Gambar malaikat atas kaabah?

6 ulasan
 

Subhanallah. Tak tau nak percaya ke tidak ni. Hoax kah? Menurut email yang diterima gambar ini diambil pada musim haji tahun 2008 oleh seorang wanita yang mengambilnya secara tidak sengaja semasa mengambil gambar orang bertawaf dari tingkat atas Masjidil Haram semasa sebelum subuh.

Secara tiba kameranya mengeluarkan cahaya seperti kilat dan dia menyangka kamera dia sudah rosak. Tetapi apabila dia melihat gambar di kamera terdapat gambar seperti di bawah.

Benar atau tidak cerita ini Wallahualam. .dari cerita yang saya selalu dengar dari rakan yang sudah menyempurnakan rukun kelima ni, kamera tidak boleh masuk ke Masjidil Haram. Kalau kantul, kamera akan dirampas.

Baitullah, selain daripada menjadi tempat beribadat umat manusia dan jin, turut menjadi tempat tawaf semua malaikat yang ditugaskan di muka bumi ini.

Keistimewaan Baitullah ialah kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di langit.

Menurut riwayat Ibnu Abbas, Rasulullah menyebut Makkah dipilih sebagai tempat binaan Kaabah kerana kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di alam malaikat.

Apakah dia Baitul Makmur? Baitul Makmur adalah tempat khas yang diciptakan Allah khusus untuk malaikat melakukan tawaf menggantikan tempat yang asal iaitu di Arasy.

Ini kerana Arasy kawasannya amat luas dan sekiranya melakukan tawaf ia mungkin menjangkau waktu hingga ke hari kiamat.

Sebelum terciptanya Baitul Makmur, seluruh malaikat bertawaf di sekitar Arasy sambil beristighfar, bertasbih dan membesarkan Allah sebagai bukti kepatuhan mereka kepada Allah Yang Maha Agung.

Kepatuhan mereka adalah susulan daripada satu peristiwa malaikat cuba mempersoalkan kewujudan Nabi Adam, manusia pertama di muka bumi.

Peristiwa ini disebut dengan jelas dalam surah al-Baqarah (30) bermaksud, “Sesungguhnya Aku akan mencipta di bumi seorang Khalifah. Lantas malaikat bertanya, apakah Engkau akan mencipta di sana seorang yang akan melakukan fasad (kerosakan) dan akan menumpahkan darah, pada hal kami sentiasa bertasbih kepada Engkau? Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui!”.

Jawapan tegas daripada Allah menyebabkan malaikat amat takut akan kemurkaan Allah terhadap soalan yang mereka ajukan.

Lalu mereka memohon ampun dan berjanji tidak akan menyangkal keputusan Allah. Mereka seterusnya mengerjakan ibadat tawaf untuk mendapatkan keampunan daripada Allah.

Oh ya berkenaan dengan gambar di atas boleh lihat di blog ini.

sumber-ISUHANGAT

6 Responses so far.

  1. Unknown says:

    Inilah tanda kebesaran ALLAH SWT
    kita tak perlu ulas samada gambar ini betul atau sudah diedit..

    tapi kita sepatutnya harus mensyukuri dan mengakui keagungan ALLAH SWT di alam semesta ini!

  2. Ir. MIM ISLAM says:

    SUBHANALLAH WALHAMDULLILAH WALLAILA
    HA ILLALLAH WALAHAU LAWALLAH KUWA
    TAQ ILLAH BILLAHILALILAZIM....

    MEMANG INSIDEN SEBEGINI KERAP TERJADI..SAYA PERNAH BERADA DIDALAM MESJIDIL HARAM DIMANA BERLAKU KEADAAN PANIK,JEMAAH LARI LINTANG PUKANG KERANA ADA BUNYI YG KUAT SAPERTI BUNYI JET PEJUANG DI RUANG MESJID DIATAS KAABAH....

    AGAK NYA KETIKA ITU MALAIKAT TURUN... WAKTU ITU DIHARI2 AKHIR RAMADHAN...
    WALLAHUALAM......

  3. gloria says:

    sebenarnya video neh hoax shj. Gmbr cahaya d ats kaabah tu photoshop edit. Cuba phatikn kain kaabah tu btul2. Xda kain putih kosong yg penah mhiasi kain hitam yg mnutupi kaabah.
    Mmg x dinafikn malaikat ada d mana2, iaitu d kiri kanan kita, apatah lg d kaabah. Tanah suci umat islam.
    Wallahualam:)

  4. Tanpa Nama says:

    Aku pnah dngar ustat ckp,nabi pun bru skali dua dpt tngk malaikat dlm peristiwa israq dan mikraj,..kte xkn dpat tngk,tp yg pasti malaikat dicipta dari chaya dan ianya besar....aku x pcye pd pic ni.

  5. Tanpa Nama says:

    Tidak mustahil kalau Allah nak tunjuk...

  6. TanpaNama says:

    macam gambar syaitan saja tu yang bersayap....malaikat mcm manusia dan bersayap tapi itu macam biawak yang bersayap..

Iklan

sila klik ~ Jus Hebat Untuk Lelaki dan Wanita

sila klik ~ Bisnes Tanpa Modal Walau Sesen Pun - Komisyen 100 - 200 peratus

sila klik ~ RM 1.00 setiap pendaftaran

Komen sajer ler...