Ini baru betul-betul Raja...Jangan jadi macam umno 'raja kapor rakyat.'

4 ulasan
 
Betapa hebatnya selepas 20 tahun PAS memerintah Kelantan. Pemangku Sultan Kelantan Tg Faris Petra mengimani solat hajat ribuan rakyat di Satdium Sultan Mohammad IV. Perisitiwa ini adalah satu peristiwa bersejarah kepada negara. Misi dan visi PAS khasnya PAS Kelantan mendekatkan islam kepada siapa sahaja, lebih-lebih lagi seorang pewaris raja adalah sesuatu yang membanggakan.Hal ini atau perkara...
Readmore...

Abang angkat minta gambar bogel

3 ulasan
 
SAYA ada seorang abang angkat yang saya kenal semasa di tingkatan tiga manakala dia pula tingkatan empat. Saya tertarik dengan sikapnya yang baik, selalu solat dan tidak meninggalkan suruhan agama.Sepanjang perkenalan kami, dia seorang abang angkat yang amat mengambil berat mengenai saya. Bagaimanapun, kami jarang berjumpa dan berbual kerana saya seorang pemalu.Pada 2008 dia...
Readmore...

Tukar kerajaan untuk pulih ekonomi

0 ulasan
 
Ramai pemimpin Pakatan Rakyat berpendapat keyakinan pelabur terhadap pengurusan kewangan negara di bawah Barisan Nasional (BN) akan terus merosot selagi gabungan itu kekal berkuasa dengan dasar-dasar perkauman dan amalan rasuah serta penyelewengan kuasa terus membelenggui kepimpinannya. UBS Investment Reseach, sebuah unit di bawah kumpulan perbankan antarabangsa berpusat di Switzerland berkata tahap...
Readmore...

Umno Bukan Parti Perkauman Dan Tiada Niat Rampas Kuasa Kaum Lain - Najib....Setiap patah perkataan pemimpin UMNO@BN kini dianggap bohong...!

1 ulasan
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa Umno bukan parti yang mengamalkan perkauman dan tidak pernah berniat untuk merampas kuasa daripada kaumkaum lain dalam negara ini.Beliau berkata Umno sebaliknya sentiasa berdiri atas prinsip mahu berlaku adil kepada semua. "Sebagai umat Islam kita rujuk kepada dua surah dalam Al-Quran iaitu surah Al-Maidah ayat 8 dan An-Nisa ayat 58 di mana Tuhan memerintahkan kalau memimpin atau menghukum mestilah berlaku adil sesama manusia," katanya ketika berucap merasmikan Program Umno...
Readmore...

Gadis hilang bimbangkan keluarga

0 ulasan
 
KUANTAN: Tindakan seorang remaja, Nurul Fatihah Zamri, 15, lari dari rumahnya di Perkampungan Sungai Isap Jaya, di sini, sejak 28 Disember lalu, membimbangkan keluarganya. HILANG...Sarina bersama gambar anak yang hilang.Remaja itu dikatakan sempat meninggalkan surat memaklumkan hasratnya melarikan diri selain menasihatkan adiknya supaya belajar bersungguh-sungguh. Ibu remaja...
Readmore...

Nik Aziz: Polemik kalimah Allah akibat fahaman politik suku

0 ulasan
 
KOTA BARU, Jan 6 — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan polemik membabitkan penyokong parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan sejak Khamis lalu berhubung isu penggunaan kalimah "Allah" bagaikan adanya muslihat di sebalik tindakan mereka. Sehubungan itu kata beliau, kekeliruan yang wujud berhubung isu tersebut sebenarnya berpunca daripada fahaman "politik suku agama suku." “Sehari dua ini timbul pasal kalimah ‘Allah’, Kristian boleh guna atau tidak. Dalam surat khabar bermacam-macam melaporkan mengenainya. Apa benda...
Readmore...

Alasan remeh, mahkamah tolak permohonan semakan kehakiman Anwar

0 ulasan
 
KUALA LUMPUR, Jan 5 — Mahkamah Tinggi menolak kebenaran permohonan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk semakan kehakiman terhadap satu kenyataan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pendakwa raya untuk perbicaraan kes liwat beliau. Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Aziah Ali dalam keputusannya berkata permohonan itu adalah remeh dan menyusahkan serta menyalahgunakan proses mahkamah. Beliau menolak permohonan itu dengan kos. Katanya beliau bersetuju dengan penghujahan Peguam Kanan Persekutuan Datin Azizah...
Readmore...

Nik Aziz Ditipu Menantu?

1 ulasan
 
Dari pagi tadi asyik dapat SMS dan panggilan telefon dari sahabat-sahabat Kelantan tentang kemunculan banner misteri yang mendakwa ‘Nik Aziz Ditipu Menantu…Biarkan….Biarkan…”. Nama Ariffahmi terpampang jelas dengan tujuh tuduhan dilontarkan seperti dalam gambar dibawah.Saya tidak mahu berbicara panjang soal Ariffahmi sebab kes beliau sedang disiasat oleh SPRM dan beliau juga sudah mengumumkan akan...
Readmore...

Kalimah Allah: Pertembungan MP Zul-Khalid berterusan

0 ulasan
 
Pertembungan pendirian kedua-dua ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu dari PKR dan Shah Alam PAS menerusi tulisan blog masing-masing berhubung polemik penggunaan kalimah “Allah” berterusan. Ketika Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin sekali lagi mendesak Khalid meletakkan jawatan beliau dan keluar PAS, rakan sejawatannya dari PAS itu pula tidak menyerang wakil rakyat PKR secara langsung tetapi terus mempertahankan pendirian beliau. “Saya telah mengemukakan bukti dan fakta bagaimana tindak-tanduk YB Khalid bercanggah dengan arus perjuangan...
Readmore...

Sosilawati mengaku nikah di Songkhla tapi belum didaftar

0 ulasan
 
PETALING JAYA, Jan 4 — Usahawan kosmetik terkemuka Datuk Sosilawati Lawiya mengaku beliau telah bernikah dengan suami barunya di selatan Thailand, 25 Nov lalu.Bagaimanapun Sosilawati berkata pernikahan tersebut belum didaftarkan di mana-mana pejabat agama di negara ini bagi membolehkan status mereka sah diperakui di bawah undang-undang negara ini. Beliau juga menafikan laporan akhbar bahawa telah...
Readmore...

Tengku Temenggong kecewa titah Sultan Kelantan diingkar

9 ulasan
 
KOTA BARU, Jan 4 — Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra kecewa apabila beberapa pegawai kanan kerajaan tidak menghadap Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra di Hospital Mount Elizabeth, Singapura walaupun dititahkan baginda supaya berbuat demikian. Berikutan itu, Tengku Muhammad Fakhry berkata, Sultan Kelantan tidak dapat menyampaikan titah supaya keanggotan dalam Majlis Perajaan Negeri (MPN) dikembalikan kepada senarai asal dan titah penarikan balik darjah kebesaran terhadap tujuh individu. Menurutnya, disebabkan...
Readmore...