Dirogol ketika dirawat 'Pak Haji'

0 ulasan
 

KUALA KANGSAR - Hajat seorang ibu untuk mengubati anak daranya supaya melupakan bekas kekasihnya dengan seorang bomoh berakhir dengan anaknya dijadi mangsa pemuas seks bomoh terbabit.


Kejadian tersebut didakwa bermula pada 3 Ogos lalu apabila mangsa yang berusia 21 tahun dibawa ibunya ke rumah 'Pak Haji' di sebuah kampung di Kota Lama Kiri di sini.


Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supritendan Abdul Gaffar Mohammad berkata, setibanya di rumah Pak Haji pada pukul 7.30 malam, wanita itu disuruh meninggalkan anak gadisnya selama tiga hari tiga malam kononnya bagi melakukan proses rawatan melupakan bekas kekasihnya.


Bagaimanapun, menurut beliau, pada pukul 12.30 malam hari pertama, gadis itu mendakwa Pak Haji telah memaksanya mengadakan hubungan kelamin.


"Pada mulanya mangsa sangsi dan menolak, namun Pak Haji memberi alasan, hubungan kelamin harus dilakukan kononnya untuk mengeluarkan air mani mangsa yang dikatakan 'ubat mujarab' bagi mangsa melupakan bekas kekasihnya," kata beliau ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.


Menurutnya, dalam keadaan terpaksa mangsa merelakan dirinya dinodai dan perlakuan sumbang 'Pak Haji' itu berulang pada malam ketiga dan keempat.


"Sebelum dibenarkan pulang, mangsa pada pagi 6 Ogos diminta mandi dengan air limau kononnya sebagai upacara terakhir menamatkan sesi perubatan," kata beliau.


Abdul Gaffar memberitahu, sebaik pulang ke rumah, mangsa merasai dirinya tertipu dan menceritakan perkara itu kepada ibunya.


Katanya, gadis yang tidak bekerja itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Kuala Kangsar di sini.


Jelas beliau, polis telah menahan suspek berumur 62 tahun pada 7 Ogos lalu dan dia kini direman sehingga Jumaat ini.


Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan menipu.


Kosmo! difahamkan, ketika kejadian dua anak suspek masing-masing berusia 23 dan lapan tahun berada di rumah tetapi isterinya berada di Kuala Lumpur.



n/k..: Percaya sangat dengan bomoh, boleh pulak tinggalkan anak pada orang yang tak ada kaitan persaudaraan. Yang jadi mangsanya sianak, menjadi pemuas nafsu 'Pak Haji' diatas kejahilan ibubapanya.

Readmore...

Parlimen: Siapa pengkhianat sebenar bangsa, negara?

0 ulasan
 

Siapa sebenarnya pengkhianat bangsa dan negara? Benarkah pengkhianat sedemikian wujud atau sekadar dongengan Umno-BN untuk meraih simpati murahan daripada rakyat?



Persoalan pengkhianat bangsa dan negara bukan kali pertama diutarakan. Malah jika dilihat,ungkapan sedemikian seringkali menjelma terutama dalam menghadapi detik-detik pilihan raya atau negara sedang dilanda pelbagai isu yang hangat.



"Rakyat tidak pernah lupa siapakah yang menggadai Genting Highlands, Pangkor Laut dan penyelewengan dana awam di atas nama komisen,"tegas Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam blog peribadinya.



Beliau yang mengulas isu khianat sebelum itu menjelaskan siri program yang dihadirinya semalam.



"Saya tiba sekitar jam 5.00 petang di Felda Neram Satu. Acara tersebut disusun khas bagi mendekati masyarakat Felda serta menerangkan keutuhan Permuafakatan Pakatan Rakyat dan khususnya jalur perjuangan Parti Keadilan Rakyat.



"Ditekankan keutamaan dasar yang dilakar demi kesejahteraan rakyat semua, dan bukannya hanya untuk memenuhi nafsu tembolok tauke-tauke kaya serta sesegelintir bangsawan politik semata.



"Turut disentuh kejayaan negeri-negeri pentadbiran Pakatan Rakyat yang berusaha bersungguh-sungguh membasmi kemiskinan dan memerangi rasuah kendati pun berhadapan serangan bertali arus aparat umno-BN,"jelasnya.



Beliau juga menerangkan bagaimana program menjamin kebajikan rakyat seumpama pemberian air percuma, tabung warisan anak Selangor, skim mesra usia emas yang dilaksanakan di Kelantan mahupun Selangor.



