Wang dan janji melonjatkan prestasi Umno di Manek Urai?

0 ulasan
 
Pada sebelah pagi beberapa pengundi yang pulang mengundi dibayar RM600 setiap seorang oleh petugas Umno di Kampung Manek Urai Baru.


Kemudian pada sebelah tengahari dikurangkan kepada RM500. Dan sebelah petang pula pengundi yang datang menuntut wang tambang pulang mengundi hanya dibayar RM200.



Sebelum itu ketika pulang mengundi mereka sudah dibayar RM200 setiap seorang ketika datang ke rumah Pengerusi Perhubungan Umno di Kuala Lumpur.



Sebuah kereta yang sedia memasang bendera dacing pula dibayar RM400 dan motosikal RM50.



Ada pula pengundi yang diberi wang tunai RM1,000 ketika menerima kunjungan seorang pemimpin Umno ke rumahnya.



Seorang penduduk yang juga pengundi di Manek Urai Lama agak bertuah apabila anaknya yang tidak cemerlang dalam peperiksaan mendapat tawaran segera ke universiti selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin datang ke rumahnya.



Tengahari semalam pula sebuah pejabat kerajaan persekutuan digunakan bagi mengagihkan wang kepada pengundi yang pulang dari dari jauh.



Kelihatan orang ramai beratur panjang untuk menunggu mendapatkan wang di pejabat berkenaan.



Kejadian di pejabat kerajaan tersebut mendapat perhatian pasukan peguam PAS dan sedang meneliti kes terbabit.



Seorang penduduk pula melihat seorang pemimpin Umno membawa beg sehingga senget tubuhnya dipercayai berisi sesuatu yang berharga buat pengundi.



Berdasar kepada penemuan mampukah Umno berbangga dengan peningkatan jumlah undi yang diraihkan melalui calonnya, Tuan Aziz Tuan Mat semalam.



Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, berdasar kepada janji yang dijinakkan kepada penduduk di Manek Urai sepatutnya parti itu sudah menang di Manek Urai.



"Umno tambah gagah lagi dengan bantuan segala jentera kerajaan yang datang dari seluruh negara. Kalau diikutkan dengan segala kekuatan itu Umno sudah boleh menang besar," katanya di sini malam tadi.



Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Haji Abdul Fatah Harun juga berkata, Umno sepatutnya menang di Manek Urai apabila diambil kira dengan segala kekuatan yang ada pada parti itu.



Biar pun Umno kelihatan perkasa dengan segala bantuan itu namun masih tewas sebanyak 65 undi.


Kemenangan Mohd Fauzi Abdullah atau lebih dikenali sebagai Abe Uji cukup bermakna sekali.
Iklan

sila klik ~ Jus Hebat Untuk Lelaki dan Wanita

sila klik ~ Bisnes Tanpa Modal Walau Sesen Pun - Komisyen 100 - 200 peratus

sila klik ~ RM 1.00 setiap pendaftaran

Komen sajer ler...