Tengku Temenggong kecewa titah Sultan Kelantan diingkar

9 ulasan
 

KOTA BARU, Jan 4 — Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra kecewa apabila beberapa pegawai kanan kerajaan tidak menghadap Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra di Hospital Mount Elizabeth, Singapura walaupun dititahkan baginda supaya berbuat demikian.



Berikutan itu, Tengku Muhammad Fakhry berkata, Sultan Kelantan tidak dapat menyampaikan titah supaya keanggotan dalam Majlis Perajaan Negeri (MPN) dikembalikan kepada senarai asal dan titah penarikan balik darjah kebesaran terhadap tujuh individu.



Menurutnya, disebabkan pegawai kanan terbabit tidak menghadap Sultan maka beliau sebagai anakanda telah pergi sendiri menemui baginda untuk menerima titah tersebut.



“Pegawai kanan kerajaan negeri telah dipanggil menghadap, Setiausaha Sulit pun belum hadir atau tidak dibenarkan hadir, saya pun tidak tahu.



“Sebagai anakanda ketiga baginda, apabila Tuanku sampaikan titah (arahan), saya mesti melaksanakannya.



"Titah baginda mengenai pemecatan ahli MPN dan penarikan balik darjah kebesaran itu terkandung dalam surat ini,” kata beliau ketika ditemui Utusan Malaysia, yang disiarkan hari ini.



Tengku Muhammad Fakhry berkata, surat tersebut mempunyai cap jari Sultan Kelantan serta tandatangan dua saksi, seorang pensyarah di Universiti Darul Iman dan doktor yang merawat baginda.



“Itu (pemecatan dan penarikan balik darjah kebesaran) satu titah daripada Tuanku, kita harus laksanakan dan kalau pihak tertentu tidak percayakan surat ini, sila menghadap Tuanku sendiri.



"Saya ingin tegaskan, Alhamdulillah, Tuanku makin sembuh,” katanya.



Pada masa yang sama, Tengku Muhammad Fakhry menafikan berlaku pergolakan di Istana Kelantan sehingga menyebabkan ayahandanya mengeluarkan titah memecat beberapa pegawai tertinggi istana dan menarik balik darjah kebesaran terhadap individu-individu tertentu.



Beliau berkata, baginda sendiri telah mengeluarkan titah untuk memecat beberapa nama dalam MPN namun sebab pemecatan itu hanya diketahui oleh baginda.



Tengku Muhammad Fakhry atas kapasitinya sebagai Tengku Temenggong semalam mengedarkan termasuk kepada pihak media surat bertajuk “Penyampaian Titah KDYMM Al-Sultan Kelantan” yang mendakwa Sultan Kelantan tidak bersetuju dan tidak mengesahkan sebarang pelantikan baru atau pemecatan daripada senarai asal anggota MPN yang dilantik pada 21 Mei 2009.



Dengan itu, baginda menitahkan melalui beliau supaya keahlian dalam MPN diubah kepada yang asal.



Surat ditandatangani sendiri Tengku Temenggong itu juga menyatakan, baginda mengarahkan penarikan balik beberapa darjah kebesaran bergelar “Datuk” kepada tujuh individu.



MPN yang ditubuhkan Sultan Kelantan dan dianggotai lapan individu yang diperkenankan baginda termasuk Tengku Temenggong.



Ia berperanan mengendalikan hal ehwal istana dan adat istiadat Kesultanan Melayu Kelantan termasuk pelantikan sultan.



Surat bertarikh 31 Dis itu dialamatkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias dan salinan kepada kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

9 Responses so far.

  1. Tanpa Nama says:

    tg. fakhry ni ingat kiterang tak tau ke tu semua titah siapa sebenarnya.......

    kalau sungguh surat tu dr sultan sendiri kenapa mesti tg. fakhry yg t/tangan? patutnya sultan lah yg sain.....

    hentikan lah semua ini wahai tengku temenggong....kami tau siapa sebenarnya yg keluarkan titah.....