"Tidak ketinggalan, saya menegaskan pentadbiran di semua negeri Pakatan Rakyat yang berlandaskan kebolehan, pertanggungjawaban dan ketelusan. Semua dasar tersebut terbukti mesra pelabur, apatah lagi ketika mengalami kemurungan, mereka tentunya mahukan pengurusan ekonomi terbaik dan beramanah.



"Program seterusnya adalah ceramah bersama Dato' Chua Jui Meng di Bandar Chukai dan kemudiannya ceramah perdana di Kerteh bersama Saifuddin Nasution, Ustaz Harun Taib serta Abdul Rahman Yusuf. Lanjutan mengungkapkan dasar pemerintahan yang beramanah, saya lontarkan pula lawan dari makna amanah itu; perbuatan khianat.



"Sudah tentu isu khianat digembar gemburkan hanya dengan dengan satu tujuan, iaitu untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat dengan menjadikan saya sebagai sasaran. Sungguh tidak sangka jentera propaganda sanggup berbuat apa sahaja apabila terdesak hatta cuba memperbodohkan rakyat. Namun saya senantiasa yakin dengan kemampuan rakyat membuat penilaian dan pertimbangan.



"Rakyat sedar siapa yang sebenar-benarnya mengkhianati amanah nusa dan harapan rakyat negara ini. Mereka sudah tentu tidak lupa siapakah yang menggadai Genting Highlands, Pangkor Laut dan penyelewengan dana awam di atas nama komisen. Itu semua dilakukan hanya demi kepentingan sendiri,"tegasnya.



Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) mendakwa ada individu-individu yang sanggup mengorbankan bangsanya sendiri demi memastikan cita-cita politik mereka tercapai.


"Menjadi tanggungjawab saya untuk menentang habis-habisan pihak yang sebegini. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan negara kalau kita (BN dan Umno) tidak berkuasa pada pilihan raya umum akan datang," katanya.
Readmore...

Datuk dilamun cinta dengan amah Indonesia

0 ulasan
 

SHAH ALAM: Biarpun sudah beristeri dua dan mempunyai tujuh cucu, seorang kontraktor masih tidak sedarkan diri sehingga tergamak mengabaikan keluarga, gara-gara dilamun cinta dengan amah Indonesia yang kini bekerja sebagai tukang sapu sampah di pejabat syarikatnya.

Akibat diserang ‘angau’, rumah tangga datuk itu porak-peranda sehingga kehidupan isteri keduanya menjadi tidak menentu, malah terpaksa berniaga kecil-kecilan bagi menampung tunggakan pinjaman rumah dan bil air serta elektrik.

Semuanya berlaku selepas suaminya yang mencecah usia 59 tahun lebih selesa menghabiskan masa bersama wanita warga asing berusia 40 tahun berkenaan.

Isteri kedua kontraktor itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ann, 52, berkata suaminya diperkenalkan dengan wanita warga asing itu oleh seorang rakan sekitar 2006.

“Wanita itu kemudian diambil bekerja sebagai pembantu rumah di rumah isteri pertama. Namun, tidak lama kemudian, kami menyedari suami kami menjalinkan hubungan sulit selepas anak kami beberapa kali terserempak mereka berdua-duaan dalam bilik setiap kali mempunyai kesempatan,” katanya ketika ditemui di Kota Kemuning di sini, semalam.

Menurut Ann, perbuatan suaminya semakin melampau sejak Jun tahun lalu apabila langsung tidak menjenguk anak kerana kebanyakan masa dihabiskan bersama wanita terbabit.

“Selepas hubungan mereka terbongkar, suami memindahkan pembantu rumah itu tinggal di sebuah flet berhampiran Kota Kemuning dan mengambilnya bekerja sebagai tukang sapu di pejabatnya.

“Sejak itu, dia semakin alpa dengan tanggungjawab. Jika dulu dia bergilir-gilir ke rumah isteri pertama dan saya, namun selepas berkenalan dengan wanita itu suami semakin kurang menunaikan tanggungjawab.

“Hutang pinjaman rumah tertunggak dan bil (air dan elektrik) tidak berbayar. Kebanyakan masa dihabiskan dengan wanita itu sehingga menjadi buah mulut penduduk setempat menyebabkan saya dan anak malu,” katanya.

Ann berkata, hasil perkongsian hidup dengan suaminya itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, namun disebabkan penyakit angau yang menyerang lelaki berkenaan, kehidupan keluarganya kini langsung tidak dipeduli.

