KAWAN Raja Pop, Lester mendedahkan anak perempuan Jackson, Paris percaya ayahnya kini 'tinggal bersama malaikat'.
Dua hari selepas Jackson menghembuskan nafas terakhir, Mark Lester bercakap dengan Paris yang berusia 11 tahun.
"Paris memberitahu saya, 'Mark, jangan bimbang, ayah kini tinggal bersama malaikat. Boleh tak kami datang dan tinggal bersama pak cik?" media memetik Lester sebagai berkata.
"Paris cuba memujuk saya supaya tidak bersedih. Dia sangat tabah dan tenang," tambahnya.
Lester turut menyangkal dakwaan Jackson tertekan ekoran siri konsertnya, 'London 02'.
Kata Lester: "Saya belum pernah melihat dia begitu teruja dan bersemangat tinggi. Keterujaannya itu sangat mempesonakan saya".