Ibrahim mahu cetus huru-hara pertahan ISA?

2 ulasan
 
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, dilihat mengugut akan menimbulkan huru-hara jika Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tidak membatalkan cadangan berarak ke Istana Negara pada 1 Ogos ini.


Sebuah akhbar harian melaporkan beliau berkata, jika GMI tidak menarik balik hasrat mereka, Perkasa akan turut serta berarak bersama NGO lain mempertahankan ISA walaupun boleh menimbulkan huru-hara.



Ketika Malaysiakini meminta beliau menjelaskan kenyataan itu, Ibrahim mengulangi ugutannya apabila berkata: ""Bila Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) � dua kumpulan yang berbeza pendirian mengenai ISA � mengadakan perarakan pada masa dan hari yang sama, mungkin akan berlaku huru-hara".



Beliau juga berkata, jika GMI meneruskan himpunan ke Istana Negara, Perkasa akan turut serta bagi menyatakan sokongan terhadap akta itu.



"Perkasa akan turut serta kalau ia (demonstrasi anti-ISA) tidak dibatalkan atau pihak polis mesti ambil tindakan tegas (kepada mereka)," katanya.



Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI akan bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi � kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara � dengan berpakaian hitam dan merah.



Malaysiakini juga melaporkan, penyokong ISA bersama Pewaris bersama lebih 10 NGO Melayu merancang perhimpunan bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari.



Mulai 11 pagi, mereka yang berpakaian putih dijadual berhimpun di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara, sebelum menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut dan kemudian berarak ke Istana Negara.


Dalam perkembangan terkini, Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh berkata pihaknya akan mengerahkan 1,000 petugas Unit Amal PAS untuk mengawal keselamatan dan peserta himpunan anti-ISA itu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

2 Responses so far.

  1. MIM A-TEAM says:

    IBRAHIM ALI NI BETUL BETUL TAK GUNA PUNYA BEROK MAKRIP...NAK TRAMPILKAN DIRI NYA SEBAGAI "HERO"
    MELAYU..TAPI SEBENARNYA DIA NI ADA LAH "PELAMPAU" YANG HANYA NAK MENANGGUK DI AIR KERUH.....

    KALAU ADA APA2 KEKACAUAN BERLAKU, PELAMPAU NI PATUT DI KENAKAN "ISA"
    DAN DITAHAN OLEH POLIS...

    KITA NAK DEMONTRASI AMAN,BUKAN KACAU DARI PELAMPAU,GENGSTER TUA,IBRAHIM ALI!!

  2. Betoi...Betoi...Betoiii. Pokok tumpang memang jenis macam tu. Tak sedar diri dapat jadi ahli Parlimen ehsan dari PAS. PRU 13 dah tak wujud nama Brahim kataki ni sebagai calon yang menang.

Iklan

sila klik ~ Jus Hebat Untuk Lelaki dan Wanita

sila klik ~ Bisnes Tanpa Modal Walau Sesen Pun - Komisyen 100 - 200 peratus

sila klik ~ RM 1.00 setiap pendaftaran

Komen sajer ler...