“Saya sebelum itu sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak lelaki, jadi saya tak terasa sangat apabila dia tak peduli anak tirinya kerana mereka sudah besar dan mempunyai kerjaya tapi apabila darah daging sendiri diabaikan sehingga menyebabkan pelajarannya terganggu, saya tidak boleh berdiam diri.

“Saya dan seorang anak lelaki pernah cuba bersemuka dengannya di pejabat syarikat, namun kami dihalang pekerja yang mengugut mahu memukul kami menyebabkan satu laporan polis dibuat,” katanya.

Menurutnya, dia tidak tahu sama ada suaminya terkena buatan wanita warga asing itu tetapi tidak menolak kemungkinan itu kerana perubahan sikapnya terlalu ketara.

“Sekarang dia bukan saja menggaji wanita terbabit, malah kaum kerabat wanita itu turut diambil bekerja. Pada masa sama apabila berlaku kejadian tidak diingini seperti rumahnya disimbah cat, dia menuduh ia kerja anak saya,” katanya.

Ann berkata, disebabkan tidak tahan diperlakukan sedemikian, dia nekad mahu menyaman suaminya kerana mengabaikan tanggungjawab.

“Pada awal perkahwinan kami, dia berjanji macam-macam untuk menjaga keluarga saya, malah saya banyak membantunya membuka syarikat kontraktor miliknya sekarang. Kini selepas jatuh cinta dengan wanita itu, kami semua diabaikan malah setiap kali cuba meminta bantuannya, semua ‘kebaikannya’ diungkit seolah-olah kami sangat terhutang budi dengannya,” katanya.

Menurutnya, kes saman terhadap suaminya itu akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Klang 25 Ogos ini.

“Saya terpaksa berbuat demikian bagi mendapatkan keadilan di pihak saya dan anak yang terus diabai suami,” katanya.

Readmore...

Lelaki mati minum asid selepas rogol, tikam anak tiri

0 ulasan
 

GUA MUSANG: Seorang gadis berusia 15 tahun parah ditikam dan disimbah asid selepas dirogol bapa tirinya di Aring 1, dekat sini hari ini.


Lelaki yang disyaki merogol gadis itu pula mati selepas dikatakan meminum asid akibat ketakutan apabila tindakannya terhadap gadis itu diketahui penduduk kampung.


Pemangku Ketua Polis Daerah Gua Musang DSP Aziz Hassan berkata kejadian dilapor berlaku pada kira-kira pukul 10.30 pagi di ladang getah Aring 6 ketika lelaki itu membawa anak tirinya itu ke Gua Musang.


"Mereka dikatakan singgah di ladang getah itu dan di sana lelaki berusia lewat 50an itu dikatakan merogol anak tirinya itu sebelum menikam dan menyimbah gadis itu dengan asid.


"Kejadian disedari penduduk kampung yang kemudian memberi bantuan kepada gadis itu dan menghantarnya ke klinik kesihatan berhampiran," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata gadis itu dilapor dalam keadaan kritikal dan akan dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab Dua (HRPZ11) di Kota Baharu untuk rawatan lanjut.


Siasatan awal polis mendapati lelaki terbabit mati kerana meminum asid. Mayatnya dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat, katanya.

Readmore...

Ibu Menyusukan Anak

0 ulasan
 

















Readmore...

Era Najib Altantuya: ISA tidak perlu untuk hadapi pembangkang

0 ulasan
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia menghadapi pembangkang semasa pilihan raya dan tidak perlu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai alat politik untuk berdepan dengan mereka, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.


Perdana Menteri berkata akta tersebut tidak perlu digunakan untuk menahan ahli-ahli politik pembangkang semata-mata kononnya Barisan Nasional takut terhadap mereka.


Menurutnya ISA hanya digunakan terhadap orang-orang yang boleh mengancam ketenteraman rakyat dan keselamatan negara.


"Kalau tidak mempunyai akta tersebut, insiden-insiden pengeboman seperti yang berlaku di (hotel) JW Marriot and Ritz Carlton di Jakarta bulan lepas dan di Mumbai, India tahun lalu mungkin boleh berlaku di negara kita.


"Kita tidak perlu menggunakan ISA untuk tahan orang politik. Kita bukan takut, kita akan berdepan dengan mereka masa pilihan raya. Itulah ubatnya, bukan menahan mereka menggunakan ISA," katanya pada majlis Jalinan Rakyat anjuran Wanita Barisan Nasional di sini, Jumaat.


