebagai pemenang pilihan raya kecil itu dengan majoriti 65 undi apabila mendapat 5,348 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat yang mendapat 5,283 undi.
Iklan

sila klik ~ Jus Hebat Untuk Lelaki dan Wanita

sila klik ~ Bisnes Tanpa Modal Walau Sesen Pun - Komisyen 100 - 200 peratus

sila klik ~ RM 1.00 setiap pendaftaran

Komen sajer ler...