Guan Eng: Ke mana hilangnya saham Bumi RM52 bilion

0 ulasan
 
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mahu kerajaan menyiasat sebab saham bernilai RM52 bilion yang diperuntukkan kepada Bumiputera di bawah dasar afirmatif kerajaan tidak lagi dimiliki oleh mereka.
Ketika bercakap kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen hari ini, hakikat ketiadaan lagi saham-saham itu di tangan Bumiputera adalah satu pengkhianatan.
Sehubungan itu Ketua Menteri Pulau Pinang mahu satu suruhanjaya diraja dibentuk untuk menyiasat ketirisan seumpama itu.
Menurut Lim, daripada RM54 bilion saham yang diperuntukkan kepada Bumiputera hanya RM2 bilion saham sahaja masih dimiliki mereka.
“Berdasarkan laporan Bernama, Perdana Menteri dipetik sebagai berkata bahawa saham bernilai RM54 bilion telah diperuntukkan, tetapi hanya RM2 bilion saham yang tinggal di tangan Bumiputera,” kata Lim.
“Ini satu bentuk pengkhianatan. Kerajaan perlu menahan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang 'melarikan' wang ini,” katanya lagi.
Ketika ditanya sama ada Pakatan Rakyat mempunyai idea ke mana perginya saham-saham, Lim sambil senyum mendakwa Pakatan Rakyat (PR) tahu siapa yang menguasai saham-saham ini dan juga mengapa tiada tindakannya daripada pihak kerajaan.
“Kami di PR tahu siapa yang memiliki saham-saham ini. Ia dikuasai oleh kroni-kroni Barisan Nasional, sebab itu kerajaan tidak mengambil tindakan.
“Jika benar kerajaan betul-betul mengambil berat perlu menghantar mesej bahawa mereka serius dalam mengambil tindakan,” kata Lim lagi.
Ekuiti Bumiputera semasa adalah dalam lingkungan19.4 peratus berbanding sasaran 30 peratus yang ditetapkan kerajaan.
Readmore...

Anggota polis parah ditikam lelaki kurang siuman

0 ulasan
 
KUALA LANGAT, 27 Mac — Seorang anggota polis yang sedang bertugas parah apabila ditikam sebanyak tiga kali di bahagian belakangnya oleh seorang lelaki disyaki kurang siuman, di Jenjarom di sini awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohamad Radzi Ishak berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, Koperal Hasnor Hadi Zainal Abidin, 40, bersama seorang lagi anggota sedang berhenti minum dan beramah mesra dengan penduduk setempat di sebuah restoran.
“Suspek secara tiba-tiba muncul dari arah belakang sambil menepuk tiga kali pada  bahagian belakang mangsa sebelum menjatuhkan sebilah pisau pemotong sayur berukuran 10 inci ke lantai dan melarikan diri,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Sejurus kemudian Hasnor mengadu sakit kepada rakan setugasnya yang mendapati terdapat tiga kesan tikaman pada bahagian belakangnya iaitu dua di bahagian kiri dan satu di bahagian kanan, kata Mohamad Radzi.
Beliau berkata salah satu tikaman itu mengenai paru-paru Hasnor yang kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang.
“Ketika melawat mangsa tadi, saya lihat mangsa sedar dan berada dalam keadaan stabil,”  katanya.
Lima belas minit selepas kejadian, pihak polis berjaya menahan suspek dan hasil siasatan mendapati lelaki itu mempunyai empat rekod menyerang orang awam dengan senjata tajam pada tahun lepas, kata beliau.
Mohamad Radzi berkata suspek juga pernah dihantar ke hospital untuk rawatan mental.
“Tiada sebarang motif dalam kejadian ini memandangkan suspek adalah lelaki kurang siuman,” katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. — Bernama
Readmore...

Habuan fitnah PM: Polis akan soal Zul

0 ulasan
 
Polis akan mengambil keterangan Ahli Parlimen Bebas, Zulkifli Noordin, berhubung pendedahannya di Dewan Rakyat semalam bahawa beliau ditawarkan ganjaran besar untuk mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Atantuya Shaariibuu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata disebabkan ia satu maklumat terbaru yang diterima polis, siasatan lanjut akan dijalankan bagi memastikan sama ada pendedahan oleh wakil rakyat Kulim-Bandar Baharu itu benar atau tidak.

