Kematian Teoh: Apa kata Tengku Razaleigh

0 ulasan
 

YM Tengku Razaleigh Hamzah melalui blognya telah menyentuh tentang misteri kematian Teoh Beng Hock. Menurutnya, “Dia (Teoh) disoal atas kemungkinan penyalahgunaan dana oleh majikannya, seorang exco negeri, untuk membeli bendera untuk sambutan Hari Merdeka tahun lalu. Jumlah dana yang menjadi pertikaian ialah RM2 400. Dia telah disoal siasat selama lapan jam sepanjang malam.” Dalam membicarakan isu tersebut, beliau juga telah mengutarakan lima persoalan untuk dihujahkan oleh pembaca di blognya.



LIMA PERSOALAN YANG DITIMBULKAN IALAH:


1. Persoalan tentang kematian Teoh tidak boleh ditutup dengan pernyataan bersifat amaran “boleh menyebabkan masyarakat keliru” kerana masyarakat sememangnya keliru. Kita keliru tentang bagaimana seorang lelaki muda yang idealistik yang mempunyai pelbagai perkara untuk dilakukan dalam hidupnya masuk ke pejabat SPRM sebagai saksi dan dijumpai mati pada keesokan harinya.


2. Persoalan tentang kematian Teoh tidak boleh ditolak ketepi dengan arahan bersifat paternalistik, iaitu “biarkan pihak berkuasa menyiasat” kerana kematian Teoh tampaknya adalah hasil daripada “membiarkan pihak berkuasa menyiasat” kes tersebut...


3. Persoalan tentang kematian Teoh tidak boleh dihalang dengan amaran supaya “tidak membuat sebarang spekulasi” apabila pihak berkuasa yang melakukan siasatan tampaknya sudah membuat ramalan, mendahului siasatan mereka bahawa tiada unsur khianat terlibat dalam kes ini, dan sesetengah pemimpin tampaknya mempunyai maklumat istimewa bahawa Teoh telah melompat sehingga menyebabkan maut atas kerelaan dirinya.


4. Persoalan tentang kematian Teoh tidak wajar dihindari dengan menggunakan taktik murahan, iaitu menjadikannya isu perkauman sedangkan isu kematian Teoh menyentuh semua rakyat di negara ini. Tiada sesiapa yang mahu hidup di bawah badan kerajaan yang tidak boleh dipercayai untuk bertindak bebas dan menjelaskan sesuatu kebenaran.


5. Persoalan tentang kematian Teoh tidak boleh dihalang dengan larangan keras kerana hal ini berkaitan dengan integriti dan kebebasan institusi yang menjadi hak rakyat. Para menteri mungkin terlupa siapa yang meletakkan mereka dalam kerajaan dan membayar gaji mereka...

sumber
Iklan

sila klik ~ Jus Hebat Untuk Lelaki dan Wanita

sila klik ~ Bisnes Tanpa Modal Walau Sesen Pun - Komisyen 100 - 200 peratus

sila klik ~ RM 1.00 setiap pendaftaran

Komen sajer ler...