Mangsa Serangan Sang Harimau, Jantung Lemah Jangan Tengok!

0 ulasan
 
Readmore...

Nazri bohong: MP Pakatan serah dokumen kepada Speaker esok

0 ulasan
 
23 Mac: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menyerahkan dokumen yang mendakwa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berbohong berhubung isu royalti kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat esok.

Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) dalam satu sidang media pagi ini berkata, beliau telah mengemukakan perkara itu kepada Speaker di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (12) pagi tadi.

Katanya, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Abdul Rahman telah bersetuju untuk menerima dokumen berkaitan perkara itu.

Menurut Salahudin, dokumen berkaitan sedang disediakan dan dijangka diserahkan kepada Speaker pagi esok.

Pada masa yang sama, Nazri diberi tempoh tujuh hari bagi membuat penjelasan berhubung perkara itu.

Mohamed Nazri pada sesi penggulungan Disember lalu berulang-ulang kali membuat penafian berhubung hak Kelantan mendapat royalti atas alasan minyak tersebut berada di luar kawasan perairan negeri, iaitu tiga batu nautika seperti dirujuk pada Akta Ordinan Darurat 1969.

Beliau menggunakan hujah Akta Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu 1969 yang sebenarnya telah dimansuhkan.
Readmore...

MB Selangor nafi tinggalkan politik, kembali dunia korporat

0 ulasan
 
SHAH ALAM, 22 Mac — Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan spekulasi bahawa ini mungkin penggal terakhir beliau sebagai Menteri Besar Selangor dan akan kembali ke dunia korporat.
Katanya beliau tidak pernah memikirkan mengenai pekara itu atau dibangkitkan secara rasmi.
“Peranan saya di luar spekulasi kerana saya ingin berkhidmat kepada orang ramai selagi rakyat dan rakan-rakan saya dalam parti (Parti Keadilan Rakyat) mahukan saya,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan jabatan kerajaan negeri di sini hari ini.
Khalid yang juga pengerusi perhubungan PKR negeri berkata beliau akan terus aktif dalam politik jika itu adalah yang terbaik untuk beliau lakukan.
Beliau adalah ketua pegawai eksekutif Kumpulan Guthrie Berhad dari 1995 hingga 2003 sebelum memasuki politik dan menyertai PKR.
Sementara itu, Khalid berkata permintaan untuk memperbaiki jalan-jalan di Selangor adalah tinggi kerana negeri ini bertanggungjawab untuk penyelengaraan kira-kira 4,000km dan 1,000km di negeri ini adalah jalan persekutuan.
Mengenai cadangan Sime Darby Property untuk membangunkan sebahagian kawasan Taman Subang Ria, di Petaling Jaya sebagai taman rekreasi, beliau berkata ia lebih sesuai jika taman itu dimajukan dahulu sebelum kediaman.
Pengarah urusan Sime Darby Property Bhd, Datuk Tunku Putra Badlishah, dilaporkan berkata bahawa syarikat itu merancang membangunkan kediaman untuk membiayai kos taman rekreasi tersebut disebabkan kosnya yang tinggi, yang hanya kira-kira 20 peratus daripada harga hartanah itu.
Khalid juga berkata Taman Subang Ria ialah sebuah hartanah persendirian milik Kumpulan Sime Darby, dan bukan taman awam seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. — Bernama
Readmore...

Melayu mana mampu tolak PERKASA? Ye ke KJ...

0 ulasan
 
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menjadi popular dalam masa yang singkat kerana membawa mesej yang “tidak mampu ditolak orang Melayu”.
 
“Orang Melayu mana hendak tolak mesej PERKASA? (Pengerusinya Datuk) Ibrahim Ali datang berkata, dia datang sebagai orang Melayu, sebagai NGO yang berkecuali, tidak berpolitik, ahli parlimen bebas, (berkata) saya hendak mempertahankan orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan agama Islam. 

“Siapa hendak kata tidak setuju? Jadi ramailah yang tertarik. Tidak ada sesiapa cakap macam ini sekarang. Jadi semua orang pergi (pada PERKASA),” kata Khairy ketika diminta mengulas penyertaan ramai ahli Umno dalam NGO itu.

NGO pimpinan ahli parlimen Pasir Mas itu dalam masa singkat meraih sokongan orang Melayu di seluruh pelusuk negara, sehingga menimbulkan tanggapan ia mampu mengambil alih peranan Umno yang dilihat tidak lagi agresif mendepani isu-isu kaum tersebut.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini minggu lalu, Khairy yang sejak awal enggan membandingkan langsung antara Umno dan PERKASA berkata, peranan mereka lebih menyeluruh daripada NGO tersebut.
 