“Sebagai prosedur siasatan satu-satu kes, kita akan memanggil mereka yang bertanggungjawab mendedahkan perkara itu bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita pada sambutan Hari Polis Ke-203 di Pusat Latihan Polis.

Musa berkata, sebarang maklumat yang ada termasuk pendedahan itu akan dinilai dan digunakan bagi meneruskan siasatan sehingga kes itu dapat diselesaikan.

Semalam Zulkifli, yang juga anggota Parti Keadilan Rakyat yang dipecat, mendakwa ditawarkan ganjaran yang disifatkannya boleh menggoyahkan iman oleh pihak tertentu untuk menghubungkan Najib dan Rosmah dengan kes Altantuya.

Dakwanya lagi, dia diminta membuat akuan bersumpah bagi mengaitkan Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah terlibat dalam kes pembunuhan tersebut.
Readmore...

Mangsa Serangan Sang Harimau, Jantung Lemah Jangan Tengok!

0 ulasan
 
Readmore...

Nazri bohong: MP Pakatan serah dokumen kepada Speaker esok

0 ulasan
 
23 Mac: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menyerahkan dokumen yang mendakwa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berbohong berhubung isu royalti kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat esok.

Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) dalam satu sidang media pagi ini berkata, beliau telah mengemukakan perkara itu kepada Speaker di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (12) pagi tadi.

Katanya, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Abdul Rahman telah bersetuju untuk menerima dokumen berkaitan perkara itu.

Menurut Salahudin, dokumen berkaitan sedang disediakan dan dijangka diserahkan kepada Speaker pagi esok.

Pada masa yang sama, Nazri diberi tempoh tujuh hari bagi membuat penjelasan berhubung perkara itu.

Mohamed Nazri pada sesi penggulungan Disember lalu berulang-ulang kali membuat penafian berhubung hak Kelantan mendapat royalti atas alasan minyak tersebut berada di luar kawasan perairan negeri, iaitu tiga batu nautika seperti dirujuk pada Akta Ordinan Darurat 1969.

Beliau menggunakan hujah Akta Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu 1969 yang sebenarnya telah dimansuhkan.
Readmore...

MB Selangor nafi tinggalkan politik, kembali dunia korporat

0 ulasan
 
SHAH ALAM, 22 Mac — Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan spekulasi bahawa ini mungkin penggal terakhir beliau sebagai Menteri Besar Selangor dan akan kembali ke dunia korporat.
Katanya beliau tidak pernah memikirkan mengenai pekara itu atau dibangkitkan secara rasmi.
“Peranan saya di luar spekulasi kerana saya ingin berkhidmat kepada orang ramai selagi rakyat dan rakan-rakan saya dalam parti (Parti Keadilan Rakyat) mahukan saya,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan jabatan kerajaan negeri di sini hari ini.
Khalid yang juga pengerusi perhubungan PKR negeri berkata beliau akan terus aktif dalam politik jika itu adalah yang terbaik untuk beliau lakukan.
Beliau adalah ketua pegawai eksekutif Kumpulan Guthrie Berhad dari 1995 hingga 2003 sebelum memasuki politik dan menyertai PKR.
Sementara itu, Khalid berkata permintaan untuk memperbaiki jalan-jalan di Selangor adalah tinggi kerana negeri ini bertanggungjawab untuk penyelengaraan kira-kira 4,000km dan 1,000km di negeri ini adalah jalan persekutuan.
Mengenai cadangan Sime Darby Property untuk membangunkan sebahagian kawasan Taman Subang Ria, di Petaling Jaya sebagai taman rekreasi, beliau berkata ia lebih sesuai jika taman itu dimajukan dahulu sebelum kediaman.
Pengarah urusan Sime Darby Property Bhd, Datuk Tunku Putra Badlishah, dilaporkan berkata bahawa syarikat itu merancang membangunkan kediaman untuk membiayai kos taman rekreasi tersebut disebabkan kosnya yang tinggi, yang hanya kira-kira 20 peratus daripada harga hartanah itu.
Khalid juga berkata Taman Subang Ria ialah sebuah hartanah persendirian milik Kumpulan Sime Darby, dan bukan taman awam seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. — Bernama
Readmore...

