Tukar kerajaan untuk pulih ekonomi

0 ulasan
 

Chua-Jui-MengRamai pemimpin Pakatan Rakyat berpendapat keyakinan pelabur terhadap pengurusan kewangan negara di bawah Barisan Nasional (BN) akan terus merosot selagi gabungan itu kekal berkuasa dengan dasar-dasar perkauman dan amalan rasuah serta penyelewengan kuasa terus membelenggui kepimpinannya.



UBS Investment Reseach, sebuah unit di bawah kumpulan perbankan antarabangsa berpusat di Switzerland berkata tahap rezab antarabangsa negara merudum terus sebanyak 25 peratus pada 2009.



Dalam pada itu pelaburan asing langsung Malaysia terus dilanda kemerosotan bersih sejak 1997.



Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng (gambar) berkata keadaan itu berpunca daripada tindakan Umno-BN mempolitikkan seluruh institusi negara seperti Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya dan badan kehakiman.



"Saya amat sedih melihat keadaan ekonomi Malaysia kini. Negara komunis seperti China pun berjaya membangunkan ekonominya dengan pesat dengan dasar terbuka tetapi malangnya BN telah mempolitikkan keseluruhan ekonomi negara," kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu.



Malah Jui Meng menambah keadaan ekonomi negara diburukkan lagi apabila modal domestik juga turut dibawa ke luar negara.



"Kita sebenarnya mengalami "double whammy" (kejatuhan berganda) dan keadaan ini akan terus berlaku selagi BN tidak ditumbangkan dan digantikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang telus, terbuka dan bertanggungjawab.



"Hanya dengan cara ini keyakinan pelabur dan rakyat akan kembali pulih," katanya.



Tunku Abdul Aziz Ibrahim Naib Presiden DAP, Tunku Aziz Ibrahim (gambar) turut menyokong pendapat Jui Meng sambil menambah cara BN menangani isu kalimah Allah sehingga menyebabkan beberapa gereja dibakar dan dirosakkan akan terus menghantui persepsi negatif golongan pelabur dan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia.



"BN telah memalukan Malaysia. Kerajaan gagal menangani persepsi serta pengaliran maklumat yang betul mengenai sesuatu isu sehingga kini rakyat tidak lagi mempercayai apa yang dikatakan oleh kerajaan," kata bekas presiden Transparency International Malaysia itu.



Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berpendapat keyakinan pelabur tidak akan pulih di bawah kerajaan BN.



"Laporan ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak mempunyai dana yang mencukupi dan tidak mahu bersikap telus kepada rakyat berhubung kedudukan sebenar ekonomi negara.



Oleh sebab itu BN membuat pelbagai dasar baru yang membebankan rakyat kerana mereka amat tertekan," kata Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan itu.



Antaranya termasuk menaikkan harga gula dan roti putih, mengenakan cukai ke atas kad kredit, memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), serta kemungkinan menaikkan kadar tol dan tarif elektrik.



Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Md Akin pula berkata laporan UBS itu menguatkan hujah Pakatan Rakyat bahawa satu suruhanjaya perlu diwujudkan untuk menyiasat dakwaan penulis Barry Wain.



Wain dalam bukunya "Malaysian Maverick – Mahathir Mohamad in Turbulent Times" mendakwa negara mengalami kerugian atau ketirisan sebanyak RM100 bilion sepanjang pentadbiran mantan perdana menteri itu dan RM270 bilion semasa Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara.



"Apakah wang sebanyak itu diambil daripada rezab negara sehingga ianya hampir kosong?



Tentunya kekhuatiran Pakatan Rakyat mengenai defisit belanjawan yang semakin melebar kini mempunyai asas yang amat kukuh," kata Shamsul Iskandar.

Jana Pendapatan Sekarang!

Iklan

sila klik ~ Jus Hebat Untuk Lelaki dan Wanita

sila klik ~ Bisnes Tanpa Modal Walau Sesen Pun - Komisyen 100 - 200 peratus

sila klik ~ RM 1.00 setiap pendaftaran

Komen sajer ler...