Habuan fitnah PM: Polis akan soal Zul
Nazri bohong: MP Pakatan serah dokumen kepada Speaker esok
Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) dalam satu sidang media pagi ini berkata, beliau telah mengemukakan perkara itu kepada Speaker di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (12) pagi tadi.
Katanya, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Abdul Rahman telah bersetuju untuk menerima dokumen berkaitan perkara itu.
Menurut Salahudin, dokumen berkaitan sedang disediakan dan dijangka diserahkan kepada Speaker pagi esok.
Pada masa yang sama, Nazri diberi tempoh tujuh hari bagi membuat penjelasan berhubung perkara itu.
Mohamed Nazri pada sesi penggulungan Disember lalu berulang-ulang kali membuat penafian berhubung hak Kelantan mendapat royalti atas alasan minyak tersebut berada di luar kawasan perairan negeri, iaitu tiga batu nautika seperti dirujuk pada Akta Ordinan Darurat 1969.
Beliau menggunakan hujah Akta Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu 1969 yang sebenarnya telah dimansuhkan.
MB Selangor nafi tinggalkan politik, kembali dunia korporat
Melayu mana mampu tolak PERKASA? Ye ke KJ...
“Siapa hendak kata tidak setuju? Jadi ramailah yang tertarik. Tidak ada sesiapa cakap macam ini sekarang. Jadi semua orang pergi (pada PERKASA),” kata Khairy ketika diminta mengulas penyertaan ramai ahli Umno dalam NGO itu.
NGO pimpinan ahli parlimen Pasir Mas itu dalam masa singkat meraih sokongan orang Melayu di seluruh pelusuk negara, sehingga menimbulkan tanggapan ia mampu mengambil alih peranan Umno yang dilihat tidak lagi agresif mendepani isu-isu kaum tersebut.
Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini minggu lalu, Khairy yang sejak awal enggan membandingkan langsung antara Umno dan PERKASA berkata, peranan mereka lebih menyeluruh daripada NGO tersebut.
Menyifatkan dirinya sebagai radikal berhaluan tengah, Khairy berkata Umno yang telah mengharungi cabaran parti pelbagai aliran sejak daripada tahun 1946 lagi tidak akan terjejas dengan kehadiran PERKASA.
“PERKASA bukan kenderaan Umno. Kita yakin degan perjuangan kita sendiri. Umno sudah harungan semua ini bukan baru lagi, sejak tahun 1946.
“Zaman itu kita tewaskan British, haluan kiri, Dr Burhanuddin Helmi, Ahmad Bustamam, haluan tengah, haluan kanan, semua haluanlah. Kita terus hidup,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Damansara.
Baca Kenyataan "Benggong" Dari Ketua Pemuda "Tong Sampah" Ni...
Penolong Penguasa SPRM Selangor didakwa minta dan setuju terima rasuah
KAMI TERLALU KENYANG MEMFITNAH PAKATAN
Apa akan terjadi agaknya bila statement ‘Tiada Tempat Bagi Ketuanan Melayu’ diucapkan oleh pemimpin2 Pakatan Rakyat terutamanya dari DAP? Adakah gambar-gambar mereka akan dibakar, dikencing @ dipijak?
Apabila Penasihat Gerakan sendiri yang bercakap begitu, kemana menghilangnya pendekar2 ‘Parti Cap Keris’yang begitu bersemangat sekali mempertahankan hak2 ketuanan Melayu?Penasihat parti Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik berkata tiada mana-mana kaum mempunyai hak untuk menjadi tuan kepada kaum lain di negara ini.
Oleh itu kata bekas presiden parti tersebut, tiada ruang bagi ketuanan Melayu, Cina atau India di Malaysia. Tambahnya lagi, jika ada sesiapa yang mendukung ketuanan Melayu maka orang itu adalah seorang ektremis rasis.
Lim menggesa semua ahli parti itu supaya bercakap terhadap mereka yang mendukung isu ketuanan Melayu, walaupun ia boleh mengakibatkan mereka diheret ke penjara.
Bekas menteri kabinet itu berkata, ketuanan Melayu harus dibantah walaupun ianya didokong oleh Umno.
“Mengapa diam diri? Adakah kamu takut masuk penjara? Jangan bimbang... Jika kamu masuk penjara, saya lawat kamu setiap hari dan membawa bersama sup ’shark fin’.” kata Lim Keng Yaik.
Ini baru betul-betul Raja...Jangan jadi macam umno 'raja kapor rakyat.'
Betapa hebatnya selepas 20 tahun PAS memerintah Kelantan. Pemangku Sultan Kelantan Tg Faris Petra mengimani solat hajat ribuan rakyat di Satdium Sultan Mohammad IV. Perisitiwa ini adalah satu peristiwa bersejarah kepada negara. Misi dan visi PAS khasnya PAS Kelantan mendekatkan islam kepada siapa sahaja, lebih-lebih lagi seorang pewaris raja adalah sesuatu yang membanggakan.Hal ini atau perkara ini adalah kecil bagi UMNO. Sebab sudut pandangan dan nilai hidup UMNO dan PAS amat berbeda sekali. UMNO rasa bangga dan berjaya bilamana setiap kali raja-raja bersama rakyat akan diakhiri dengan Nyayian Karaoke bersama artis di malam hari dengan Jamuan menhabiskan duit rakyat. Atas alasan upacara rasmi dan keraian.
Sebenarnya raja-raja juga tidak amat selesa dengan cara dan gaya UMNO. Mereka sudah terbuai lama dan buaian itu menyedarkan sesetangah raja. Sebab semua itu, tiada kesudahan, matlamat hidup atas dunia bukan hanya berhibur dan nikmati nikmat keduniaan semata-mata. Jauh lebih daripada itu. perantau
Abang angkat minta gambar bogel
Sepanjang perkenalan kami, dia seorang abang angkat yang amat mengambil berat mengenai saya. Bagaimanapun, kami jarang berjumpa dan berbual kerana saya seorang pemalu.
Pada 2008 dia bercinta dengan rakan sekelas saya. Sejak itu hubungan kami menjadi renggang sedikit. Pada tahun yang sama, dia minta gambar saya dan saya menghantarnya menggunakan khidmat pesanan multimedia (MMS), namun dia tak puas hati. Rupa-rupanya dia mahu gambar saya tanpa seurat benang.
Saya menolak permintaannya namun berulang kali dia memujuk saya dan akhirnya saya penuhi permintaannya itu atas dasar sayang. Dia kemudian berjanji tidak akan meminta apa-apa gambar lagi daripada saya. Namun, janji tinggal janji. Dia meminta lagi gambar saya tanpa pakaian dan bila saya enggan memenuhi permintaannya, dia mengugut akan menyebarkan gambar yang saya berikan kepadanya sebelum ini.
Apapun, saya tetap berkeras tidak mahu melayan permintaannya lagi kerana tidak mahu memalukan keluarga. Berikutan itu, abang angkat saya berjanji akan memadam gambar bogel saya itu dengan syarat saya membenarkan dia menyentuh payudara saya. Saya amat terkejut dan kecewa dengan sikapnya itu. Apa yang patut saya lakukan sekarang? Saya menyesal dengan tindakan saya sebelum ini dan amat takut jika dia menyebarkan gambar bogel saya itu, Tolonglah saya.
Apa jawapan yang sepatutnya diberikan pada gadis yang bagi teman bodoh-bodoh alang ini. Ada otak tapi macam otak udang. Engko orang ada jawapan tak untuk masalah budak ni?







Subscribe to email feed



