MB kerajaan BN terharu mendengar kaset agama Nik Aziz

0 ulasan
 
Kebiasaannya dalam media massa kita sering membaca kecaman keras pemimpin Umno terhadap PAS. Jarang berlaku mereka memuji dan bersetuju biar pun kebenaran berpihak kepada PAS.


Sebaliknya seorang Menteri Besar meluahkan kebenaran yang dibawa pemimpin PAS tidak dapat dinafikan lagi lebih-lebih lagi menyentuh soal agama.



Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ada seorang menteri besar memberitahunya sering mendengar kaset ceramah beliau.



"Menteri besar itu paling terasa dan terkesan ketika mendengar ceramah agama saya mengenai alam kubur. Apabila mati kelak, Allah akan tanya masa hidup kamu mengundi parti mana.



"Beliau meluahkan rasa terkesan yang menyentuh jiwa setelah mendengar kaset ceramah tersebut. Dia menceritakan perkara itu ketika sama-sama menghadiri mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Majlis Raja-raja Melayu," katanya pada ceramah di Kampung Chuchuh Puteri A di sini, malam tadi.



Ribuan hadir mengikuti ceramah itu biar pun hujan turun agak lebat sebelum itu.



Oleh itu Menteri Besar berharap pengundi di Manek Urai dapat membuat pilihan terbaik untuk terus menyokong kepimpinan Islam sebagaimana kesedaran menteri besar BN terbabit.



"Saya penuh harap pengundi di sini dapat membuat pilihan yang terbaik. Setelah Umno kalah di beberapa pilihan raya kecil sebelum ini termasuk di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau, kenapa kita mahu pilih Umno lagi," katanya.

Iklan

sila klik ~ Jus Hebat Untuk Lelaki dan Wanita

sila klik ~ Bisnes Tanpa Modal Walau Sesen Pun - Komisyen 100 - 200 peratus

sila klik ~ RM 1.00 setiap pendaftaran

Komen sajer ler...