Istana Khir Toyo di Shah Alam

0 ulasan
 
Rumah kediaman mantan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohamed Khir Bin Toyo di Shah Alam dibina dengan kos keseluruhan sebanyak RM24 juta.

Demikian fakta yang didedahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Sekinchan, Ng Suee Lim ketika ditemui selepas membawa pemberita meninjau banglo tersebut yang beliau sifatkan sebagai Istana Khir Toyo.

Persoalannya, saya bukan ada hasad dengki atau pun iri hati kerana beliau memiliki rumah sebesar ini.


"Tetapi sekiranya, dia mampu dan memiliki kekayaan dari sumber yang halal, saya tiada masalah malah saya ucapakan tahniah. "Apa yang saya nampak sebelum ini, dia merupakan seorang doktor gigi biasa," katanya



Apabila lapan tahun katanya, dia menjawat jawatan Menteri Besar Selangor, dia mampu untuk membina sebuah rumah sebesar itu.



"Setahu saya sebagai seorang penjawat awam, Menteri Besar Selangor tidak boleh berniaga dan tidak boleh terlibat dalam apa-apa aktiviti perniagaan termasuk semua Adun dan Speaker," katanya.



Menurut beliau, gaji Menteri Besar hanya RM48,000 yang meliputi semua elaun dan makan minum dan gaji pembantu semua ditanggung oleh Kerajaan Negeri dan ini bermakna gaji seorang menteri besar alam tempoh setahun sebanyak, RM576,000, gaji Khir Toyo sewaktu menjadi menteri besar.



Katanya, selama lapan tahun gaji keseluruhan yang beliau dapat dalam masa lapan tahun RM4.7 juta termasuk 'interest', belum tentu dapat mengumpul kekayaan sebanyak itu.



Beliau mendesak Khir Toyo beri penjelasan mengenai isu ini, daripada jumlah ini, bolehkan memiliki banglo sebesar ini. Dari mana sumber, rakyat nak tahu, sebab kerajaan negeri Selangor yang baru ini sedang mengamalkan dasar ketelusan.



Kes berat ni wak Khir...agak-agaknya apalah jawapan dari mantan mb Selangor ni?

Iklan

sila klik ~ Jus Hebat Untuk Lelaki dan Wanita

sila klik ~ Bisnes Tanpa Modal Walau Sesen Pun - Komisyen 100 - 200 peratus

sila klik ~ RM 1.00 setiap pendaftaran

Komen sajer ler...