Najib berkata kerajaan telah berjanji untuk mengkaji semula ISA, dan oleh itu, tiada gunanya pembangkang membawa isu itu ke jalanan.


"Mengapa mereka perlu buat demonstrasi. Saya dah cakap ISA akan dikaji, jadi tunggu dulu. Selepas saya menjadi perdana menteri, pada hari pertama pun saya telah membebaskan 13 tahanan ISA," katanya.


Terhebat….Nyesal kalau Tak Click, click dulu & anda akan tahu jawapannya...

Readmore...

Cuba mempekosa, Datuk di reman 4 hari

0 ulasan
 
KUALA TERENGGANU: Usianya sudah mencecah 61 tahun dan sepatutnya keperluan seks dan tuntutan nafsu bukan lagi keperluan utama terutama ketika isterinya yang terlantar di rumah memerlukan perhatian rapi akibat sakit tua.

Namun, akibat tidak dapat menahan gelora nafsu, lelaki warga emas terbabit kini direman empat hari bagi membantu siasatan selepas dia berahi melihat seorang janda beranak sembilan berusia 51 tahun yang juga jirannya, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata lelaki itu bukan saja terpaksa bermalam di lokap, malah turut cedera di kemaluan selepas mangsa cabulnya menghentak lutut pada bahagian sulit suspek bagi menyelamatkan diri.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi selepas mangsa berjalan untuk menoreh di kebunnya yang terletak beberapa meter dari rumahnya di Kampung Bukit Perpat, Ajil, Hulu Terengganu sebelum secara tiba-tiba dihampiri lelaki berkenaan.

“Sebaik berjalan di satu lorong, mangsa dikatakan terserempak dengan seorang lelaki dikenali dengan panggilan ‘Pok Su’ sebelum suspek terus memeluknya dari depan menyebabkan wanita itu panik walaupun cuba meronta supaya dilepaskan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, ‘Pok Su’ sempat mencium leher, menyelak baju dan menghisap payu dara mangsa menyebabkan hasrat wanita warga emas itu mencari nafkah terbantut akibat perbuatan jijik lelaki itu.

“Ketika cuba terus diperkosa, wanita itu terpaksa bertindak mempertahankan diri sebaik mendapat peluang, dia menendang kemaluan suspek dengan lutut.

“Sebaik disepak, suspek terlepas pelukan menyebabkan wanita berkenaan melarikan diri dan mendapatkan bantuan orang ramai,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Harian Metro difahamkan, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Wakaf Tapai, Marang, kira-kira jam 7.30 malam sebelum sepasukan anggota polis menahan suspek di rumahnya di kampung sama untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Terhebat….Nyesal kalau Tak Click


Readmore...

Medan selera 'jual' pelacur

0 ulasan
 

KUALA LUMPUR - Sebuah medan selera di Jalan Pudu di sini bukan saja menjual makanan atau minuman malah turut 'menjual' pelacur rakyat China.


Kegiatan yang berlarutan beberapa bulan lalu dikatakan menarik ramai pelanggan lelaki terutama di kalangan rakyat asing ke medan selera itu bagi melanggan pelacur semurah RM20.


Modus operandi, pelacur China itu ialah menghampiri pelanggan yang duduk makan di medan selera itu sama ada memerlukan khidmat seks.


Sambil makan pelacur dan pelanggan akan tawar menawar harga khidmat seks.


Paling mahal seorang pelacur mengenakan caj RM60 kepada pelanggannya. Bagaimanapun harga setiap pelacur itu dikatakan bergantung kepada kebijaksanaan pelanggan untuk membuat tawaran.


Selepas persetujuan dicapai, pelacur itu akan membawa pelanggannya ke sebuah hotel yang terletak bersebelahan medan selera itu.


Bagaimanapun, keseronokan kumpulan pelacur dan 'lelaki hidung belang' di medan selera itu berakhir pada pukul 11 malam kelmarin apabila premis itu diserbu polis.


Dalam serbuan itu, seramai 46 wanita China berusia 20 hingga 30-an yang berurusan dengan pelanggan mereka ditahan.

Readmore...

Babi 'Berkepala Manusia'

0 ulasan
 
Warga Minahasa Tenggara (Mitra), khususnya di Desa Watuliney, Kecamatan Belang, dihebohkan atas kelahiran anak babi yang memiliki wajah dan bagian kepala mirip manusia. Tak heran jika warga kemudian berbondong-bondong menyaksikan peristiwa langka tersebut Sabtu hingga Minggu (03/02) kemarin.