“(Kita) bukan sahaja hendak mempertahankan (Melayu), tetapi kita juga hendak majukan orang Melayu, perkasakan bangsa mereka. Jadi mesejnya berbeza sepenuhnya,” katanya.

Menyifatkan dirinya sebagai radikal berhaluan tengah, Khairy berkata Umno yang telah mengharungi cabaran parti pelbagai aliran sejak daripada tahun 1946 lagi tidak akan terjejas dengan kehadiran PERKASA.

“PERKASA bukan kenderaan Umno. Kita yakin degan perjuangan kita sendiri. Umno sudah harungan semua ini bukan baru lagi, sejak tahun 1946. 

“Zaman itu kita tewaskan British, haluan kiri, Dr Burhanuddin Helmi, Ahmad Bustamam, haluan tengah, haluan kanan, semua haluanlah. Kita terus hidup,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Damansara.
 
Readmore...

Baca Kenyataan "Benggong" Dari Ketua Pemuda "Tong Sampah" Ni...

1 ulasan
 
Rakyat harus menilai kredibiliti ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan pendedahan Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengenai rancangan “16 Sept” di Parlimen baru-baru ini, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Anggota Parlimen Rembau itu berkata hakikatnya semua pendedahan Zahrain datang daripada pengalaman beliau sepanjang berada dalam pakatan pembangkang dan bukannya sandiwara Barisan Nasional (BN).
“Zahrain telah mengalami kekecewaan sejak berada di bawah Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan kita harus melihat pendedahan beliau dengan ikhlas.
“Selepas ini kita tunggu pula bahas titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong daripada anggota Parlimen bebas yang lain Isnin ini,” katanya selepas menyertai perlawanan persahabatan bola sepak antara Pemuda Umno Malaysia dan Pemuda Umno Subang sempena majlis penutupan Liga Subang dan Juara Rakyat Parlimen Subang.
Mengulas tentang pemilihan MCA pada 28 Mac ini, Khairy berkata adalah menjadi harapan Pemuda Umno agar kemelut yang melanda MCA dapat diselesaikan dengan segera.
Beliau berharap MCA dapat memberi fokus dalam tujuan asalnya membela nasib rakyat di samping membantu Perdana Menteri merealisasikan gagasan 1 Malaysia.
“Selepas pemilihan selesai, diharap pewakilan MCA dapat menerima siapa jua presiden yang terpilih secara muktamad.
Siapa yang menang, itulah presiden yang patut disokong,” katanya.
Ong Tee Keat telah menyatakan hasrat untuk mempertahankan jawatan presiden MCA yang akan dicabar bekas Timbalan Presiden Datuk Seri Chua Soi Lek dan bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting. — Bernama
p/s: Tak sedar diri lagi mamat ni. Masih lagi nak mengayat Najib untuk jawatan Menteri agaknya. Menang kek Rombau dengan cara tak bermaruah ada hati pulak nak mengulas kredibiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Readmore...

Penolong Penguasa SPRM Selangor didakwa minta dan setuju terima rasuah

0 ulasan
 
SHAH ALAM, 19 Feb — Seorang penolong penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan meminta dan bersetuju menerima rasuah untuk tidak meneruskan siasatan ke atas seorang suspek siasatan kes rasuah, Oktober tahun lepas.

M Mohan, 37, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azhanis Teh Azman Teh.

Tertuduh didakwa meminta bagi dirinya suapan wang tunai RM250,000 daripada A.Sinnaiah, sebagai dorongan untuk tidak meneruskan siasatan ke atas Sinnaiah kerana disyaki memberi rasuah kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Mohan juga didakwa secara rasuah bersetuju menerima suapan wang tunai RM200,000 daripada Sinnaiah sebagai dorongan untuk melakukan perkara yang sama. Kedua-dua tuduhan didakwa dilakukan di pejabat SPRM Selangor, Tingkat 14, Plaza Masalam, Jalan Tengku Ampuan Zabedah, E9/E, Seksyen 9 di sini, antara pukul 11 pagi dan 1 tengah hari pada 22 Okt tahun lepas.

Jika sabit kesalahan, Mohan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM Mohd Asnawi Abu Hanipah mencadangkan agar tertuduh diikat jamin RM10,000 serta seorang penjamin.

Peguam Ratha Krishnan yang mewakili Mohan memohon mahkamah menetapkan jaminan yang bersesuaian dengan alasan anak guamnya yang mempunyai seorang isteri dan seorang anak, perlu menanggung beban dalam menjaga seorang abangnya yang buta dan terencat akal.

“Anak guam saya juga sudah berkhidmat selama 15 tahun dalam SPRM dan memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan. Pohon diberikan ikat jamin yang munasabah bagi memastikan kehadiran anak guam saya di mahkamah,” katanya yang turut dibantu peguam H.R Dipendra. Azhanis kemudian menetapkan ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah.

