Tapi klu kita munafaatkan kelebihan inul ni, ada faedahnya!…aku rasa sesuai buat kacau dodol…tp..mcmne ye…aahaaa..senduk panjang2 diikat kt bontot inul, pastu ngan muzik dandut yg hebat,..bersama-sama kawah dodol untuk dikacau oleh gerudi inul…bila dah siap…DODOL GERUDI INUL..,aku rasa klu dijual pasti laku bangat gitu…Kegunaan yg kedua pula ialah..bleh digunakan wat polish kete! caranya..span polish di lekatkan kt bontot inul…bila shj muzik dangdut dimainkan…maka,..siap sedialah pada sape-sape yg inginkan hasil kete yg bersinar, xyah nk pakai...
Arak: Umno lebih berdosa banding Zaid
Umno, yang menerajui kerajaan pusat yang memberi kelulusan kilang arak lebih banyak berdosa berbanding calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim yang sudah mengakui telah bertaubat atas perbuatannya mengambil alkohol, tegas PAS hari ini.Sehubungan itu, Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali berkata, Umno-BN seharusnya tidak menggunakan isu minum arak sebagai bahan kempen pilihan raya kerana beberapa perdana menteri sebelum ini juga pernah minum arak.“Saya pernah berada dalam kerajaan, saya tahu,” kata beliau yang bersama kerajaan persekutuan antara...
Zaid yakin menang undi Melayu
Disebalik imej 'liberal' yang sering dikaitkan padanya, calon PKR bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor Datuk Zaid Ibrahim yakin dapat memenangi hati pengundi di kawasan parlimen tersebut, termasuk masyarakat Melayu.
Katanya, walaupun terdapat tinjauan bahawa orang Melayu selesa dengan pendekatan seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) - yang lantang bersuara dalam isu-isu Melayu - beliau "tidak akan menggadaikan prinsip demi populariti".
"Apa pun (keputusan) tinjauan, saya yakin, saya faham orang Melayu, saya faham orang Islam. Dan...
Bilik gerakan lesu: Samy temui pemimpin akar umbi
Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu dan calon BN P Kamalanathan akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin akar umbinya daripada seluruh 75 cawangan parti itu di Hulu Selangor petang ini bagi "memulihkan motivasi dan semangat berkempen" mereka.
Seorang pemimpin MIC cawangan memberitahu Malaysiakini, pertemuan tersebut akan diadakan pada jam 5 petang ini di bilik gerakan MIC di Kuala Kubu Bharu.
"Apabila pemimpin-pemimpin ini berjumpa dengan Kamalanathan dan Samy, dan mendapat penjelasan mereka, mereka (pemimpin akar umbi) akan lebih bermotivasi,...
Guan Eng: Ke mana hilangnya saham Bumi RM52 bilion
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mahu kerajaan menyiasat sebab saham bernilai RM52 bilion yang diperuntukkan kepada Bumiputera di bawah dasar afirmatif kerajaan tidak lagi dimiliki oleh mereka.Ketika bercakap kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen hari ini, hakikat ketiadaan lagi saham-saham itu di tangan Bumiputera adalah satu pengkhianatan.Sehubungan itu Ketua Menteri Pulau Pinang mahu satu suruhanjaya diraja dibentuk untuk menyiasat ketirisan seumpama itu.Menurut Lim, daripada RM54 bilion saham yang diperuntukkan kepada Bumiputera...
Anggota polis parah ditikam lelaki kurang siuman
KUALA LANGAT, 27 Mac — Seorang anggota polis yang sedang bertugas parah apabila ditikam sebanyak tiga kali di bahagian belakangnya oleh seorang lelaki disyaki kurang siuman, di Jenjarom di sini awal pagi ini.Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohamad Radzi Ishak berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, Koperal Hasnor Hadi Zainal Abidin, 40, bersama seorang lagi anggota sedang berhenti minum dan beramah mesra dengan penduduk setempat di sebuah restoran.“Suspek secara tiba-tiba muncul dari arah belakang sambil menepuk tiga kali pada ...
Habuan fitnah PM: Polis akan soal Zul
Polis akan mengambil keterangan Ahli Parlimen Bebas, Zulkifli Noordin, berhubung pendedahannya di Dewan Rakyat semalam bahawa beliau ditawarkan ganjaran besar untuk mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Atantuya Shaariibuu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata disebabkan ia satu maklumat terbaru yang diterima polis, siasatan lanjut akan dijalankan bagi memastikan sama ada pendedahan oleh wakil rakyat Kulim-Bandar Baharu itu benar atau tidak.
“Sebagai prosedur siasatan...
Nazri bohong: MP Pakatan serah dokumen kepada Speaker esok
23 Mac: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menyerahkan dokumen yang mendakwa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berbohong berhubung isu royalti kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat esok.
Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) dalam satu sidang media pagi ini berkata, beliau telah mengemukakan perkara itu kepada Speaker di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (12) pagi tadi.
Katanya, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Abdul Rahman telah bersetuju untuk menerima dokumen berkaitan perkara itu.
Menurut...
MB Selangor nafi tinggalkan politik, kembali dunia korporat
SHAH ALAM, 22 Mac — Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan spekulasi bahawa ini mungkin penggal terakhir beliau sebagai Menteri Besar Selangor dan akan kembali ke dunia korporat.Katanya beliau tidak pernah memikirkan mengenai pekara itu atau dibangkitkan secara rasmi.“Peranan saya di luar spekulasi kerana saya ingin berkhidmat kepada orang ramai selagi rakyat dan rakan-rakan saya dalam parti (Parti Keadilan Rakyat) mahukan saya,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan jabatan kerajaan negeri di sini hari ini.Khalid...
Melayu mana mampu tolak PERKASA? Ye ke KJ...
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menjadi popular dalam masa yang singkat kerana membawa mesej yang “tidak mampu ditolak orang Melayu”. “Orang Melayu mana hendak tolak mesej PERKASA? (Pengerusinya Datuk) Ibrahim Ali datang berkata, dia datang sebagai orang Melayu, sebagai NGO yang berkecuali, tidak berpolitik, ahli parlimen bebas, (berkata) saya hendak mempertahankan orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan agama Islam. “Siapa hendak kata tidak setuju? Jadi ramailah yang tertarik. Tidak...
Baca Kenyataan "Benggong" Dari Ketua Pemuda "Tong Sampah" Ni...
Rakyat harus menilai kredibiliti ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan pendedahan Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengenai rancangan “16 Sept” di Parlimen baru-baru ini, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.Anggota Parlimen Rembau itu berkata hakikatnya semua pendedahan Zahrain datang daripada pengalaman beliau sepanjang berada dalam pakatan pembangkang dan bukannya sandiwara Barisan Nasional (BN).“Zahrain telah mengalami kekecewaan sejak berada di bawah Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan kita harus...
Penolong Penguasa SPRM Selangor didakwa minta dan setuju terima rasuah
SHAH ALAM, 19 Feb — Seorang penolong penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan meminta dan bersetuju menerima rasuah untuk tidak meneruskan siasatan ke atas seorang suspek siasatan kes rasuah, Oktober tahun lepas.
M Mohan, 37, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azhanis Teh Azman Teh.
Tertuduh didakwa meminta bagi dirinya suapan wang tunai RM250,000 daripada...
KAMI TERLALU KENYANG MEMFITNAH PAKATAN