Babi 'berkepala manusia' itu sendiri dilahirkan induknya Pukul 22.00 Wita, Jumat (01/02). Keesokan paginya, seorang penjaga peternakan babi milik keluarga Joutje Pondaag-Tumboybela, dikagetkan saat melihat anak bayi yang dilahirkan tersebut. Pasalnya, muka babi itu lebih menyerupai manusia.

Babi mungil itu memiliki bulu putih dengan berat 1,5 kilogram. Kalau muka, hidung dan lidah babi itu mirip manusia, namun suaranya lebih mirip monyet. Lebih unik lagi anak babi berkelamin betina tersebut memiliki dahi layaknya dahi manusia serta memiliki pusar di atas kepalanya.


Sumber dari sini...Imbang Penuh
Readmore...

Suami seks ganas dihukum

0 ulasan
 
KUANTAN - Seorang mekanik yang genap usia 35 tahun dua hari lalu menerima ‘hadiah hari jadinya’ semalam apabila dihukum penjara 15 tahun serta 3 sebatan selepas mengaku bersalah dalam Mahkamah Sesyen Kuantan atas tuduhan mengadakan seks ganas dan luar tabii tanpa kerelaan isteri, April lalu.

Tertuduh, Khairul Hisyam Abdul Kadir, dari Kampung Padang Jaya dekat sini menjadi suami pertama di negara ini dihukum mengikut Seksyen 375A yang diperkenalkan dalam Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004 bagi melindungi isteri daripada keganasan suami ketika melakukan hubungan seks.

Hakim Hassan Abdul Ghani menjatuhkan hukuman penjara maksimum 5 tahun terhadap tertuduh selepas mengaku bersalah menyebabkan kecederaan untuk mengadakan persetubuhan dengan isterinya itu kira-kira jam 3.15 petang, 19 April lalu.

Bapa kepada seorang anak itu juga dihukum penjara 10 tahun dan 3 sebatan setelah mengaku salah atas satu lagi tuduhan mengikut Seskyen 377C Kanun Keseksaan iaitu melakukan seks luar tabii tanpa kerelaan isteri yang dinikahi sejak sembilan tahun lalu pada masa dan tarikh sama.

Kedua-dua hukuman penjara terhadap tertuduh itu bagaimanapun berjalan serentak dan bermula dari tarikh hukuman, semalam.

Dalam hujah penghakimannya semalam, Hassan mempersoalkan tindakan tertuduh yang tergamak melakukan kekerasan terhadap isterinya yang berusia 32 tahun semata-mata untuk memuaskan nafsunya untuk tempoh beberapa minit sahaja.

“Sebagai seorang suami, melakukan kekerasan terhadap isteri ketika melakukan hubungan seks sesuatu amalan janggal memandangkan wanita itu sepatutnya dibelai dengan penuh kasih sayang,” katanya.

Menurutnya, titisan air mata seorang isteri ketika hadir memberi keterangan di mahkamah sebelum itu cukup menggambarkan keperitan hidup yang dilalui apabila terpaksa melayan nafsu seks ganas suami sendiri.

Tertuduh yang diwakili peguamnya, Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar dalam rayuannya selepas mengaku bersalah kelmarin ada menyebut sudah insaf dan berjanji tidak akan melakukan perbuatan itu lagi.

Dia memaklumkan terlalu rindu untuk menemui anak perempuannya yang kini berusia lapan tahun namun dibidas Hassan yang beranggapan tertuduh sepatutnya sedar perbuatannya itu lebih awal.

“Tertuduh baru menempuhi kehidupan sukar kebelakangan ini namun si isteri sudah lama menderita akibat perbuatannya yang ganas ketika mengadakan hubungan seks,” katanya.

Ber:dasarkan fakta kes yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How, tertuduh didakwa mengheret isterinya itu ke dalam bilik untuk mengadakan hubungan seks tanpa kerelaan mangsa yang ketika itu sedang membasuh kain.

Dalam kejadian yang berlaku di rumah mereka di Taman Kampung Padang Jaya dekat sini, mangsa di cekik dan ditampar serta diugut tertuduh supaya menurut kehendaknya sebelum mengadakan hubungan seks secara paksa.

Hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati terdapat kesan lebam di beberapa bahagian badan selain kesan koyakkan pada kemaluan dan dubur mangsa berikutan itu tertuduh ditahan dan dihadapkan ke mahkamah itu buat pertama kali 24 April lalu.
Readmore...