Beliau juga menetapkan perbicaraan berlangsung selama empat hari bermula 23 Ogos ini. — Bernama
Readmore...

KAMI TERLALU KENYANG MEMFITNAH PAKATAN

0 ulasan
 
Kami terlalu kenyang memfitnah Pakatan Rakyat...ini tanda kenyang kami!


Tiada Tempat Bagi Ketuanan Melayu (Baik Punya Statement)

Apa akan terjadi agaknya bila statement ‘Tiada Tempat Bagi Ketuanan Melayu’ diucapkan oleh pemimpin2 Pakatan Rakyat terutamanya dari DAP? Adakah gambar-gambar mereka akan dibakar, dikencing @ dipijak?

Apabila Penasihat Gerakan sendiri yang bercakap begitu, kemana menghilangnya pendekar2 ‘Parti Cap Keris’yang begitu bersemangat sekali mempertahankan hak2 ketuanan Melayu?Penasihat parti Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik berkata tiada mana-mana kaum mempunyai hak untuk menjadi tuan kepada kaum lain di negara ini.

Oleh itu kata bekas presiden parti tersebut, tiada ruang bagi ketuanan Melayu, Cina atau India di Malaysia. Tambahnya lagi, jika ada sesiapa yang mendukung ketuanan Melayu maka orang itu adalah seorang ektremis rasis.

Lim menggesa semua ahli parti itu supaya bercakap terhadap mereka yang mendukung isu ketuanan Melayu, walaupun ia boleh mengakibatkan mereka diheret ke penjara.

Bekas menteri kabinet itu berkata, ketuanan Melayu harus dibantah walaupun ianya didokong oleh Umno.

“Mengapa diam diri? Adakah kamu takut masuk penjara? Jangan bimbang... Jika kamu masuk penjara, saya lawat kamu setiap hari dan membawa bersama sup ’shark fin’.” kata Lim Keng Yaik.

~UMNO bermuka-muka dalam mempertahankan isu yg berkaitan dgn ketuanan melayu~
Readmore...

Ini baru betul-betul Raja...Jangan jadi macam umno 'raja kapor rakyat.'

4 ulasan
 
Betapa hebatnya selepas 20 tahun PAS memerintah Kelantan. Pemangku Sultan Kelantan Tg Faris Petra mengimani solat hajat ribuan rakyat di Satdium Sultan Mohammad IV. Perisitiwa ini adalah satu peristiwa bersejarah kepada negara. Misi dan visi PAS khasnya PAS Kelantan mendekatkan islam kepada siapa sahaja, lebih-lebih lagi seorang pewaris raja adalah sesuatu yang membanggakan.

Hal ini atau perkara ini adalah kecil bagi UMNO. Sebab sudut pandangan dan nilai hidup UMNO dan PAS amat berbeda sekali. UMNO rasa bangga dan berjaya bilamana setiap kali raja-raja bersama rakyat akan diakhiri dengan Nyayian Karaoke bersama artis di malam hari dengan Jamuan menhabiskan duit rakyat. Atas alasan upacara rasmi dan keraian.

Sebenarnya raja-raja juga tidak amat selesa dengan cara dan gaya UMNO. Mereka sudah terbuai lama dan buaian itu menyedarkan sesetangah raja. Sebab semua itu, tiada kesudahan, matlamat hidup atas dunia bukan hanya berhibur dan nikmati nikmat keduniaan semata-mata. Jauh lebih daripada itu. perantau
Readmore...

Abang angkat minta gambar bogel

3 ulasan
 
SAYA ada seorang abang angkat yang saya kenal semasa di tingkatan tiga manakala dia pula tingkatan empat. Saya tertarik dengan sikapnya yang baik, selalu solat dan tidak meninggalkan suruhan agama.


Sepanjang perkenalan kami, dia seorang abang angkat yang amat mengambil berat mengenai saya. Bagaimanapun, kami jarang berjumpa dan berbual kerana saya seorang pemalu.



Pada 2008 dia bercinta dengan rakan sekelas saya. Sejak itu hubungan kami menjadi renggang sedikit. Pada tahun yang sama, dia minta gambar saya dan saya menghantarnya menggunakan khidmat pesanan multimedia (MMS), namun dia tak puas hati. Rupa-rupanya dia mahu gambar saya tanpa seurat benang.



Saya menolak permintaannya namun berulang kali dia memujuk saya dan akhirnya saya penuhi permintaannya itu atas dasar sayang. Dia kemudian berjanji tidak akan meminta apa-apa gambar lagi daripada saya. Namun, janji tinggal janji. Dia meminta lagi gambar saya tanpa pakaian dan bila saya enggan memenuhi permintaannya, dia mengugut akan menyebarkan gambar yang saya berikan kepadanya sebelum ini.



