Beliau berkata Umno sebaliknya sentiasa berdiri atas prinsip mahu berlaku adil kepada semua.
"Sebagai umat Islam kita rujuk kepada dua surah dalam Al-Quran iaitu surah Al-Maidah ayat 8 dan An-Nisa ayat 58 di mana Tuhan memerintahkan kalau memimpin atau menghukum mestilah berlaku adil sesama manusia," katanya ketika berucap merasmikan Program Umno Juara Rakyat di Bukit Beruntung, dekat sini, hari ini.
"Kalau hendak kata kita (Umno) rasis, itu sudah menafikan sejarah. Umno tidak pernah (bersifat) parti rasis atau parti melampau," tambahnya.
Hadir sama pada majlis itu ialah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, menterimenteri kabinet dan para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).
Najib yang juga Presiden Umno turut menegaskan bahawa Umno tidak pernah berniat untuk merampas kuasa kerana selain mengikut perintah Allah, Umno sentiasa menghormati peranan dan kedudukan kaum lain dalam negara ini.
"Sehingga hari ini kita pertahankan kaum lain di samping memperjuangkan nasib orang Melayu.
"Inilah konsep kita. Jadi jangan tuding jari mengatakan Umno ini rasis...bila ada gereja terbakar, kata Umno ini jahat. Saya katakan di sini, kita mengutuk perbuatan itu dan mahu berlaku adil...kalau polis boleh cari siapa yang melakukan perkara ini, kita hukum dia dengan adil dan saksama," tegasnya.
Najib juga menegaskan, jangan kerana insiden itu ada pihak yang mahu menafikan semangat dan prinsip Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan ketika beliau mengambilalih tampuk kepimpinan negara April tahun lepas.
Beliau yang juga Pengerusi BN berkata jika dilihat dari segi sejarah, tidak ada parti lain yang boleh mengaku menjadi juara kepada rakyat dalam negara ini selain parti perikatan itu.
"Cuba kita lihat semasa menentang Malayan Union, siapa yang bangkitkan semangat kebangsaan dalam negara kalau tidak parti keramat, parti Umno.
"Bila sampai pada masa hendak tuntut kemerdekaan, siapa yang telah jadi juara kemerdekaan, siapa yang telah pergi ke London menuntut kemerdekaan, kalau tidak Umno bersama dengan pemimpinpemimpin yang mewakili kaum Cina dan India yang sekarang MCA dan MIC.
"Bila capai kemerdekaan, siapa pula yang telah mengisi kemerdekaan, yang telah bawa perubahan di kota dan desa negara kita, yang telah memerangi kemiskinan, bawa prasarana di bandar dan di desa, buka tanah untuk rakyat yang tidak ada tanah, siapa yang sediakan kemudahan perumahan, buat jalan, sekolah, siapa yang bangunkan negara kita, kalau tidak Umno dan BN," katanya.
Begitu juga, kata Najib, Umno dan parti komponen BN merupakan parti yang telah bersamasama berjuang ketika negara berdepan pelbagai krisis, termasuk pemberontakan komunis, konfrantasi dengan Indonesia dan cabaran kemelesetan ekonomi yang melanda negara ini.
Najib berkata ketika mahu mencapai kemerdekaan, orang Melayu boleh menubuhkan kerajaan melalui kuasa untuk orang Melayu sahaja, tetapi pemimpin-pemimpin terdahulu tidak memilih jalan itu.
Sebaliknya mereka, termasuk Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, telah mengajak kaumkaum lain dari mula.
"Bila timbul peristiwa hitam 13 Mei, kita ambil alih kuasa, tidak menubuhkan kerajaan ala tentera. Umno tidak rampas kuasa, sebaliknya Umno tadbir keadaan dan bila keadaan sudah tenteram, kita kembali dan kita kembangkan parti Perikatan dengan menubuhkan Barisan Nasional (BN).
"Tetapi kalau di negara lain, mungkin kaum majoriti akan cuba lakukan perkara sedemikian rupa jika ada peluang," katanya. Sementara itu, pada sidang media selepas majlis itu, Najib ketika diminta mengulas insiden cubaan membakar tiga gereja di sekitar ibu kota semalam, berkata setakat ini kerajaan belum berhasrat membawa perkara itu kepada Majlis Raja-Raja.
Ditanya sama ada kerajaan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menghalang perkara seumpamanya daripada berlaku, Najib berkata, Malaysia mempunyai undangundang yang cukup untuk menghukum mereka yang melanggar undangundang negara.
Katanya apa yang lebih penting sekarang ialah untuk mendapatkan bukti dan mengenalpasti individu yang bertanggungjawab dalam kejadian itu.
Mengulas mengenai kejadian paderi diugut, Najib berkata,:"Dalam manamana masyarakat, ada orang yang suka melanggar undang-undang dan mengambil tindakan undang-undang di tangan mereka sendiri.
"Anda tidak boleh menghakimkan reaksi daripada seorang atau dua individu sebagai menunjukkan kedudukan parti itu, sedangkan ia sudah jelas berhubung isu ini," katanya sambil menambah bahawa beliau akan melawat gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, di Kuala Lumpur lewat petang ini.
Dalam kejadian awal pagi semalam, Gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati terbakar teruk apabila dipercayai seorang lelaki bermotosikal membaling topi keledar berisi bom petrol melalui tingkap gereja tersebut tetapi dua lagi iaitu Gereja Assumption di Petaling Jaya dan Gereja Life Chapel di Damansara terselamat apabila bom petrol yang dilemparkan suspek tidak pecah.BERNAMA
parti keramat???? pati mat kera baru betul. apa saja yang keluar dari amno kena baca dari z, semua songsang!!!!!