Muhyiddin jangan jadi Mr Loba...Loba...'bombastik'

0 ulasan
 
Memartabatkan pendidikan, Muhyiddin jangan pandai cakap sahaja

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Hrkh) -
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa supaya tidak hanya pandai bercakap dan melaungkan kata-kata 'bombastik' tetapi tidak melaksanakan apa yang diucapkan.


Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Dato' Abu Bakar Chik menegaskan selaku Menteri Pendidikan, Muhyiddin harus memulihkan terlebih dahulu kerosakan serta perkara dasar yang tertangguh dalam kementerian yang diterajuinya.



Beliau berkata demikian sewaktu mengulas mengenai kenyataan Muhyiddin, Umno bersedia menerajui gerakan memartabatkan pelajaran secara besar-besaran di samping merapatkan jurang pencapaian kalangan pelajar bandar dan luar bandar.



Jelas Abu Bakar sewaktu dihubungi Harakahdaily semalam, kenyataan Muhyiddin itu tidak menggambarkan perkara baru yang akan dilakukannya dalam meningkatkan pencapaian pendidikan negara.



"Muhyiddin jangan hanya bercakap serta mengeluarkan kenyataan yang 'bombastik' sedangkan beliau tidak berusaha untuk memulihkan kerosakan yang berlaku dalam kementerian terbabit.



"Jika kerosakan tersebut tidak dapat diperbaiki, pencapaian serta kecemerlangan yang diharapkan tidak akan kemana,"tegasnya.



Tambah Abu Bakar, kerajaan perlu melihat kembali Fasa 152 Perlembagaan Malaysia yang perlu diaplikasi dalam sistem pendidikan hari ini.


Beliau juga menegaskan kerajaan harus menilai kembali kesan daripada kelemahan sistem pendidikan hari ini yang tidak menekankan kepada pembentukan akhlak dan sahsiah yang menyebabkan generasi muda hari ini terlibat dengan pelbagai masalah sosial.
Iklan

sila klik ~ Jus Hebat Untuk Lelaki dan Wanita

sila klik ~ Bisnes Tanpa Modal Walau Sesen Pun - Komisyen 100 - 200 peratus

sila klik ~ RM 1.00 setiap pendaftaran

Komen sajer ler...