Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa Umno bukan parti yang mengamalkan perkauman dan tidak pernah berniat untuk merampas kuasa daripada kaumkaum lain dalam negara ini.Beliau berkata Umno sebaliknya sentiasa berdiri atas prinsip mahu berlaku adil kepada semua. "Sebagai umat Islam kita rujuk kepada dua surah dalam Al-Quran iaitu surah Al-Maidah ayat 8 dan An-Nisa ayat 58 di mana Tuhan memerintahkan kalau memimpin atau menghukum mestilah berlaku adil sesama manusia," katanya ketika berucap merasmikan Program Umno...