Manek Urai: Pemimpin Umno Mahu Perbincangan Kerajaan Perpaduan Disegerakan

0 ulasan
 
KUALA KRAI, 19 Jun (Bernama) -- Umno mahukan perbincangan dengan Pas mengenai kerajaan perpaduan disegerakan dan meminta pemimpin Pas melupakan persengketaan lama bagi kepentingan perpaduan umat Islam di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata beliau berharap perbincangan itu berjaya diadakan kerana jika perkara itu dibiarkan berlarutan akan timbul perpecahan dalam kalangan umat Islam.

"Kita tidak akan tetapkan apa-apa syarat dan kita terima apa saja syarat yang ditetapkan oleh Pas. Bagi saya kita perlu bersikap terbuka," katanya kepada pemberita pada majlis Perjumpaan Khas Dengan Warga Pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok di sini Jumaat. Muhyiddin adalah juga Menteri Pelajaran.

Beliau meminta Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melupakan sengketa yang pernah berlaku antara Pas dan Umno pada era 70-an dahulu sewaktu kedua-dua parti bekerjasama membentuk kerajaan negeri Kelantan tetapi Pas kemudian keluar kerana masalah dalaman.

"Itu zaman lampau. Sebagai umat Islam kita digalak bermaaf-maafan," katanya.
Readmore...

Timbalan Presiden...jangan jadi bodoh sombong

0 ulasan
 
Dua Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub meminta Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa bertemu dengan Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dalam masa terdekat.

Beliau menasihatkan Nasharudin bertemu dengan Tok Guru bagi meredakan isu berhubung gesaan Tok Guru agar beliau melepaskan jawatan selaku Ahli Parlimen Bachok semalam.


Mahfuz yang ditemui di Dewan Rakyat hari ini berkata, sejak pagi tadi beliau cuba menghubungi Nasharudin bagi membincangkan cadangan bertemu dengan Tok Guru, bagaimanapun gagal.


"Saya cuba telefon beliau tetapi tidak berjaya, namun saya telah mengirimkan SMS kepadanya menyatakan cadangan agar beliau bertemu dengan Tok Guru.


"Sebagai orang muda beliau kena lihat positif bahawa apa yang diluah Tok Guru adalah untuk lihat masa depan beliau dan parti lebih baik.


"Saya percaya Tok Guru tidak ada sifat kebencian terhadap beliau sebab apa yang dilakukan Tok Guru atas dasar kasih sayang sepertimana sifat seorang ayah yang kadang menegur dan memukul anak atas dasar kasih sayang dan bukan kerana benci," katanya.


Mengulas isu yang sama, Salahudin Ayub turut mahu Nasharudin bertemu dengan Tok Guru dalam masa terdekat.


Penyelesaian secara 'anak beranak' adalah penting dalam hal ini bagi meredakan ketegangan, ujarnya.


Beliau berharap harap Nasharudin boleh melakukan demi kebaikan beliau dan redakan keadaan dan keresahan dalam parti.


Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan ada mesyuarat khas sekembalinya Presiden PAS dari luar negara hujung minggu ini bagi membincangkan isu terbabit.
Readmore...

UMNO jadikan Manek Urai perkampungan Polis

0 ulasan
 
Badan pemantauan pilihan raya di negara ini, MAFREL mendapati kehadiran ramai anggota polis di Manek Urai telah menimbulkan rasa takut di kalangan penduduk tempatan.

Jurucakap MAFREL Bahagian Kelantan berkata, hasil tinjauan pada 16 Jun lalu didapati ramai anggota polis yang berpakaian biasa di kawasan pilihan raya.


"Mereka bertugas dengan menaiki motosikal, melepak di kedai-kedai kopi dan di mana-mana tempat ramai orang berkumpul.


"Berdasar kepada temubual petugas MAFREL dengan penduduk tempatan, jelas perkara ini menakutkan penduduk dan pengundi di Dun Manek Urai," katanya di sini.

Readmore...

Saiful diliwat hanya sandiwara UMNO

0 ulasan
 
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting - yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu dengan tuduhan liwat - tidak ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur.

Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan - pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.

Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini.

Laporan perubatan itu bertarikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut.

Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).

Bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya tusukan, kata peguam Amer Hamzah Arshad.

Dan ia tidak ada dalam kes ini, tambahnya.
Readmore...

Pemimpin UMNO merepek lagi!

0 ulasan
 
PAS tidak perlu melibatkan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam perbincangannya dengan Umno mengenai kerajaan perpaduan, kata Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan.

Beliau berkata ini kerana PAS mempunyai kekuatannya sendiri dalam mengadakan perbincangan dengan Umno mengenai isu-isu perpaduan orang Melayu dan tidak perlu meminjam kekuatan parti lain.

"Umno merasakan ada kejujuran dan keikhlasan apabila Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang menyuarakan cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan dan Umno sentiasa bersikap terbuka untuk mendengar dan menimbang apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh PAS," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau berkata Umno berharap PAS akan dapat memperincikan cadangan itu sebelum sebarang rundingan rasmi antara kedua-dua pihak dapat dijalankan.

Ahmad berkata perpaduan sebenarnya baik untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan selaras dengan gagasan 1Malaysia yang mendahulukan rakyat.

Lihat sajalah gaya si Maslan ni nak melagakan PAS dengan PKR & DAP dalam Pakatan Rakyat. Katanya perpaduan baik untuk semua rakyat Malaysia tapi mengelak untuk berbincang dengan rakan PAS dalam PR.

