Penanti: UMNO semakin pelik, tanding takut tak tanding pun takut

0 ulasan
 

Seorang pemanggil, Sham dari Kampung Pandan dekat sini mendedahkan maklumat yang diperolehi daripada kakaknya yang tinggal di Kampung Mengkuang Semarak (Mengkuang Dam), Penanti bahawa Umno menaja rombongan ke beberapa destinasi seperti Cherating, Pahang; Genting Highland, Pahang dan Nilai, Negeri Sembilan.


Rombongan menggunakan beberapa buah bas itu akan bertolak pada pagi Jumaat esok dan hanya kembali ke Penanti pada Ahad malam, 24 Mei selepas pusat pengundian ditutup.


Agen-agen Umno, katanya sudah berkeliaran di kampung-kampung antaranya Kubang Semang, Mengkuang Semarak dan Kampung Pelek sebaik selepas penamaan calon mempelawa para pengundi khususnya ahli-ahli Umno untuk menyertai rombongan yang ditaja sepenuhnya pemimpin Umno setempat.


"Dua buah bas yang ditaja bekas Adun Penanti yang juga Ketua Bahagian Umno, Dato' Abdul Jalil Majid akan bertolak ke Bukit Kayu Hitam pada pagi Ahad hari mengundi dari Kampung Mengkuang Semarak," katanya.


Sekiranya ada calon: Angkut pengundi hantu dengan tiga atau empat buah bas.


Sekarang tak ada calon:
Pelarikan penyokong
untuk mengurangkan peratus keluar mengundi atau pun takut penyokong undi calon Pakatan Rakyat.

Ada calon pun bawa rombongan tak ada calon pun bawa rombongan...pelik sungguh Umno ni...pelik tahap kritikal.

Readmore...

UMNO punya peluang cerah ‘tewas’ di Manek Urai

2 ulasan
 

BN punya peluang cerah di Manik Urai – Ahmad Maslan

KUALA KRAI: PAS tidak perlu mendabik dada mendakwa Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai sebagai kubu kuat mereka kerana pada hakikatnya Barisan Nasional (BN) pernah menang kerusi itu.

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata calon BN pernah menewaskan calon PAS di kawasan itu pada pilihan raya umum 1978 dan pilihan raya umum 2004, sekaligus membuktikan BN dan Umno mempunyai peluang pada pilihan raya kecil kali ini.

“Saya melihat cahaya yang terang di hujung terowong. Kita dapat lihat respons positif daripada penduduk di sini, saya sendiri pun terperanjat.

“Sebelum ini kita pernah menang di DUN Manik Urai, jadi kubu kuat PAS tidak pernah kukuh,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan makanan kepada penduduk miskin di Kampung Lela Jasa, Sungai Rek, di sini.

Katanya BN mengakui kehilangan banyak undi daripada golongan muda pada pilihan raya umum yang lalu namun tumpuan gerak kerja ditekankan kepada semua peringkat, tidak hanya tertumpu kepada golongan muda semata-mata.

Perubahan sikap juga semakin dapat dilihat terutama di kalangan golongan muda yang mula menaruh kembali keyakinan kepada BN dan kerajaan khususnya.

“Sebenarnya tidak semua golongan muda menyokong pembangkang tetapi dengan barisan baru pimpinan parti dan kerajaan, kita dapat lihat orang muda memahami peranan Umno dan BN sebagai sebuah parti dan kerajaan yang bertanggungjawab,” katanya.

Ini bukan pertama kali pemimpin UMNO menyatakan demikian. Di P.Pauh, K.Terengganu, B.Gantang dan B.Selambau itu juga yang pemimpin UMNO diucapkan. Namun hanya sekadar penyedap telinga sahaja. Imbaulah segala cerita lama untuk menyedapkan hati pada cerita yang telah menjadi sejarah.

Sekarang zaman dah berubah, kemuncak penguasaan Umno dah berada di hujung landasan. Golongan pemuda yang menyebelahi PR semakin melebihi UMNO dari masa kesemasa.

Tahun 2004 UMNO menang di Manek Urai hanya majoriti 53 sahaja, tapi di PRU 12 yang lalu PAS menang majoriti 1352…lihat sajalah perbezaanya. Dari tewas sedikit kepada kemenangan majoriti yang berlipat ganda. Budak sekolah rendah pun tau perbezaanya. Ahmad Mazlan ni je yang tak berapa pandai nak mengira.

Disini dapat diambil kira penerimaan pengundi di Manek Urai samada golongan tua atau muda rata-rata dah menolak UMNO seluruhnya.

Mungkin yang dilihat Ahmad Mazlan tu bukan cahaya yang terang dihujung terowong tapi cahaya yang mempercepatkan UMNO tercampak kedalam gaung.
Readmore...

UMNO meroyan bila 5 negerinya ditawan PR

0 ulasan
 

UMNO masih tidak boleh terima ‘perkara biasa’ yang ditentukan oleh rakyat apabila kalah pada lima buah negeri dalam pilihanraya umum ke 12 lalu.

Sebelum ini Umno tidak pernah hirau apa yang berlaku terutamanya senario politik tetapi selepas mendapat tamparan hebat kalah banyak kerusi mereka bertukar tidak tentu arah umpama pekerja eastate yang lepas mabuk todi.

Begitulah meroyannya UMNO sehingga sanggup merampas Perak dari Pakatan Rakyat sedangkan mereka telah tewas dalam PRU 12 yang lalu.

Juga meroyannya Zambry sehingga merayu jawatan MB yang bukan miliknya dan dihalalkan oleh 3 bidan di klinik Kampung milik UMNO.

