"Saya mencabar Pemuda BN Kelantan agar mengemukakan bukti bagi menyatakan bahawa PAS menggunakan kaedah politik samseng pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai," ujarnya pada sidang media Pemuda PAS di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pemuda BN Kelantan, Annuar Sufian yang mendakwa kandungan ceramah pemimpin PAS yang sanggup 'bertumpah darah' untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai sebagai satu pendekatan politik samseng.
Ini kerana menurutnya, pada kebiasaan sesuatu pilihan raya kecil diadakan Umno akan mencetuskan provokasi dan mengeruhkan keadaan.
"Kebiasaannya seperti yang kita semua sedia maklum, provokasi ini dicetuskan pihak Umno-BN malah tuduhan itu sendiri mencerminkan Umno itulah yang samseng," katanya.
Nasruddin juga menyelar dakwaan Pemuda BN kelantan yang menuduh Pemuda PAS menggunakan pendekatan samseng sebagai suatu tuduhan yang liar dan jahat.
"Ia merupakan satu tuduhan yang liar, jahat dan tidak masuk akal," ujarnya lagi.
Pemuda UMNO ni dah kehabisan modal nak berkempen...jadi untuk menarik pengundi Melayu menyokong mereka kembali, dengan cara apa pun akan mereka gunakan di Manek Urai.
Apa mereka ingat tingkah laku PAS ni sama dengan mereka ke? Jangankan nak disamakan dengan PAS, dengan DAP pun mereka ni lebih tak bertamadun...tapi bukan semualah, hanya segelintir.