Nizar vs Zambry & Anwar vs 'Pelakon' mangsa liwat

0 ulasan
 
'Pelakon' mangsa liwat menulis dalam blognya: "Tidak terkata.. Jika ditakdirkan kes ini digugurkan di mahkamah dunia, tidak mengapa, saya reda."Kerana kelak semasa di Mahsyar (mahkamah Allah) pasti akan dibicarakan juga."Sebagai hamba Allah yang kerdil, saya hanya mampu berusaha, berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah SWT sahaja, kerana Dialah yang Maha Adil lagi Maha Berkuasa," tulisnya.'Pelakon'...
Readmore...

'UG': UMNO dah semakin terdesak...

0 ulasan
 
Kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menolak kerajaan perpaduan merupakan satu pandangan minoriti, kata Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan."Umno tidak mahu bergaduh dengan (Datuk) Nik Aziz, tetapi untuk apa kita hendak layan suara minoriti."Saya yakin, secara majoriti, orang Melayu mahu kerajaan perpaduan kerana ia menguntungkan bangsa Melayu dan kaum lain."Si Maslan ni semakin sedarkan diri...
Readmore...

Manek Urai: Pemimpin Umno Mahu Perbincangan Kerajaan Perpaduan Disegerakan

0 ulasan
 
KUALA KRAI, 19 Jun (Bernama) -- Umno mahukan perbincangan dengan Pas mengenai kerajaan perpaduan disegerakan dan meminta pemimpin Pas melupakan persengketaan lama bagi kepentingan perpaduan umat Islam di negara ini.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata beliau berharap perbincangan itu berjaya diadakan kerana jika perkara itu dibiarkan berlarutan akan timbul perpecahan dalam kalangan umat Islam."Kita tidak akan tetapkan apa-apa syarat dan kita terima apa saja syarat yang ditetapkan oleh Pas....
Readmore...

Timbalan Presiden...jangan jadi bodoh sombong

0 ulasan
 
Dua Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub meminta Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa bertemu dengan Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dalam masa terdekat.Beliau menasihatkan Nasharudin bertemu dengan Tok Guru bagi meredakan isu berhubung gesaan Tok Guru agar beliau melepaskan jawatan selaku Ahli Parlimen Bachok semalam. Mahfuz yang ditemui di Dewan Rakyat hari ini berkata, sejak pagi tadi beliau cuba menghubungi Nasharudin bagi membincangkan cadangan bertemu dengan Tok Guru, bagaimanapun gagal. "Saya...
Readmore...

UMNO jadikan Manek Urai perkampungan Polis

0 ulasan
 
Badan pemantauan pilihan raya di negara ini, MAFREL mendapati kehadiran ramai anggota polis di Manek Urai telah menimbulkan rasa takut di kalangan penduduk tempatan.Jurucakap MAFREL Bahagian Kelantan berkata, hasil tinjauan pada 16 Jun lalu didapati ramai anggota polis yang berpakaian biasa di kawasan pilihan raya. "Mereka bertugas dengan menaiki motosikal, melepak di kedai-kedai kopi dan di mana-mana...
Readmore...

Saiful diliwat hanya sandiwara UMNO

0 ulasan
 
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting - yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu dengan tuduhan liwat - tidak ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur.Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd...
Readmore...

Pemimpin UMNO merepek lagi!

0 ulasan
 
PAS tidak perlu melibatkan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam perbincangannya dengan Umno mengenai kerajaan perpaduan, kata Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan.Beliau berkata ini kerana PAS mempunyai kekuatannya sendiri dalam mengadakan perbincangan dengan Umno mengenai isu-isu perpaduan orang Melayu dan tidak perlu meminjam kekuatan parti lain."Umno merasakan ada kejujuran dan keikhlasan apabila Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang menyuarakan cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan dan Umno sentiasa bersikap terbuka untuk mendengar dan menimbang...
Readmore...

Tanpa UMNO Pun MELAYU Boleh bersatu!!!

0 ulasan
 
Sejarah lampau banyak mengajar Pas tentang perpaduan bersama Umno. PAS pernah ditendang keluar dari UMNO, dan PAS juga pernah `diceraikan' oleh rakannya Parti Melayu Semangat 46 apabila parti tersebut menyertai UMNO.Perpaduan hakiki hanya boleh dicapai melalui ajaran Al-Quran, apakah UMNO bersedia untuk menerima Al-Quran sebagai panduan untuk merealisasikan perpaduan ini?Yang paling utamanya adalah pegangan agama seseorang itu, baik UMNO mahupun PAS sewajibnya meletakkan ajaran Islam ditempat yang sepatutnya.Ini membawa maksud, tanpa UMNO penyatuan...
Readmore...

Nasha calon UMNO PRK Bachok?

1 ulasan
 
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan."Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat. Dah semacam tak sedar diuntung si Nasha ni sampaikan Tuan Guru Dalam kenyataannya hari ini, berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan...
Readmore...

