Rakyat harus menilai kredibiliti ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan pendedahan Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengenai rancangan “16 Sept” di Parlimen baru-baru ini, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Anggota Parlimen Rembau itu berkata hakikatnya semua pendedahan Zahrain datang daripada pengalaman beliau sepanjang berada dalam pakatan pembangkang dan bukannya sandiwara Barisan Nasional (BN).
“Zahrain telah mengalami kekecewaan sejak berada di bawah Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan kita harus melihat pendedahan beliau dengan ikhlas.
“Selepas ini kita tunggu pula bahas titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong daripada anggota Parlimen bebas yang lain Isnin ini,” katanya selepas menyertai perlawanan persahabatan bola sepak antara Pemuda Umno Malaysia dan Pemuda Umno Subang sempena majlis penutupan Liga Subang dan Juara Rakyat Parlimen Subang.
Mengulas tentang pemilihan MCA pada 28 Mac ini, Khairy berkata adalah menjadi harapan Pemuda Umno agar kemelut yang melanda MCA dapat diselesaikan dengan segera.
Beliau berharap MCA dapat memberi fokus dalam tujuan asalnya membela nasib rakyat di samping membantu Perdana Menteri merealisasikan gagasan 1 Malaysia.
“Selepas pemilihan selesai, diharap pewakilan MCA dapat menerima siapa jua presiden yang terpilih secara muktamad.
Siapa yang menang, itulah presiden yang patut disokong,” katanya.
Ong Tee Keat telah menyatakan hasrat untuk mempertahankan jawatan presiden MCA yang akan dicabar bekas Timbalan Presiden Datuk Seri Chua Soi Lek dan bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting. — Bernama
p/s: Tak sedar diri lagi mamat ni. Masih lagi nak mengayat Najib untuk jawatan Menteri agaknya. Menang kek Rombau dengan cara tak bermaruah ada hati pulak nak mengulas kredibiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"siapa yang menang itulah president yang patut disokong"ek eleh KJ[kambing jantan]lu cakap ini macam lu punya hal sendilikah?.lu cakap apa pun tarak power punya,permata hati dirembau sudak tatak hati sama lu.BINGGAI PUNYA OLANG.