Selama 40 Tahun, Ayah Rogol Dua Anak Kandungnya...

0 ulasan
 
Kes sumbang mahram atau hubungan satu darah kembali mengejutkan masyarakat awam Austria. Seorang ayah berusia 80 tahun didakwa mengurung dan merogol dua anak kandungnya selama 40 tahun di rumahnya.

Dilapor BBC, Khamis, 25 Ogos 2011, bapa terkutuk itu mengurung kedua anak perempuannya sejak dari usia 12 dan 4 tahun di bahagian dapur sempit di rumahnya di kota Branau, Upper. Dua wanita yang ketika ini berusia 53 dan 45 tahun ini mengaku hanya diberi kerusi kayu untuk tempat tidur mereka.

"Kedua-dua wanita itu terencat akal dan menderita dipukul dan lain-lain kecederaan yang ganas," kata Hermann Feldbacher, jurucakap polis wilayah Upper.

Polis mengatakan bahawa kes ini terbongkar pada bulan Mei, namun baru tersebar di media pada bulan ini. Kes terungkap setelah lelaki itu dipukul hingga pengsan oleh salah seorang anaknya yang hendak diperkosa. Selama dua hari, mereka membiarkan si ayah terbaring di lantai tanpa membantunya sedikitpun.

Salah seorang korban melarikan diri dan melaporkan kes ini ke seorang pekerja sosial yang meneruskannya ke polis. Bapa terkutuk yang ditemukan masih terbaring di lantai lalu dilarikan ke hospital.

Lelaki yang tidak disebutkan namanya ini didakwa atas tuduhan telah mengurung, menganiaya dan melakukan pelecehan seksual terhadap kedua anaknya. Dia membantah semua tuduhan tersebut. Pada masa ini dia ditahan di penjara selama menunggu proses pengadilan.

Menurut laporan polis, kedua mangsa terpaksa menuruti nafsu biadab si ayah kerana takut setelah diancam dibunuh dengan garpu dan kayu. Ibu mereka yang telah meninggal tiga tahun lalu juga diduga menjadi korban penganiayaan. Ketika ini kedua korban sedang dirawat oleh pakar sakit jiwa untuk mengatasi trauma dan beban mental yang mereka alami.

Iklan

sila klik ~ Jus Hebat Untuk Lelaki dan Wanita

sila klik ~ Bisnes Tanpa Modal Walau Sesen Pun - Komisyen 100 - 200 peratus

sila klik ~ RM 1.00 setiap pendaftaran

Komen sajer ler...