Ya...memang benar PAS punya kekuatan sendiri sebab itulah UMNO mula tergila-gila nak bekerjasama dengan PAS sekarang ini...

Readmore...

Tanpa UMNO Pun MELAYU Boleh bersatu!!!

0 ulasan
 
Sejarah lampau banyak mengajar Pas tentang perpaduan bersama Umno. PAS pernah ditendang keluar dari UMNO, dan PAS juga pernah `diceraikan' oleh rakannya Parti Melayu Semangat 46 apabila parti tersebut menyertai UMNO.

Perpaduan hakiki hanya boleh dicapai melalui ajaran Al-Quran, apakah UMNO bersedia untuk menerima Al-Quran sebagai panduan untuk merealisasikan perpaduan ini?

Yang paling utamanya adalah pegangan agama seseorang itu, baik UMNO mahupun PAS sewajibnya meletakkan ajaran Islam ditempat yang sepatutnya.

Ini membawa maksud, tanpa UMNO penyatuan Melayu boleh dicapai. Tanpa UMNO juga, Islam boleh dikembangkan...boleh ke diharap kepada UMNO ini yang semakin lama telah terpesong dari landasan ajaran Islam ini?

Readmore...

Nasha calon UMNO PRK Bachok?

1 ulasan
 
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

Dah semacam tak sedar diuntung si Nasha ni sampaikan Tuan Guru Dalam kenyataannya hari ini, berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" pada pilihanraya umum 2008.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.
Readmore...

UMNO, PAKATAN RAKYAT dalam satu kelambu

0 ulasan
 
Perbincangan mengenai kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno akan melibatkan juga dua lagi rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat, kata setiausaha agung PAS.

Jika Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak bersedia dengan syarat terbaru itu, "kami tidak akan mengadakan perbincangan dengan Umno," kata Datuk Mustafa Ali.

Kenyataan PAS ini dilihat sebagai usaha meredakan bantahan daripada PKR dan DAP yang sebelum ini menyatakan idea tersebut tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat gabungan pembangkang dan juga menolak saranan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Readmore...

Enam termasuk Datuk disiasat di Pahang

0 ulasan
 
KUANTAN - Kesemua enam lelaki termasuk ketua Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM) yang ditahan dalam serbuan di Gombak, Selangor kelmarin telah diserahkan kepada polis negeri ini untuk siasatan lanjut.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Supritendan Zaini Jass berkata, kesemua suspek itu diserahkan kepada JSJK di sini bagi membantu siasatan berhubung kes yang dilaporkan pada 26 Mei lalu.


"Kita akan menjalankan siasatan terhadap kegiatan PKPM di sini bagi mengesahkan laporan serta dakwaan yang dikemukakan pengadu di sini," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Pada 26 Mei lalu, Kosmo! melaporkan PKPM yang pernah dilumpuhkan oleh polis enam tahun lalu didakwa aktif semula termasuk di Pahang.


Pertubuhan yang kononnya 'pasukan perisik kerajaan' itu ketika itu didakwa giat merekrut ahli baru di seluruh negara termasuk lebih 400 orang telah menyertai pasukan itu di Pahang.


Modus operandi PKPM adalah sama dengan pertubuhan itu pada tahun 2003 yang menawarkan gaji, elaun, pangkat, kuasa dan senjata api kepada mana-mana individu yang menyertai pasukan berslogan 'Bersatu Membanteras Dan Menentang Musuh Negara'.

Readmore...

PEMUDA UMNO: PAS sanggup 'bertumpah darah'

0 ulasan
 
Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi mencabar Pemuda BN Kelantan supaya mengemukakan bukti yang mengatakan bahawa PAS menggunakan pendekatan politik samseng dalam kempen di pilihan raya kecil Dun Manek Urai.

"Saya mencabar Pemuda BN Kelantan agar mengemukakan bukti bagi menyatakan bahawa PAS menggunakan kaedah politik samseng pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai," ujarnya pada sidang media Pemuda PAS di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.


Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pemuda BN Kelantan, Annuar Sufian yang mendakwa kandungan ceramah pemimpin PAS yang sanggup 'bertumpah darah' untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai sebagai satu pendekatan politik samseng.


Ini kerana menurutnya, pada kebiasaan sesuatu pilihan raya kecil diadakan Umno akan mencetuskan provokasi dan mengeruhkan keadaan.


"Kebiasaannya seperti yang kita semua sedia maklum, provokasi ini dicetuskan pihak Umno-BN malah tuduhan itu sendiri mencerminkan Umno itulah yang samseng," katanya.


Nasruddin juga menyelar dakwaan Pemuda BN kelantan yang menuduh Pemuda PAS menggunakan pendekatan samseng sebagai suatu tuduhan yang liar dan jahat.


"Ia merupakan satu tuduhan yang liar, jahat dan tidak masuk akal," ujarnya lagi.


Pemuda UMNO ni dah kehabisan modal nak berkempen...jadi untuk menarik pengundi Melayu menyokong mereka kembali, dengan cara apa pun akan mereka gunakan di Manek Urai.


Apa mereka ingat tingkah laku PAS ni sama dengan mereka ke? Jangankan nak disamakan dengan PAS, dengan DAP pun mereka ni lebih tak bertamadun...tapi bukan semualah, hanya segelintir.

Readmore...