Melayu mana mampu tolak PERKASA? Ye ke KJ...

0 ulasan
 
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menjadi popular dalam masa yang singkat kerana membawa mesej yang “tidak mampu ditolak orang Melayu”.
 
“Orang Melayu mana hendak tolak mesej PERKASA? (Pengerusinya Datuk) Ibrahim Ali datang berkata, dia datang sebagai orang Melayu, sebagai NGO yang berkecuali, tidak berpolitik, ahli parlimen bebas, (berkata) saya hendak mempertahankan orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan agama Islam. 

“Siapa hendak kata tidak setuju? Jadi ramailah yang tertarik. Tidak ada sesiapa cakap macam ini sekarang. Jadi semua orang pergi (pada PERKASA),” kata Khairy ketika diminta mengulas penyertaan ramai ahli Umno dalam NGO itu.

NGO pimpinan ahli parlimen Pasir Mas itu dalam masa singkat meraih sokongan orang Melayu di seluruh pelusuk negara, sehingga menimbulkan tanggapan ia mampu mengambil alih peranan Umno yang dilihat tidak lagi agresif mendepani isu-isu kaum tersebut.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini minggu lalu, Khairy yang sejak awal enggan membandingkan langsung antara Umno dan PERKASA berkata, peranan mereka lebih menyeluruh daripada NGO tersebut.
 
“(Kita) bukan sahaja hendak mempertahankan (Melayu), tetapi kita juga hendak majukan orang Melayu, perkasakan bangsa mereka. Jadi mesejnya berbeza sepenuhnya,” katanya.

Menyifatkan dirinya sebagai radikal berhaluan tengah, Khairy berkata Umno yang telah mengharungi cabaran parti pelbagai aliran sejak daripada tahun 1946 lagi tidak akan terjejas dengan kehadiran PERKASA.

“PERKASA bukan kenderaan Umno. Kita yakin degan perjuangan kita sendiri. Umno sudah harungan semua ini bukan baru lagi, sejak tahun 1946. 

“Zaman itu kita tewaskan British, haluan kiri, Dr Burhanuddin Helmi, Ahmad Bustamam, haluan tengah, haluan kanan, semua haluanlah. Kita terus hidup,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Damansara.
 
Readmore...

Baca Kenyataan "Benggong" Dari Ketua Pemuda "Tong Sampah" Ni...

1 ulasan
 
Rakyat harus menilai kredibiliti ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan pendedahan Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengenai rancangan “16 Sept” di Parlimen baru-baru ini, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Anggota Parlimen Rembau itu berkata hakikatnya semua pendedahan Zahrain datang daripada pengalaman beliau sepanjang berada dalam pakatan pembangkang dan bukannya sandiwara Barisan Nasional (BN).
“Zahrain telah mengalami kekecewaan sejak berada di bawah Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan kita harus melihat pendedahan beliau dengan ikhlas.
“Selepas ini kita tunggu pula bahas titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong daripada anggota Parlimen bebas yang lain Isnin ini,” katanya selepas menyertai perlawanan persahabatan bola sepak antara Pemuda Umno Malaysia dan Pemuda Umno Subang sempena majlis penutupan Liga Subang dan Juara Rakyat Parlimen Subang.
Mengulas tentang pemilihan MCA pada 28 Mac ini, Khairy berkata adalah menjadi harapan Pemuda Umno agar kemelut yang melanda MCA dapat diselesaikan dengan segera.
Beliau berharap MCA dapat memberi fokus dalam tujuan asalnya membela nasib rakyat di samping membantu Perdana Menteri merealisasikan gagasan 1 Malaysia.
“Selepas pemilihan selesai, diharap pewakilan MCA dapat menerima siapa jua presiden yang terpilih secara muktamad.
Siapa yang menang, itulah presiden yang patut disokong,” katanya.
Ong Tee Keat telah menyatakan hasrat untuk mempertahankan jawatan presiden MCA yang akan dicabar bekas Timbalan Presiden Datuk Seri Chua Soi Lek dan bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting. — Bernama
p/s: Tak sedar diri lagi mamat ni. Masih lagi nak mengayat Najib untuk jawatan Menteri agaknya. Menang kek Rombau dengan cara tak bermaruah ada hati pulak nak mengulas kredibiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Readmore...