  2. Tanpa Nama says:

    sgt kelakar bila surat tu konon dr sultan tp takde sain sultan...sebaliknya sain tg temenggong.....sampai bila la tg temenggong nak jd 'org suruhan' ni...

  3. Tanpa Nama says:

    nasib baik jugak kiterang faham tg. temenggong ni jenis baik hati...patuh & taat......jd kami faham lah bahwa apa yg tengku buat tu bukannya kehendak sendiri pun....kan?

    kenapa 'org di belakang' tengku tak mau muncul sendiri.....nak sgt bersengketa dgn pemangku raja, hah tampil lah kedepan....
    ni yg dok suruh tg fakhry jd 'wakil' ni tak ke menjejaskan nama baik si fakhry ni?

  4. Tanpa Nama says:

    apa nk jd dgn temenggung hamba pacar yg hina ni.
    temenggung lah yg banyak mncemar memalit arang pd intitusi raja KELANTAN.
    Hamba sbg rakyat KELATE diperantauan amat berdukacita n malu dgn sikap temenggung n ibunda temenggung.
    x Usah berdolak dalik mncari plbagai HELAH.
    KERANA SMUA RAKYAT KELANTAN SUDAH TAHU ALKISAH CERITERA YG SBENARNYA.
    Wallahuallam.

  5. Tanpa Nama says:

    tengku temenggong d pihak yg benar.....xda sapa yg datang mgadap tuanku....kerana kuasa badan binasa....tuhan sentiasa brada d pihak yg benar..kalo xtau crite xyah tuduh2...kang termakan daging sndiri..

  6. Tanpa Nama says:

    Ya betul. Klu xtahu cerita sebenar jgn pandai2 nk komen. Klu setakat berpandukan kpd media arus perdana n Kelantan Insider xcukup. Segala kenyataan hanya bersifat unilateral. Jgn hanya menyebelah pihak yg disokong MB Kelantan semata-mata hanya kerana beliau seorang ulama. Sebaliknya selidik betul2 fakta. Wallahualam..

  7. JAKA says:

    yg pasti sultan ismali petra sedang gering dan tidak upaya untuk mentadbir. maka itu tengku faris menduduki takhta.

    adalah tidak mustahil sultan ismail yg gering dipergunakan oleh pihak lain yg berkepentingan dan tidak suka kepada tengku faris.

    sama seperti surat cerai talak tiga yg kononnya telah dilafaz oleh sultan ismail terhadap isteri keduanya.

    dalam keadaan gering begitu semua itu mustahil boleh dilakukan dgn kesedaran diri baginda sendiri.

    setakat cop jari, itu bukanlah perkara mudah utk diperolehi dalam keadaan baginda begitu.

    benar kalau tak tau cerita jgn komen tp rakyat bukanlah bodoh sangat sampai tak tahu menilai intan dan kaca.

    rakyat adalah manusia juga sama seperti kerabat. mereka ada otak, ada buah fikiran ada maklumat utk tertarik memperkatakan sesuatu isu. takkan nak halang.

    sama2 lah kita berdoa Allah memberi kemenangan mutlak pihak yang benar dan men'diam'kan pihak yang bathil daripada membuat onar. sedangkan rakyat perlukan pembelaan dari seorg raja yang adil dan beriman.....insyaallah tengku faris adalah anugerah Allah ygpatut disyukuri. amin

  8. Tanpa Nama says:

    tengku faris raja yg terbaik>>>>aku bangga baginda naik menjadi raja>>>

  9. Tanpa Nama says:

    99.99% rakyat kelantan menyokong kedaulatan tg.faris...RAJA YANG DINANTI-NANTIKAN...MEMERINTAH KELANTAN DARUL NAIM...semoga baginda dikurniakan jodoh dan zuriat yang bakal mentadbir negeri...aminnn.

Iklan

sila klik ~ Jus Hebat Untuk Lelaki dan Wanita

sila klik ~ Bisnes Tanpa Modal Walau Sesen Pun - Komisyen 100 - 200 peratus

sila klik ~ RM 1.00 setiap pendaftaran

Komen sajer ler...