Apapun, saya tetap berkeras tidak mahu melayan permintaannya lagi kerana tidak mahu memalukan keluarga. Berikutan itu, abang angkat saya berjanji akan memadam gambar bogel saya itu dengan syarat saya membenarkan dia menyentuh payudara saya. Saya amat terkejut dan kecewa dengan sikapnya itu. Apa yang patut saya lakukan sekarang? Saya menyesal dengan tindakan saya sebelum ini dan amat takut jika dia menyebarkan gambar bogel saya itu, Tolonglah saya.




Apa jawapan yang sepatutnya diberikan pada gadis yang bagi teman bodoh-bodoh alang ini. Ada otak tapi macam otak udang. Engko orang ada jawapan tak untuk masalah budak ni?



Readmore...

Tukar kerajaan untuk pulih ekonomi

0 ulasan
 

Chua-Jui-MengRamai pemimpin Pakatan Rakyat berpendapat keyakinan pelabur terhadap pengurusan kewangan negara di bawah Barisan Nasional (BN) akan terus merosot selagi gabungan itu kekal berkuasa dengan dasar-dasar perkauman dan amalan rasuah serta penyelewengan kuasa terus membelenggui kepimpinannya.



UBS Investment Reseach, sebuah unit di bawah kumpulan perbankan antarabangsa berpusat di Switzerland berkata tahap rezab antarabangsa negara merudum terus sebanyak 25 peratus pada 2009.



Dalam pada itu pelaburan asing langsung Malaysia terus dilanda kemerosotan bersih sejak 1997.



Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng (gambar) berkata keadaan itu berpunca daripada tindakan Umno-BN mempolitikkan seluruh institusi negara seperti Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya dan badan kehakiman.



"Saya amat sedih melihat keadaan ekonomi Malaysia kini. Negara komunis seperti China pun berjaya membangunkan ekonominya dengan pesat dengan dasar terbuka tetapi malangnya BN telah mempolitikkan keseluruhan ekonomi negara," kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu.



Malah Jui Meng menambah keadaan ekonomi negara diburukkan lagi apabila modal domestik juga turut dibawa ke luar negara.



"Kita sebenarnya mengalami "double whammy" (kejatuhan berganda) dan keadaan ini akan terus berlaku selagi BN tidak ditumbangkan dan digantikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang telus, terbuka dan bertanggungjawab.



"Hanya dengan cara ini keyakinan pelabur dan rakyat akan kembali pulih," katanya.



Tunku Abdul Aziz Ibrahim Naib Presiden DAP, Tunku Aziz Ibrahim (gambar) turut menyokong pendapat Jui Meng sambil menambah cara BN menangani isu kalimah Allah sehingga menyebabkan beberapa gereja dibakar dan dirosakkan akan terus menghantui persepsi negatif golongan pelabur dan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia.



"BN telah memalukan Malaysia. Kerajaan gagal menangani persepsi serta pengaliran maklumat yang betul mengenai sesuatu isu sehingga kini rakyat tidak lagi mempercayai apa yang dikatakan oleh kerajaan," kata bekas presiden Transparency International Malaysia itu.



Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berpendapat keyakinan pelabur tidak akan pulih di bawah kerajaan BN.



"Laporan ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak mempunyai dana yang mencukupi dan tidak mahu bersikap telus kepada rakyat berhubung kedudukan sebenar ekonomi negara.



Oleh sebab itu BN membuat pelbagai dasar baru yang membebankan rakyat kerana mereka amat tertekan," kata Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan itu.



Antaranya termasuk menaikkan harga gula dan roti putih, mengenakan cukai ke atas kad kredit, memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), serta kemungkinan menaikkan kadar tol dan tarif elektrik.



Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Md Akin pula berkata laporan UBS itu menguatkan hujah Pakatan Rakyat bahawa satu suruhanjaya perlu diwujudkan untuk menyiasat dakwaan penulis Barry Wain.



Wain dalam bukunya "Malaysian Maverick – Mahathir Mohamad in Turbulent Times" mendakwa negara mengalami kerugian atau ketirisan sebanyak RM100 bilion sepanjang pentadbiran mantan perdana menteri itu dan RM270 bilion semasa Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara.



"Apakah wang sebanyak itu diambil daripada rezab negara sehingga ianya hampir kosong?



Tentunya kekhuatiran Pakatan Rakyat mengenai defisit belanjawan yang semakin melebar kini mempunyai asas yang amat kukuh," kata Shamsul Iskandar.

Jana Pendapatan Sekarang!

Readmore...