Dirogol ketika dirawat 'Pak Haji'

0 ulasan
 
KUALA KANGSAR - Hajat seorang ibu untuk mengubati anak daranya supaya melupakan bekas kekasihnya dengan seorang bomoh berakhir dengan anaknya dijadi mangsa pemuas seks bomoh terbabit. Kejadian tersebut didakwa bermula pada 3 Ogos lalu apabila mangsa yang berusia 21 tahun dibawa ibunya ke rumah 'Pak Haji' di sebuah kampung di Kota Lama Kiri di sini. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supritendan Abdul Gaffar Mohammad berkata, setibanya di rumah Pak Haji pada pukul 7.30 malam, wanita itu disuruh meninggalkan anak gadisnya selama tiga hari tiga malam...
Readmore...

Parlimen: Siapa pengkhianat sebenar bangsa, negara?

0 ulasan
 
Siapa sebenarnya pengkhianat bangsa dan negara? Benarkah pengkhianat sedemikian wujud atau sekadar dongengan Umno-BN untuk meraih simpati murahan daripada rakyat? Persoalan pengkhianat bangsa dan negara bukan kali pertama diutarakan. Malah jika dilihat,ungkapan sedemikian seringkali menjelma terutama dalam menghadapi detik-detik pilihan raya atau negara sedang dilanda pelbagai isu yang hangat. "Rakyat tidak pernah lupa siapakah yang menggadai Genting Highlands, Pangkor Laut dan penyelewengan dana awam di atas nama komisen,"tegas Ketua Umum KeADILan,...
Readmore...

Datuk dilamun cinta dengan amah Indonesia

0 ulasan
 
SHAH ALAM: Biarpun sudah beristeri dua dan mempunyai tujuh cucu, seorang kontraktor masih tidak sedarkan diri sehingga tergamak mengabaikan keluarga, gara-gara dilamun cinta dengan amah Indonesia yang kini bekerja sebagai tukang sapu sampah di pejabat syarikatnya.Akibat diserang ‘angau’, rumah tangga datuk itu porak-peranda sehingga kehidupan isteri keduanya menjadi tidak menentu, malah terpaksa berniaga kecil-kecilan bagi menampung tunggakan pinjaman rumah dan bil air serta elektrik.Semuanya berlaku selepas suaminya yang mencecah usia 59 tahun...
Readmore...

Lelaki mati minum asid selepas rogol, tikam anak tiri

0 ulasan
 
GUA MUSANG: Seorang gadis berusia 15 tahun parah ditikam dan disimbah asid selepas dirogol bapa tirinya di Aring 1, dekat sini hari ini. Lelaki yang disyaki merogol gadis itu pula mati selepas dikatakan meminum asid akibat ketakutan apabila tindakannya terhadap gadis itu diketahui penduduk kampung. Pemangku Ketua Polis Daerah Gua Musang DSP Aziz Hassan berkata kejadian dilapor berlaku pada kira-kira pukul 10.30 pagi di ladang getah Aring 6 ketika lelaki itu membawa anak tirinya itu ke Gua Musang. "Mereka dikatakan singgah di ladang...
Readmore...