UMNO, PAKATAN RAKYAT dalam satu kelambu

0 ulasan
 
Perbincangan mengenai kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno akan melibatkan juga dua lagi rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat, kata setiausaha agung PAS.Jika Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak bersedia dengan syarat terbaru itu, "kami tidak akan mengadakan perbincangan dengan Umno," kata Datuk Mustafa Ali.Kenyataan PAS ini dilihat sebagai usaha meredakan bantahan daripada PKR dan DAP yang sebelum ini menyatakan idea tersebut tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat gabungan pembangkang dan juga menolak saranan Presiden PAS Datuk...
Readmore...

Enam termasuk Datuk disiasat di Pahang

0 ulasan
 
KUANTAN - Kesemua enam lelaki termasuk ketua Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM) yang ditahan dalam serbuan di Gombak, Selangor kelmarin telah diserahkan kepada polis negeri ini untuk siasatan lanjut. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Supritendan Zaini Jass berkata, kesemua suspek itu diserahkan kepada JSJK di sini bagi membantu siasatan berhubung kes yang dilaporkan pada 26 Mei lalu. "Kita akan menjalankan siasatan terhadap kegiatan PKPM di sini bagi mengesahkan laporan serta dakwaan yang dikemukakan pengadu di sini,"...
Readmore...

PEMUDA UMNO: PAS sanggup 'bertumpah darah'

0 ulasan
 
Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi mencabar Pemuda BN Kelantan supaya mengemukakan bukti yang mengatakan bahawa PAS menggunakan pendekatan politik samseng dalam kempen di pilihan raya kecil Dun Manek Urai."Saya mencabar Pemuda BN Kelantan agar mengemukakan bukti bagi menyatakan bahawa PAS menggunakan kaedah politik samseng pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai," ujarnya pada sidang media Pemuda PAS di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pemuda BN Kelantan, Annuar...
Readmore...

Apa sudah jadi dengan Presiden UMNO ni?

1 ulasan
 
"Kita telah masuk ke bulan ketiga sejak pelantikan Perdana Menteri yang baru. Kalau itulah ukuran sambutan orang terhadap Perdana Menteri yang baru maka sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena."Demikian pandangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu wawancara bersama Harakah baru-baru ini. Menurutnya, ukuran Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri baru boleh dilihat berdasarkan sambutan masyarakat terhadapnya termasuk dunia luar. "Dalam ukuran kepada populariti Perdana Menteri yang baru, kalau kita ambil...
Readmore...

PAS AKAN HILANG NILAI JAMAAH ISLAMIYAH JIKA TERUS BERSAHABAT DENGAN UMNO

0 ulasan
 
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dilaporkan berkata pihak yang berkeras menyokong cadangan kerajaan perpaduan sebagai tidak mendengar nasihat dan cuba membelakangkan kuasa beliau sebagai Mursyidul Am PAS. "Bagaimanapun sebagai pemimpin parti, saya akan terus menasihatkan ahli, walaupun ada yang tidak mendengarnya," katanya dalam laporan Bernama. "Isteri boleh jadi buat salah kepada suami, dan suami boleh jadi buat salah kepada isteri, anak boleh jadi buat salah kepada ibu bapa. Begitu jugalah dalam politik," katanya kepada pemberita...
Readmore...

MANEK URAI: PAS KESAL UMNO BN SALAHGUNA JENTERA KERAJAAN

0 ulasan
 
#fullpost {display:none;} Biar pun yakin Pas akan mendapat sokongan padu daripada pengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini, persiapan rapi masih perlu dilakukan jentera pilihan raya parti itu.Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, persediaan lebih kemas itu perlu kerana Barisan Nasional (BN) dijangka akan menggunakan segala...
Readmore...

MANEK URAI: Pemimpin UMNO/BN dah mula cakap merapu

0 ulasan
 
Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai akan dijadikan anak angkat Kerajaan Pusat sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya kecil kawasan itu 14 Julai ini, kata Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed. Katanya, Manek Urai di bawah BN akan memudahkan tumpuan terhadap usaha membangunkan infrastruktur dan meningkatkan taraf hidup rakyat di situ yang kebanyakannya hanya bekerja kampung dan berpendapatan rendah. “Sebahagian besar penduduk Manek Urai memerlukan pelbagai bantuan daripada Kerajaan Pusat seperti pembangunan infrastruktur...
Readmore...

“BONEKA UMNO” MEMIMPIN DALAM PAS?

2 ulasan
 
KOTA BHARU – Semalam (Ahad), Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menegaskan bahawa pemimpin dan penyokong PAS yang mempertahankan idea pembentukan kerajaan perpaduan disifatkan sebagai ‘boneka UMNO’.Datuk Nik Abdul Aziz berkata, beliau memanggil ‘boneka UMNO’ kerana beliau mempunyai hujah yang kukuh tetapi dia tidak ingin panjangkan isu tersebut.Dalam keadaan sekarang, mereka...
Readmore...