Readmore...

Dua Formula UMNO tawan semula Kedah…

0 ulasan
 

Umno memperkenalkan dua formula yang dikenali “SMSS” dan “KBSM” dalam usaha menawan semula Kedah pada pilihanraya umum akan datang.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan berkata SMSS bermaksud bekerja “siang malam, subuh senja”, manakala KBSM pula bermaksud menghadiri “kenduri, bersalin, sakit dan mati” di semua kawasan DUN masing-masing.

“Tidak mustahil BN dapat menawan semula Kedah jika kita mengamalkan dua formula ini,” katanya selepas menemui jawatankuasa penerangan Umno negeri hari ini.

Ahmad berkata semua jentera penerangan Umno perlu mempertingkatkan usaha mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti menerusi dua formula itu.

Pas dah buat lama dah apa yang dicadangkan oleh Ahmad Maslan tu. Mana nak sama original dengan yang cetak rompak. Mana nak sama yang ikhlas dengan yang berkepentingan politik. Rakyat dah tau agenda politik UMNO yang dah mula gelabah ni, timbulah bermacam-macam slogan/Formula untuk menarik semula sokongan melayu…rasanya mampu ke nak tawan Kedah.

Readmore...

UMNO vs PR: Berebut kerusi di Dun Perak Khamis ini?

0 ulasan
 

Pemimpin PAS usah terperangkap agenda musuh dengan membincang secara terbuka isu kerajaan perpaduan serta polemik ulama dan profesional dalam kepimpinan parti.

Sedangkan krisis sebenar sedang bergelombang di Perak dipencilkan media harian yang dekat dengan Umno.

“Sepatutnya isu terbabit lebih diberi perhatian kerana media harian cuba melelapkan krisis tersebut daripada diketahui rakyat.

“Tak perlulah hendak perdebatkan isu dalaman PAS secara terbuka kerana masing-masing ada hujah tersendiri. Perwakilan PAS boleh menilai siapa yang layak diangkat sebagai pemimpin,” kata seorang pemerhati politik di sini.

Sedangkan katanya konflik politik di Perak akan berada di puncak pada Khamis ini apabila persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) diadakan

Ini kerana kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN) cuba menutup ruang serapat mungkin terhadap apa yang berlaku pada hari tersebut diketahui umum.

Buktinya apabila Setiausaha Kerajaan Negeri cuba menghalang media tidak proUmno hadir membuat liputan persidangan berkenaan.

Mengulas situasi yang bakal berlaku Khamis ini Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin tidak menolak kemungkinan kekecohan akan berlaku memandangkan terdapat dua kerajaan di Perak sekarang.

“Tidak dapat ditolak kemungkinan akan berlaku adegan berebut kerusi. Saya sebagai Menteri Besar akan menduduki kerusi dekat dengan Speaker.

“Sebagai ketua kerajaan saya juga berhak menyerah titah ucapan diraja kepada Tuanku untuk dibaca pada perasmian persidangan tersebut,” katanya menjelaskan krisis di Perak pada ceramah di Putik, malam kelmarin.

Menurutnya, Speaker V Sivakumar difahamkan akan memastikan tiga Adun yang melompat parti sebelum ini tidak berada di dalam Dun ketika persidangan berlangsung.

“Saya tidak boleh bayangkan apa yang berlaku pada hari tersebut dan tidak dapat ditolak kemungkinan persidangan Dun akan ditangguh sekiranya suasana kelam kabut tidak dapat dikawal.

“Kita yakin penyokong PAS dan Pakatan Rakyat sudah matang dan tidak akan membuat sesuatu di luar peraturan, biar pun kita tahu Umno mungkin menggunakan samseng,” ujarnya.

Menurut beliau sekiranya persidangan Dun tidak dapat diadakan pada tarikh tersebut masalah akan berlaku kerana tempoh enam bulan daripada persidangan tahun lepas akan berakhir.

Sedangkan katanya kerajaan Pakatan Rakyat masih mempunyai tempoh sehingga September depan memandangkan sidang terakhir diadakan di bawah pokok baru-baru ini.

Nizar yang juga anggota parlimen Bukit Gantang berkata, seramai 812 ketua kampung yang menang melalui pemilihan sebelum ini akan membuat laporan polis terhadap kerajaan BN sekiranya mereka dipecat.

Menurutnya Menteri Besar kerajaan kudeta Perak, Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir difahamkan telah menulis surat memecat mereka dan diganti dengan jawatankuasa kemajuan keselamatan kampung persekutuan (JKKKP).

Readmore...

UMNO PERLEKEH TIMBALAN SPEAKER: HEE YANG BODOH

0 ulasan
 

Pengorbanan membabi buta timbalan speaker DUN Perak sehingga sanggup beliau menggadaikan prinsip perjuangan dengan meninggalkan DAP dan menjadi penyokong kepada BN tidak pun dipandang walau sebelah mata pun oleh MB Kudeta Perak ni.

Mungkin sebelum ini HEE dah pun memasang angan-angan sekiranya Zambry berkuasa, Speaker baru yang akan dilantik adalah beliau memandangkan beliau adalah Timbalan dan dengan harapan Zambry akan mengambil kira pergorbananya kerana menyertai kumpulan perampas kuasa naungan (UMNO) ni.

Ternyata perkiraan Adun murtad DAP ni meleset.

Itu satu penghinaan tu untuk HEE yang sememangnya terhina kerana sanggup melacuri kepercayaan pengundinya.

Readmore...