Farhat Abbas yang mewakili Manohara dan ibunya, Daisy Farajina di Indonesia berkata, pihaknya mencabar Tengku Muhammad Fakhry Ismail Petra supaya tampil dengan bukti yang kukuh untuk menangkis segala dakwaan kedua-dua anak guamnya.
"Saman pertama yang difailkan oleh anakanda Sultan Kelantan itu di Mahkamah Syariah Kota Bharu Kelantan awal bulan ini sesuatu yang tidak pernah berlaku kerana kebiasaan tuntutan itu hanya dilakukan oleh wanita," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di Jakarta, Indonesia semalam.
Menurut beliau, adalah menjadi sesuatu yang pelik apabila lelaki seperti Tengku Muhammad Fakhry membuat tuntutan sedemikian terhadap isterinya.
"Ternyata di sini saman Tengku Muhammad Fakhry ini hanya omong-omong besar saja.
"Bagaimanapun, kita akan lihat apa kesudahannya tetapi saya yakin Manohara dan Daisy bukan membuat salah laku," kata beliau.