Malaikat muncul bersama jemaah Haji ??

1 ulasan
 
Gambar nie diceritakan sendiri pada aku oleh jurugambar yang amik gambar nie.


Dia diupah oleh Tabung Haji dan terlibat dalam merakamkan gambar jemaah haji yang menunaikan rukun islam pada disember 2008 (tahun lepas). Masa gambar diambil, tiada sebarang perubahan cuaca atau kerosakan pada kamera. Gambar di ambil di mudzalifah semasa jemaah berhenti untuk berehat seketika dan beribadat. Bila dilihat semula gambar nie, jurukamera baru perasan terdapat "bubble" di dalam gambar berikut.


Jika diperhatikan seolah2 terdapat tulisan kalimah Allah swt..



Persoalan didalam gambar ini dirujuk pada ustaz di sana. Ustaz menceritakan kebarangkalian pada waktu itu malaikat turun dari langit...Tetapi untuk tidak menunjukkan wajah sebenar malaikat, ia hanya menunjukkan namanya sahaja. So, kesimpulannya. ... setiap satu "bubble" itu mewakili satu nama malaikat. Bayangkan lah betapa besarnya kuasa Allah swt......Panjang2 kan lah email nie.....Mungkin ada yang ingin sampaikan pada semua umat Nabi Muhammad saw pada ketika ini...Wallahualam...



dari email

Readmore...

Nizar vs Najib Altantuya: Suruhanjaya Diraja - Najib Tipu 1 Malaysia!!!

0 ulasan
 
Petang semalam, bila menerima berita Kerajaan bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Diraja, semua rakyat Malaysia agaknya melompat gembira, ada pula dikalangan Blogger sudah mula memuji Najib. Namun itulah kemahiran Najib, menipu daya 1 Malaysia, Najib sudah tipu 1 Malaysia. Benarkah Najib telah menubuhkan Suruhanjaya? Ia sebenarnya hanya Suruhanjaya mengkaji “PROSUDER SIASATAN” bukannya Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock.

Sebenarnya ia hanya Inkues yang ditubuhkan Najib menyiasat kematian, Yang mengejutkan Inkues ini diketuai oleh seorang Majistret yang mana jawatan Majistret hanyalah standard “Tadika” kalau nak dibandingkan sistem pendidikan. Majistret juga boleh dilantik dikalangan Siswazah baru graduate atau pegawai Polis. Maknanya Majistret hanya dikalangan budak suruhan atau budak berhingus! Kalau HAKIM MAHKAMAH RAYUAN pun BOLEH DIBARUAKan UMNO Inikan Hakim bertaraf Majistret.

Inkues sebenarnya standard biasa siasatan, sesiapapun yang tidak berpuas hati dalam mana mana kes polis boleh memohon Inkues, seperti juga Inkues “lakonan” yang dibuat kononnya untuk menyiasat Anak Samy Vellu yang dipercayai membunuh kekasihnya Sujatha yang juga seorang pelakon, dalam inkues tersebutpun beberapa bukti penting dan sampel darah telah hilang apakah yang kita boleh harapkan Inkues kematian Teoh beng Hock?

Ia hanya lakonan Najib, rupanya Najib walaupun baru pulang dari mengerjakan Umrah, Sikap Puaka, Licik dan Jahatnya tidak pernah Hilang!! Apa sebenarnya mereka sedang dan mahu Najib dan regimnya mahu lakukan memperdayakan rakyat Malaysia, mereka mahu menutup skandal dan punca kematian. Andai Suruhanjaya menyiasat kematian ia akan membongkar Konspirasi dan pengarah sebenar disebalik kematian Beng Hock.

Nama seperti Najib (yang juga pengerusi perhubungan UMNO), Khir Toyo (pemikir kejahatan Umno) pasti akan terbongkar sebagai orang yang mencetuskan satu Konspirasi Politik seperti yang berlaku di Perak. Mereka mahu menutup diantara mereka, SPRM, Musa Hassan dan pimpinan Umno sedang beruasaha menutup segala skandal ini dengan tipu daya ala Najib!

Saya berharap esok semua pimpinan Pakatan dan Keluarga Beng Hock membuat sidang media esok membantah keputusan penubuhan Suruhanjaya olok olok Najib, ia tidak akan langsung merungkai sebarang persoalan dan punca kematian, ia akan hanya bertujuan melenyapkan bukti penting seperti mana Inkues kematian kekasih anak Samy Vellu, Sujatha juga dituduh membunuh diri walaupun keluarga mengatakan ia dibunuh oleh anak Samy Vellu, rupanya inkues yang ditubuh hanya mahu melupuskan bukti. Bukan menyiasat kebenaran.

Sandiwara PDRM boleh anda lihat hari ini, bila keluarga Beng Hock datang untuk membantu siasatan, mereka hanya disoal Polis soalah soalan bodoh sepert,i adakah Beng Hock gila? Adakah Beng Hock ada masalah kewangan? Adakah dia mempunyai masalah peribadi? Yang mengejutkan soalan apakah Beng Hock merokok? Soalan soalan bodoh inilah juga anda akan lihat dalam inkues kematian Beng Hock. Inkues ini akan sama nasibnya seperti Inkues kes Anak Samy Vellu dan Perbicaraan Altantuya. Ia hanya Sandiwara.

Wahai 1 Malaysia..

Selamat ditipu oleh Najib Altantuya!!

Lawan Tetap Lawan

sumber : Reformis Muda
Readmore...

Era Najib Altantuya : Kematian Bukan Hal Politik - MB

0 ulasan
 

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan kenyataan Barisan Nasional yang mendakwa kerajaan negeri mempolitikkan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock sebagai kebudak-budakan.

Menurutnya, kematian adalah satu perkara yang serius dan bukan permainan dan keadilan yang dituntut bukan untuk mengaburi mata rakyat terhadap penyiasatan tujuh Adun pakatan rakyat.

“Kenyataan itu adalah kebudak-budakkan kerana bagi Pakatan Rakyat, kematian adalah suatu perkara yang serius dan bukan untuk dimain-mainkan. Saya tak tahu bagaimana ia boleh melibatkan politik.

“Jika itu pandangan UMNO dan Barisan Nasional, tapi bukan kami, kami akan memperjuangkan keadilan atas kematian Teoh dan berharap semua rakyat juga bersama-sama kami,” katanya.

Tan Sri Khalid berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Bangunan SUK, kelmarin.

Beliau berkata, rakyat sendiri mendesak kerajaan negeri menuntut keadilan di atas kematian Teoh, dan Pakatan Rakyat akan memastikan kematian Teoh tidak sia-sia dan tiada konspirasi pihak tertentu.

Teoh ditemui mati di koridor tingkat 5, dipercayai jatuh dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Tingkat 14, kira-kira jam 1.30 petang, Khamis lalu.

Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu menyifatkan SPRM tidak adil dalam menjalankan penyiasatan mereka.

Ini kerana katanya, pada Mac tahun lalu, semua Adun Barisan Nasional telah menghabiskan peruntukan mereka hanya dalam masa dua bulan sahaja tanpa di siasat oleh SPRM.

Namun kini, beliau berkata, Pakatan Rakyat disiasat tanpa alasan yang spesifik.

“MACC tak adil, tak neutral kerana lepas 2008, kita telah membangkitkan bahawa semua adun dari Barisan Nasional, mereka habiskan peruntukan dalam masa dua bulan, sampai hari ini kita disiasat, tak ada aduan yang spesifik,” katanya. -selangorkini

Readmore...