Kami terlalu kenyang memfitnah Pakatan Rakyat...ini tanda kenyang kami!Tiada Tempat Bagi Ketuanan Melayu (Baik Punya Statement)Apa akan terjadi agaknya bila statement ‘Tiada Tempat Bagi Ketuanan Melayu’ diucapkan oleh pemimpin2 Pakatan Rakyat terutamanya dari DAP? Adakah gambar-gambar mereka akan dibakar, dikencing @ dipijak?Apabila Penasihat Gerakan sendiri yang bercakap begitu, kemana ...
Ini baru betul-betul Raja...Jangan jadi macam umno 'raja kapor rakyat.'

Betapa hebatnya selepas 20 tahun PAS memerintah Kelantan. Pemangku Sultan Kelantan Tg Faris Petra mengimani solat hajat ribuan rakyat di Satdium Sultan Mohammad IV. Perisitiwa ini adalah satu peristiwa bersejarah kepada negara. Misi dan visi PAS khasnya PAS Kelantan mendekatkan islam kepada siapa sahaja, lebih-lebih lagi seorang pewaris raja adalah sesuatu yang membanggakan.Hal ini atau perkara...
Abang angkat minta gambar bogel

SAYA ada seorang abang angkat yang saya kenal semasa di tingkatan tiga manakala dia pula tingkatan empat. Saya tertarik dengan sikapnya yang baik, selalu solat dan tidak meninggalkan suruhan agama.Sepanjang perkenalan kami, dia seorang abang angkat yang amat mengambil berat mengenai saya. Bagaimanapun, kami jarang berjumpa dan berbual kerana saya seorang pemalu.Pada 2008 dia...
Tukar kerajaan untuk pulih ekonomi
Ramai pemimpin Pakatan Rakyat berpendapat keyakinan pelabur terhadap pengurusan kewangan negara di bawah Barisan Nasional (BN) akan terus merosot selagi gabungan itu kekal berkuasa dengan dasar-dasar perkauman dan amalan rasuah serta penyelewengan kuasa terus membelenggui kepimpinannya. UBS Investment Reseach, sebuah unit di bawah kumpulan perbankan antarabangsa berpusat di Switzerland berkata tahap...
Umno Bukan Parti Perkauman Dan Tiada Niat Rampas Kuasa Kaum Lain - Najib....Setiap patah perkataan pemimpin UMNO@BN kini dianggap bohong...!
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa Umno bukan parti yang mengamalkan perkauman dan tidak pernah berniat untuk merampas kuasa daripada kaumkaum lain dalam negara ini.Beliau berkata Umno sebaliknya sentiasa berdiri atas prinsip mahu berlaku adil kepada semua. "Sebagai umat Islam kita rujuk kepada dua surah dalam Al-Quran iaitu surah Al-Maidah ayat 8 dan An-Nisa ayat 58 di mana Tuhan memerintahkan kalau memimpin atau menghukum mestilah berlaku adil sesama manusia," katanya ketika berucap merasmikan Program Umno...
Langgan:
Catatan (Atom)