Manek Urai: Pemimpin Umno Mahu Perbincangan Kerajaan Perpaduan Disegerakan

0 ulasan
 
KUALA KRAI, 19 Jun (Bernama) -- Umno mahukan perbincangan dengan Pas mengenai kerajaan perpaduan disegerakan dan meminta pemimpin Pas melupakan persengketaan lama bagi kepentingan perpaduan umat Islam di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata beliau berharap perbincangan itu berjaya diadakan kerana jika perkara itu dibiarkan berlarutan akan timbul perpecahan dalam kalangan umat Islam.

"Kita tidak akan tetapkan apa-apa syarat dan kita terima apa saja syarat yang ditetapkan oleh Pas. Bagi saya kita perlu bersikap terbuka," katanya kepada pemberita pada majlis Perjumpaan Khas Dengan Warga Pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok di sini Jumaat. Muhyiddin adalah juga Menteri Pelajaran.

Beliau meminta Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melupakan sengketa yang pernah berlaku antara Pas dan Umno pada era 70-an dahulu sewaktu kedua-dua parti bekerjasama membentuk kerajaan negeri Kelantan tetapi Pas kemudian keluar kerana masalah dalaman.

"Itu zaman lampau. Sebagai umat Islam kita digalak bermaaf-maafan," katanya.
Readmore...

Timbalan Presiden...jangan jadi bodoh sombong

0 ulasan
 
Dua Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub meminta Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa bertemu dengan Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dalam masa terdekat.

Beliau menasihatkan Nasharudin bertemu dengan Tok Guru bagi meredakan isu berhubung gesaan Tok Guru agar beliau melepaskan jawatan selaku Ahli Parlimen Bachok semalam.


Mahfuz yang ditemui di Dewan Rakyat hari ini berkata, sejak pagi tadi beliau cuba menghubungi Nasharudin bagi membincangkan cadangan bertemu dengan Tok Guru, bagaimanapun gagal.


"Saya cuba telefon beliau tetapi tidak berjaya, namun saya telah mengirimkan SMS kepadanya menyatakan cadangan agar beliau bertemu dengan Tok Guru.


"Sebagai orang muda beliau kena lihat positif bahawa apa yang diluah Tok Guru adalah untuk lihat masa depan beliau dan parti lebih baik.


"Saya percaya Tok Guru tidak ada sifat kebencian terhadap beliau sebab apa yang dilakukan Tok Guru atas dasar kasih sayang sepertimana sifat seorang ayah yang kadang menegur dan memukul anak atas dasar kasih sayang dan bukan kerana benci," katanya.


Mengulas isu yang sama, Salahudin Ayub turut mahu Nasharudin bertemu dengan Tok Guru dalam masa terdekat.


Penyelesaian secara 'anak beranak' adalah penting dalam hal ini bagi meredakan ketegangan, ujarnya.


Beliau berharap harap Nasharudin boleh melakukan demi kebaikan beliau dan redakan keadaan dan keresahan dalam parti.


Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan ada mesyuarat khas sekembalinya Presiden PAS dari luar negara hujung minggu ini bagi membincangkan isu terbabit.
Readmore...

UMNO jadikan Manek Urai perkampungan Polis

0 ulasan
 
Badan pemantauan pilihan raya di negara ini, MAFREL mendapati kehadiran ramai anggota polis di Manek Urai telah menimbulkan rasa takut di kalangan penduduk tempatan.

Jurucakap MAFREL Bahagian Kelantan berkata, hasil tinjauan pada 16 Jun lalu didapati ramai anggota polis yang berpakaian biasa di kawasan pilihan raya.


"Mereka bertugas dengan menaiki motosikal, melepak di kedai-kedai kopi dan di mana-mana tempat ramai orang berkumpul.


"Berdasar kepada temubual petugas MAFREL dengan penduduk tempatan, jelas perkara ini menakutkan penduduk dan pengundi di Dun Manek Urai," katanya di sini.

Readmore...

Saiful diliwat hanya sandiwara UMNO

0 ulasan
 
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting - yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu dengan tuduhan liwat - tidak ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur.

Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan - pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.

Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini.

Laporan perubatan itu bertarikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut.

Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).

Bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya tusukan, kata peguam Amer Hamzah Arshad.

Dan ia tidak ada dalam kes ini, tambahnya.
Readmore...