Manek Urai: Di manakah UMNO mencegah kemungkaran?

0 ulasan
 

SUNGAI SOK, 7 Julai - Kemenangan di Manek Urai akan menjadi petunjuk kepada seluruh rakyat di negara ini bahawa Umno-BN perlu ditolak.

Demikian ujar Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi pada Himpunan 100,000 Pemuda Pakatan Rakyat di Sungai Sok baru-baru ini.

"Sekiranya kita menang di Manek Urai ini ia merupakan satu petunjuk bahawa kita perlu tolak Umno" katanya sambil disahut dengan laungan takbir.

Ujarnya, kemenangan pilihanraya kecil di Manek Urai ini merupakan satu isyarat daripada rakyat kepada pemimpin Umno-BN bahawa rakyat menolak Umno.

Beliau turut menyatakan faktor yang menyebabkan rakyat perlu menolak Umno, termasuklah kelonggaran Umno yang dipilih sebagai pemerintah terhadap kewajipan mendirikan sembahyang.

Beliau kemudian menghuraikan maksud "sembahyang" iaitu rukuk dan sujud kepada Allah."Sembahyang" ini juga tunduk dan patuh kepada Allah.

"Mereka tidak pernah melaksanakan syariat Allah. Mereka tidak pernah meninggikan kalimah Allah, meletakkan Islam itu lebih tinggi daripada idealogi yang dicipta oleh manusia, sedangkan Islam agama yang tinggi" jelas beliau pada Himpunan Pemuda Pakatan Rakyat.

"Umno dengan fahaman kebangsaannya mereka tidak bersedia untuk menjadikan negara ini sebagai negara yang tunduk dan patuh kepada Allah" ujar beliau lagi.

Selain itu ujarnya, Umno-BN masih belum mampu menegakkan segala perkara makruf dan mencegah kemungkaran walaupun negara ini diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam.

"Di manakah Umno mencegah kemungkaran?

"Di sekeliling sebuah masjid di bandar kuantan itu terdapat lebih 25 buah kelab malam yang beroperasi sehingga jam 2 pagi" tambah beliau ketika menyatakan faktor yang menjadi penyebab peningkatan jenayah dan gejala sosial saban hari.

"Inilah tanda yang mesti kita tolak Umno" tegas Ustaz Nasaruddin lagi.

Turut hadir dalam majlis himpunan tersebut ialah Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Syafawi, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman dan beberapa lagi pimpinan PAS Pusat.
Iklan

sila klik ~ Jus Hebat Untuk Lelaki dan Wanita

sila klik ~ Bisnes Tanpa Modal Walau Sesen Pun - Komisyen 100 - 200 peratus

sila klik ~ RM 1.00 setiap pendaftaran

Komen sajer ler...